Bila ibu tiada selera untuk makan, apa kata anda sediakan menu bergoreng yang ringkas  dan enak berkhasiat ini.  Pun begitu,  selain rasa yang sedap menu ini  kaya dengan nutrisi. Sangat sesuai untuk  menjaga kesihatan ibu tercinta.  Apa kata anda masak untuk ibu dan ahli keluarga sekali.

KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG

Kung Pao Filet Ikan, Lauk Bergoreng Ringkas. Bangkitkan Selera Ibu!

BAHAN-BAHAN:

Bahan Perapan ikan:

IKLAN
  • 300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
  • 1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
  • 1/4sudu teh serbuk lada sulah
  • 2 sudu makan tepung jagung

Bahan Sos:

  • 1/2 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu makan kicap
  • 3 sudu makan air
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit garam jika perlu
  • Bahan-bahan lain:
  • 4 ulas bawang putih | cincang kasar
  • 4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
  • 5 tangkai cili kering | potong 2cm
  • 1/2 sudu teh perasa ikan bilis

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan  perapan yang lain dalam mangkuk.
  2. Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
  3. Sementara itu masukkan semua  bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak,  goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
  5. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
  6. Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
  7. Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
  8. Tutup api, dan gaul rata.
  9. Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.

 

INFO CHEF:

Lebih sedap jika ditambah dengan biji gajus yang telah digoreng, kerana ia akan memberikan sedikt rasa lemak pada masakan ini.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI