Pertama kali nak buat karipap mesti hasilnya tidak menjadi elok sebagaimana yang dijual. Mungkin kena beberapa kali mencuba, barulah hasilnya memuaskan.Buat anda yang pertama kali nak buat karipap tu dan mahukan kulit karipap yang sentiasa rangup sampai ke petang, boleh cuba resipi ni.Ikut step by step ni gerenti menjadi.
Karipap Rangup
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
200g planta
½ cawan minyak masak
2 cawan air sejuk + 3 sudu teh garam
1sudu air kapur
Cara buat doh:
Ads
1.Panaskan planta dan minyak masak sampai betul-betul panas.
2.Terus tuangkan dalam gandum tadi.
3.Gaul rata semua.
4.Air kapur tuang satu sudu dalam tepung tadi.
5.Masukkan air dan garam, kacau sampai hancur garam.
6.Tuang perlahan- lahan dalam gandum tadi sampai boleh uli jadi doh.Jangan tuang semua,sampai boleh canai jadi bulat.
Ads
7.Siap.( Makin nipis,makin rangup makin sedap)
*Hati-hati semasa nak angkat goreng karipap ni sensitif lembut sangat. Tangan mesti betul-betul kering goreng separuh masak. Jangan terus simpan mentah macam ni, tak cantik nanti.
Kuih tradisional seperti Kuih Lapis sememangnya sangat sedap dan menjadi kegemaran ramai. Lebih enak jika ia dihasilkan menggunakan santan asli dan juga labu segar. Bagi anda yang nak cuba buat kuih ni, resipi Kuih Lapis Labu Gedik perkongsian saudari Marlia Lia ni antara yang terbaik boleh dicuba. Tanpa pewarna tambahan dan bahan-bahannya pun sangat ringkas. Jom lihat cara pembuatan kuih ini.
KUIH LAPIS LABU GEDIK
BAHAN A:
1/4 biji labu saiz sederhana
4 cawan santan segar – dipanaskan atas api perlahan hingga suam kuku.
BAHAN B:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
3/4 cawan gula halus – kisar gula supaya senang larut
1/4 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Kupas labu dan kukus hingga lembut. Kemudian kisar halus guna pengisar kering. Dapat anggaran 1/2 cawan selepas dikisar. Ketepikan.
2. Dalam bekas besar, satukan kesemua bahan-bahan B. Adun hingga rata. Ketepikan.
3. Panaskan santan di dalam periuk menggunakan api perlahan sambil dikacau.
4. Tuang santan suam ke dalam campuran bahan B. Kacau hingga sebati menggunakan pemukul tangan (hand whisker). Tapis.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan labu dan satu lagi dibiarkan pada warna asal.
6. Panaskan kukusan sehingga air mendidih. Ambil loyang bulat bersaiz 9 inci dan oleskan sedikit minyak.
7. Panaskan loyang didalam kukusan terlebih dahulu sebelum mula melapis. Pastikan kukus kuih guna api sederhana.
8. Tuang adunan putih terlebih dahulu. Kukus selama 5 minit kemudian barulah dimasukkan adunan labu. Pastikan jumlahnya sama supaya ketebalan lapisan kelihatan sama. Ulang langkah sama hingga habis. Lapisan terakhir perlu dikukus selama 20-25 minit.
9. Untuk memastikan kuih lapis tidak cepat basi, selepas siap dikukus, buka penutup kukusan dan teruskan memasak kuih selama 5-10 minit lagi. Ia bertujuan untuk mengeringkan wap air atas kuih.
Menu pulut durian ini selalu dihidang bila tiba musim durian. Walaupun nampak ringkas tapi hakikatnya ada juga yang belum tahu cara membuatnya.
Bagi yang mahu cuba menyediakan hidangan pulut durian ini boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Nur Masri untuk memasak pulut dan santannya sekali. Hasilnya bukan saja sedap tapi wangi sangat.
Cara buat pulut durian
Bahan- bahan
4 cawan pulut susu
Daun pandan & daun pisang
2 mangkuk kecil santan
Garam
Durian
Cara membuat
Rendam pulut susu selama satu jam, tapis atau sejat pulut yg direndam tadi.
2. Lapik periuk pengukus dengan daun pisang, masukkan pulut bersama daun pandan untuk wangikan pulut. Kukus selama 15 minit.
3. Sementara pulut dikukus, sediakan santannya. Bancuh santan bersama garam sedikit, selepas 15 minit keluarkan pulut yang dikukus tadi dan gaul sebati dengan bancuhan santan. Kemudian kukus semula sehingga pulut masak , 25-30 minit.
4. Untuk santan dimakan dengan pulut, masukkan santan dalam periuk dan gaul dengan sedikit garam. Masak sekejap menggunakan api perlahan kemudian tutup api.
5. Sediakan letak durian dalam pinggan, bersama dengan pulut dan tuang kuah santan. Sedia dinikmati. Boleh juga hidangkan dengan gula kabung/ gula nira/ gula melaka, lagi sedap.
INFO: Boleh juga masak pulut dalam rice cooker. Lebih senang tapi hasilnya tak sama dengan cara mengukus. Pulut yang dikukus lebih cantik.
Cucur, kudapan ringan sesuai untuk sarapan pagi atau teman kopi minum petang. Tak kira apa isian dalam cucur korang, terpulang pada cita rasa masing-masing. Lagi meriah sayur lagi bagus dan sihat. Kepada korang yang suka cucur, ini RASA kongsikan tiga menu cucur yang sangat sedap diceceh dengan sos cilia tau sambal bilis. Alahai sedapnya.
CUCUR SAYUR BAHAN-BAHAN:
200gm kobis | cincang halus
1/2 batang lobak merah |cincang halus
5 ulas bawang putih | kisar
150 gm tepung beras |ayak
1 1/2 sudu teh garam
1 biji telur atau 60 gm | pukul menggunakan garpu
2 batang daun bawang |cincang
175 ml atau 3/4 cawan air
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan kubis, lobak merah dan bawang putih ke dalam mangkuk besar dan kacau.
Kemudian masukkan tepung beras yang telah diayak. Diikuti garam dan daun bawang.
Campurkan air dan kacau perlahan sehingga tiada ketulan.Tambah pula telur yang dipukul dan kacau.
Letakkan adunan sayuran di dalam peti sejuk dan tinggalkan selama 20 minit.
Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan adunan sayuran pada suhu bilik sebelum menggoreng.
Panaskan minyak dalam periuk di atas api sederhana sehingga panas.
Dengan menggunakan sudu sup, masukkan satu sudu adunan sayuran ke dalam minyak panas. Goreng dan pusingkan beberapa kali sehingga perang keemasan dan rangup.
Angkat dan letakkan di atas tisu untuk keringkan minyak.
Hidangkan bersama sos cili.
CUCUR JAGUNG BAHAN-BAHAN:
5 biji jagung | hiris keluar isi
3 cawan tepung gandum
1 biji bawang | mayang halus
4 biji bawang putih | hiris halus
1 biji buah keras | tumbuk halus
2 tangkai daun ketumbar | hiris halus
3 biji cili merah | hiris halus
1 biji telur
100 gram isi udang | hiris halus
2 tangkai daun bawang | hiris halus
1 tangkai daun saderi | hiris halus
1 sudu teh garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk besar.
2. Gaul rata dan sebati, seperti membuat cucur.
3. Panaskan minyak dalam kuali.
4. Apabila minyak betul-betul panas sudukan bancuhan tadi ke dalam kuali.
5. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
6. Bakwan Jagung sedia dihidangkan dengan sos kegemaran anda.
CUCUR SAYUR BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
200gm keju Mozarella
1 biji telur
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit cili benggala | dipotong dadu
Sedikit bawang Holland | potong dadu
Sedikit garam
Sedikit perasa ayam
1 cawan air panas
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung dengan daun bawang, cili benggala, bawang, serbuk perasa ayam dan garam di dalam mangkuk.
2: Masukkan pula telur, kacau rata, kemudian masukkan air panas.
5 : Ambil keju, kemudian masukkan dalam adunan tepung.
6. Bulatkan adunan tepung dengan tangan.
7: Goreng menggunakan api sederhana supaya cucur tidak pecah atau keju meleleh keluar.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!