Sedapnya Kuih Bingka Ubi @ Kuih Beke Ubi Terengganu ni. Bila cuaca asyik mendung dan hujan, sedap kalau dapat makan hidangan tradisional kan. Memang asyik lagi andai makan bersama keluarga.cResipi yang dikongsi Muliadi Ramli ini, senang sahaja dan boleh dibuat bersama anak-anak. Jom kita cuba!
900gm ubi kayu 2 keping nissey @ gula melaka – beli online di sini 10 sudu besar gula merah (untuk warna yang lebih menarik) – beli online di sini 3 helai daun pandan 4 cawan air
1. Ubi kayu dibuang kulit dan basuh bersih. Kemudian, sagat dan perah. Ada beza rasa atau tekstur ubi bila kita sagat berbanding kisar. Kita buang air yang ada pada ubi untuk elakkan rasa pahit, ketepikan.
2. Masukkan nissey, gula merah, air dan daun pandan dalam periuk. 3. Masak hingga cair kemudian ketepikan. Bila air nissey dah sejuk, satukan dengan ubi kayu.
4. Kacau rata. Lepas tu masuk dalam loyang. Kukus selama 25 hingga 30 minit. Ketepikan.
5. Untuk bahagian atas putih; satukan semua bahan dalam periuk, kacau rata supaya tidak berketul. 6. Selepas itu, baru hidupkan api yang kecil. Masak hingga ia menjadi agak pekat, matikan api.
7. Ambil ubi kita yang dalam bekas yang dah masak tadi, letakkan bahagian putihnya. 8. Kemudian kukus lagi 5 hingga 10 minit sahaja, dah siap.
9. Saya suka bahagian atas yang berlemak dan bahagian bawah yang tidak terlalu manis serta kepala santan jenis yang lembik-lembik sikit, rasa lemak-lemak masin sikit.
Donat yang lembut dan gebu semestinya digemari ramai. Sekali gigit, doh seakan cair di mulut. Nikmatnya. Namun bila sudah banyak resipi yang dikongsi, ramai yang keliru mana satu resipi donat gebu yang harus dicuba terlebih dahulu. Min cadangkan anda cuba resipi dari saudari Nur Shuhada’ Ahmad Mahir ni. Mudah dan ringkas malah hasilnya nampak sangat menyelerakan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT DONAT YANG LEMBUT, GEBU & SEDAP
BAHAN-BAHAN A: 1 paket yis kering mauripan – beli online disini 2 sudu besar susu pekat manis – beli online disini Anggaran 1 cawan air suam 2 sudu teh gula – beli online disini (Campur semua bahan A dan biarkan sehingga berbuih)
1. Campurkan bahan A, B & C ke dalam bekas. Kemudian uli hingga sebati. (empunya resipi uli guna Breadmaker selama 30 minit). 2. Bila doh telah sempurna, bahagikan kepada beberapa bahagian. Bentukkan doh bulat-bulat dan buat lubang. 3. Agak-agak doh sudah mengembang hampir 2 kali ganda dari saiz asal, boleh mula menggoreng dengan api sederhana hingga masak. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan doh. 4. Angkat donat, toskan minyak dan salutkan bersama gula.
5. Donat gebu yang sangat sedap sedia untuk dinikmati.
Sedapnya makan lemang cicah rendang. Nak cari buluh buat lemang sukar juga. Jadi alternatifnya, kita buat lemang menggunakan cawan kertas saja.
Cara membuatnya pun tidak sesukar mana. Hasilnya memang sedap berlemak lemang cawan ini. Tak rugi mencuba. Ikuti resipi lemang cawan yang dikongsikan oleh Nur Aleeza Ramlee ini.