Mulut terasa nak mengunyah makanan. Dapat kuih tiram memang ralit makan, ditemani secawan kopi memang feeling habis. Ada yang panggil kuih tiram tapi orang Perlis menggelarnya kuih kertas. Jom kita buat ikut resipi yang dikongsi ni.
Minyak masak ( dicampur keduanya dan gaul jadi pes)
Cara memasak: 1. Gaul tepung gandum, telur ayam dan garam hingga menjadi seperti serbuk roti. 2. Masukkan tepung ubi kayu yang dicampur minyak tadi dan gaul sebati menjadi seperti doh roti canai. 3. Biarkan sekejap (proses pengembangan) 4. Ambil sebesar penumbuk dan canai nipis.Letakkan campuran ubi kayu di atasnya dan gulungkan 5. Potong kecil kecil dan canai semula sedikit 6. Goreng di atas api yang sederhana 7. Di akhirnya taburkan gula halus.
IKLAN
Resipi dan gambar: Sall Salleh
Nak dapatkan pelbagai peralatan memasak elektrik di Shopee? Jom klik sini
Sedapnya kalau dapat makan pisang goreng yang keraknya rangup. Kena pula dengan pisang yang sedang elok masaknya, lagi hebat rasanya. Menurut Cikgu Afy Al Habibi, untuk mendapatkan pisang goreng yang sedap, ada beberapa tip yang harus diikuti. Antaranya ialah, adunan tepung haruslah dibancuh sendiri dan tidak menggunakan tepung segera.
Malah pisangnya juga kena pilih yang sederhana masak, lembut dan manis rasanya. Warnanya? Pilih yang kuning keemasan. Barulah hasil pisang goreng tu nampak lagi menyelerakan. Sebaiknya guna pisang lemak manis.
Cikgu Afy berkongsi resipi bancuhan tepung pisang goreng yang boleh anda semua cuba. Istimewanya, beliau tak letak pun kapur. Hasilnya tetap rangup tau. Jom cuba! Bolehlah masak untuk minum petang nanti.
2 sudu makan telur – sebaiknya guna telur putih sahaja lebih baik
1/2 cawan kecil air sejuk
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung beras, garam, serbuk kunyit, telur dan air ke dalam bekas. Kacau rata semua bahan tadi. Tekstur adunan tepung haruslah tidak terlalu pekat dan perlu sedikit cair.
2. Buang kulit pisang lemak manis satu persatu. Masukkan ke dalam adunan. Tidak perlu belah kerana saiz pisangnya kecil.
3. Gunakan pengepit. Masukkan satu persatu pisang ke dalam minyak gorengan sambil merenjis adunan tepung yang melekat di pengepit. (renjisan tepung untuk menghasilkan serdak rangup)
4. Pisahkan terus pisang yang melekat antara satu sama lain dalam kuali. Balik-balikkan supaya pisang masak sempurna.
5. Bila serdak tepung gorengan sudah kekuningan, angkat dan toskan minyaknya terlebih dulu. Jangan biar sampai hangit. Biasanya serdak akan lebih cepat garing berbanding pisang.
6. Bila pisang goreng sudah kelihatan sebegini, bolehlah angkat dan toskan.
7. Sedia untuk dinikmati.
8. Bancuhan tepung tadi juga boleh digunakan untuk menggoreng ikan, sotong atau udang. Sedap!
TIP UNTUK MENGHASILKAN PISANG GORENG YANG CANTIK
1. Guna minyak yang banyak semasa menggoreng. 2. Pastikan minyak betul-betul panas (berdesir semasa pisang dimasukkan). 3. Api awalnya perlu kuat dan biar sederhana sehingga pisang masak.
Sekarang semua kerja nak cepat, termasuklah dalam penyediaan minuman petang. Apa kata anda sediakan menu minum petang kudapan yang ringkas tetapi berkhasiat iaitu Samosa Sayur Berdaging, cepat dan sangat mudah disediakan. Kalau buat alebih, separuh bolehlah difrozenkan. Bila-bila teringin, hanya keluarkan dari peti sejuk dan goreng. Jika ingin mencuba, berikut disertakan resipi.
SAMOSA SAYUR BERDAGING
BAHAN-BAHAN:
20 keping kulit popia
1/2 cawan daging kisar
1 cawan hirisan kubis
1 cawan parutan lobak merah
1 biji bawang merah | potong dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukupnya
Sedikit lada sulah
Minyak masak | untuk menumis
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Panaska nminyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan, kemudian masukkan daging kisar.
LANGKAH 2: Masukkan lobak merah dan kubis, kacau hingga sayur layu.
LANGKAH 3: Perasakan dengan sos tiram, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan sejukkan.
LANGKAH 4 : Lipatkan kulit popia dengan tiga lipatan, kemudian lipat tiga segi di hujung dan masukkan inti seperti ditunjukkan .
LANGKAH 5: Setelah isi dikemaskan dengan balutan bentuk tiga segi dan kemaskan lipatan dengan sapukan sedikit putih telur supaya lilitan kulit popia melekat.
LANGKAH 6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng Samosa hingga kuning keperangan.
Kuih Sagu antara kuih yang paling mudah nak buat tapi ramai juga yang tak tahu. Guna resipi ni pasti menjadi. Tak lembik dan nampak elok je. Jom cuba. Hanya guna 3 bahan sahaja.
KUIH SAGU
BAHAN-BAHAN:
Sagu
Gula
Sirap
Kelapa parut – untuk menyalut sagu
(Kuantiti ikut citarasa masing-masing)
CARA MEMASAK:
1. Rendam sagu selama sejam. Dah kembang, toskan sekejap.
2. Masukkan sagu ke dalam loyang. Tambahkan gula (ikut kemanisan yang disukai) dan masukkan sirap pun ikut tahap mana nak. Kalau nak warna terang,letak lebih Gaul rata.
3. Dah siap gaul, sagu akan jadi macam ni. Tak perlu tambah air.
4. Panaskan periuk kukusan dan kukus sagu hingga bijinya menjadi berkaca atau berkilat.
5. Bila dah siap, tutup api dan sejukkan.
6. Potong sagu mengikut saiz yang dikehendaki.
7. Gaul dengan kelapa Jika guna kelapa parut tua, kukus seketika. Jika guna kelapa parut muda, tidak perlu kukus. Hanya gaul kelapa dengan sedikit garam sahaja.