Kuih Sagu Paling Mudah Buat, Teksturnya Elok Tak Lembik Tak Keras

Share

Siapa yang tak suka kuih sagu ini, kan? Rasanya memang sedap sangat. Sering ditemui di gerai jualan, kuih ini mudah saja cara pembuatannya jika tahu resipi dan teknik yang betul.

Untuk menghasilkan kuih sagu yang sedang elok teksturnya, tidak lembik dan tidak keras, ikuti resipi perkongsian daripada Zana Anuar ini. Jom kita buat.

KUIH SAGU

BAHAN-BAHAN:

½ cawan sagu (dicuci bersih dan direndam selama 1 jam) – Boleh beli online di sini

Pewarna sirap ros – Boleh beli online di sini

5 sudu besar gula – Boleh beli online di sini

Kelapa parut

Secubit garam – Boleh beli online di sini

Sedikit minyak

CARA MEMASAK:

Cuci bersih sagu dan rendamkannya selama satu jam. Letakkan juga sedikit pewarna sirap ros.

Kemudian, toskan dan gaulkan sagu tadi dengan 5 sudu besar gula. Jika suka manis, boleh lebihkan lagi gula.

Sapukan acuan dengan sedikit minyak supaya kuih tidak melekat.

Sudukan ¾ sagu ke dalam acuan.

Panaskan pengukus dan kukus sagu selama 20 minit.

Setelah sagu masak, angkat dan sejukkan.

Kemudian, gaulkan kelapa parut putih yang dicampurkan dengan secubit garam. Kukuskan selama 3 minit supaya tidak cepat basi.

Setelah itu, bolehlah gaulkan kuih sagu dengan kelapa parut yang telah dikukus tadi.

Siap. Selamat mencuba.

Kredit: Zana Anuar

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN