Kuih gunting dan buah rotan, ni dia dua kudapan tradisional yang sedap dikunyah di musim syawal ini. Mengunyahnya memang krap krup lah bunyinya.
Jom buat ikut resipi dari Farisha Sofea dan Fatin Damia ni. Tambah aje kudapan dan snek raya yang sedap ni.
KUIH BUAH ROTAN
.
Ads
BAHAN-BAHAN :
Bahan A : 1 cawan santan 1/2 cawan gula 1/2 sudu teh garam halus
Bahan B : 1 1/2 cawan tepung pulut 2 sudu makan tepung gandum Sedikit air kapur
Bahan Lain : Minyak untuk menggoreng Biji bijan secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Satukan kesemua bahan A di dalam periuk dan masak di atas dapur sehingga gula larut . 2. Sejukkan seketika. Di dalam bekas lain satukan pula bahan B dan kacau rata. 3. Tuangkan bahan A tadi sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh. 4. Sapukan minyak di telapak tangan, ambil sedikit doh dan bulatkan. 5. Kemudian golekkan doh ke dalam bijan sehingga bersalut rata. 6. Ulang hingga habis, sementara itu panaskan minyak menggunakan api sederhana. 7. Setelah siap, gorengkan sehingga perang keemasan. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang
Kredit foto & resipi : Farisha Sofea
3. KEREPEK GUNTING MUDAH
Ads
.
BAHAN-BAHAN :
500gm tepung gandum
3 senduk minyak sayur panas
2 sudu makan serbuk kari ikan
2 sudu makan serbuk cili ( boleh gantikan dengan cili kering yang dimesin dengan bawang merah dan bawang putih jika suka)
Secubit garam
Air sejuk ais secukupnya
Daun kari secukupnya | dihiris nipis
CARA MEMASAK : 1. Campurkan tepung, garam, serbuk kari, serbuk cili dan tuang minyak panas ke dalamnya. Gaul sebati. 2. Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli doh sampai tak melekat di jari. Masukkan juga daun kari yang dihiris nipis nipis ke dalam adunan. 3. Rehatkan doh 10 minit dan selepas itu canaikan doh nipis nipis dan potong memanjang dan lebarnya sesuai selera. 4. Goreng dalam api kecil sederhana sampai masak. Boleh masukkan sedikit daun kari untuk menaikkan lagi bau wangi kerepek gunting.
Anda pengembar mi, berikut RASA bawakan dua menu mi yang sedap dan boleh dijadikan hidangan berbuka di hujung puasa, di mana korang dah sibuk nak balik kampung dan tak mau lagi kotorkan dapur lagi. Kedua-dua menu ini sedap dan mudah disediakan. pasti seisi keluarga anda menyukainya.
MI TIGA CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
1 paket mi kuning | dicelur
100gm cendawan butang | dihiris
100gm cendawan shitake | dihiris
50gm cendawan tiram
1 keping kek ikan | dihiris
1 sudu makan minyak bijan
2 ulas bawang putih | dicincang
2 biji cili padi | dibelah
1 inci halia |dihiris
1 tangkai daun bawang | dihiris
BAHAN KUAH:
75ml stok sayuran
3 sudu makan kicap cair
1 sudu teh gula kastor
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bijan dalam kuali besar dan tumiskan bawang putih, halia, cili padi dan daun bawang hingga wangi.
Kemudian masukkan cendawan butang, shitake, tiram dan kek ikan. Masak seketika.
Seterusnya masukkan bahan-bahan kuah. Teruskan memasak sehingga cendawan menjadi lembut.
Masukkan mi dan gaulkan mesra. Taburkan hirisan daun bawang.
YEE MEE AYAM JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
1 paket yee mee | dicelur
250gm ubi kentang | potong dadu.
100gm jagung manis
30gm kacang pis
300gm isi ayam | dipotong dadu besar
250ml stok ayam
500ml susu
1 biji bawang besar | dicincang
1 ulas bawang putih | dicincang
1 1/2 sudu makan mentega
1 sudu makan tepung gandum
1 batang saderi | dihiris kasar
3 batang jagung muda | dihiris
2 biji cili merah |dihiris.
1/4 sudu teh herba basil kering
1/2 sudu teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cairkan mentega. Tumis bawang putih hingga harum.
Tambahkan bawang besar dan tumis sehingga lembut. Masukkan tepung gandum dan masak sehingga hilang bau tepung.
Kemudian masukkan isi ayam, ubi kentang, jagung, kacang pis, saderi dan jagung muda. Tumis sebentar.
Tambahkan lada putih, basil, stok ayam, susu dan garam secukup rasa. Didihkan sehingga ubi kentang dan jagung ma
Angkat dan hidangkan bersama yee mee. Taburkan hiirsan cili merah sebagai hiasan.
Apapun juadah yang masam, ia mesti dilegkapi dengan rasa pedas kerana yang pedas itu membuka selera makan. Kalau tak percaya cuba dua menu yang Majalah Rasa kongsikan ini, memang ketagih makan dan lebih pedas lagi berselera makan. Yang penting ia sangat senang dimasak, jadi anda kena buat dan rasa sendiri hasilnya.
SIPUT SEDUT ASAM ROM
BAHAN-BAHAN:
1 kg siput sendut | buang ekor, bersih dan tos.
1 cawan terung pipit | buang tangkai dan belah sedikit
Sedikit daun pucuk paku | ambil pucuk dan daun sahaja
3 sudu makan Asam Rom
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan siput sedut yang telah dibesihkan dalam periuk.
Tambahkan bahan kisar, terung pipit, pucuk paku dan air menutup paras siput sedut.
Didihkan di atas dapur dengan api sederhana.
Setelah mereneh, perasakan dengan garam dan gula secukup.
Setelah masak dan cukup rasa. Tutup api.
Sedia dihidangkan.
ASAM TEMPOYAK KELADI KEMAHANG
BAHAN-BAHAN:
3-4 pokok Keladi Kemahang muda
3 sudu makan tempoyak
6 pucuk daun kesum
1 kuntum bunga kantan
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masam
Sedikit ikan bilis
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Buangkan kulit ari batang keladi dan potong 4cm. Isi keladi buang kulit dan potong dadu.
Masukkan dalam periuk bahan kisar, asam tempoyak dan air, kemudian kacau rata.
Masukkan batang keladi, ikan bilis dan renehkan di atas api sederhana.
Setelah isi keladi empuk dan batangnya layu, masukkan asam keeping jika kurang masam.
Seterusnya masukkan daun kesum, bunga kantan dan perasa dengan garam dan gula secukup rasa.
Menu soto dan laksa, hidangan paling sesuai untuk menggantikan nasi. Sedap dan juga mengenyangkan.
Sesuai dimakan pada bila-bila masa saja, lagi-lagi sarapan dengan soto dan laksa, memang terangkat!
Soto dan laksa, sajian kaya rempah dan berperisa ni memang kegemaran zaman berzaman-zaman.
SOTO AYAM BLC
BAHAN BAHAN:
1 ekor ayam | potong 4 1 sudu teh serbuk jintan manis 1 sudu teh serbuk jintan putih 2 sudu makan serbuk lada putih (2-4 biji) bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga 2 sm kayu manis
5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2.5 sm halia
BAHAN UNTUK MENUMIS/DIKISAR :
5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2.5 sm halia 1 sudu teh lada hitam
BAHAN SAMBAL CILI KICAP:
Segenggam cili padi | ditumbuk 2 ulas bawang putih | ditumbuk Kicap lemak manis ikut suka 1 -2 biji limau kasturi (perah airnya) (Goreng dulu cili + bawang putih dan kisar, satukan semua bahan dengan kicap)
1. Panaskan minyak dalam periuk. 2. Tumis bahan yg dihiris hingga naik bau. 3. Masukkan rempah penumis bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, dan kayu manis dan masukkan serbuk jintan manis, jintan putih serta lada putih. 4. Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga wangi.Masukkan ayam dan gaul seketika. 5. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. 6. Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus. 7. Masukkan sedikit serbuk perasa dan garam. 8. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit dan mee hoon yang dicelur. 9. Sebagai bahan tambahan kuah soto ini lebih enak dimakan dimakan bersama bergedil kentang, kacang tanah goreng, soo hoon goreng dan taugeh yang dicelur dan sambal cili kicap. Jangan lupa letakkan ayam carik. 10. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai pelengkap rasa.
INFO CHEF:Sajian soto Johor ini adalah makanan popular masyarakat Jawa, Johor. Tidak lengkap jika tanpa sambal kicap versi Johor ini.
LAKSA JOHOR
BAHAN-BAHAN:
400gm satu paket spageti Garam secukup rasa Beberapa titik minyak zaitun atau minyak masak
BAHAN A:
1 kg ikan kembung | direbus & ambil isi 500gm ikan parang | direbus & ambil isi 500gm udang basah | rebus & ambil isi 3 keping ikan kurau masin 5 sudu makan udang kering | direbus bersama 3-4 ekor udang basah
8 keping asam gelugur 3 biji kelapa parut (ambil santan pekat) 1 sudu makan gula melaka 1 mangkuk air rebusan udang & air rebusan ikan
BAHAN DIKISAR HALUS:
20 tangkai cili kering 15 ulas bawang merah 10 ulas bawang putih 10 batang serai 4 sm halia 4 sm lengkuas 2 sm kunyit hidup 3 sm belacan 9 sudu makan biji ketumbar 3 sudu makan biji jintan putih 3 sudu makan jintan putih 2 biji buah keras 4 sudu makan kerisik
Limau kasturi | dipotong untuk diperah Tauge Daun kesum @ daun selasih Timun Sambal belacan Bawang besar | dipotong bulat Kacang panjang Lobak asin
CARA MASAK:
1. Lebihan air rebusan ikan dibahagi dua. Ketepikan. Kisar semua bahan A bersama sebahagian air rebusan ikan. Ketepikan. 2. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar halus sehingga wangi. 3. Masukkan bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan B dan kacau rata. 4. Didihkan dan masak sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa. 5. Kemudian rebuskan spaghetti dalam air yang mendidih yang telah dimasukkan garam. Rebus sehingga kenyal ‘ala dente’ dan tidak terlalu lembut. 6. Toskan dan titikkan minyak zaitun agar tidak melekat. Masukkan spageti dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa tadi. 7. Hidangkan bersama bahan ulam-ulaman dan sambal belacan. 8. Bagi memasak sambal belacan, ambil belacan bakar dan tumbukkan bersama cili hidup atau cili kering yang direbus. Tumbuk lumat dan perahkan limau kasturi.
INFO CHEF: Anda boleh juga menggunakan ikan selayang (sardin) menggantikan ikan kembung. Selain ikan parang, anda juga boleh menggunakan ikan tenggiri.
SAYUR TUMIS LAKSA BEBOLA SARDIN
BAHAN-BAHAN:
2 ekor sardin segar | asingkan isi dari tulang 1 biji bawang besar | dikisar 3 ulas bawang putih | dikisar 1 sudu makan lada hitam | ditumbuk Minyak untuk menumis 1 ikat kangkung 1 lobak merah | dipotong jejari 50 gm kubis bunga 350 gm bihun | direndam dengan air biasa Air secukupnya 4-5 keping keropok mentah Garam secukup rasa
1. Isi ikan yang telah diasingkan daripada tulang, dikisar lumat. Bulatkan tanpa campur apa-apa bahan. 2. Tumiskan bahan -bahan yang dikisar dalam periuk dengan sedikit minyak sampai naik bau. 3. Masukkan air dalam 450 ml (dua mangkuk) ke dalam periuk. 4. Bila mendidih masukkan lobak merah, bebola sardin, bila bebola dah terapung (masak) masukkan sayur kangkung, kubis bunga dan bihun dan keropok mentah. Siap untuk hidangan.
INFO CHEF :Sajian asal di Terengganu menggunakan mee lidi. Sayuran yang banyak dan ikan sardin menjadikan ia sajian berkhasiat.
KARI LAKSA UDANG YABBY
BAHAN PES LAKSA (DIKISAR):
300 gm cili kering | dibuang cili 150 gm halia | dihiris nipis 200 gm ulas bawang putih | diketuk 180 gm bawang kecil 80 gm serai| dihiris halus ½ cawan minyak masak 2 sm belacan | dibakar terlebih dahulu 1 ½ sudu makan serbuk ketumbar 2 sudu makan serbuk kari 1 sudu makan serbuk jintan putih 600 gm udang yabby 200 gm kek ikan (sudah dimasak) ¼ cawan minyak masak 200 ml santan kelapa 1 liter air stok ayam 10 keping tofu (jika suka) 12 auns peha ayam | dibuang tulang & kulit 400 gm mi laksa 2 sudu kecil gula melaka @ gula perang/garam kosher 3 biji telur rebus lembut Gula & garam secukupnya
BAHAN HIASAN:
Tauge, daun pudina, hirisan limau nipis dan sambal tumis (jika suka)
CARA MASAK:
1. Masukkan bahan-bahan pes laksa dan kisar hingga menjadi pes. 2. Panaskan kuali/periuk di atas api sederhana. Masukkan pes laksa hingga pes sedikit perang, lebih kurang 2 minit. 3. Masukkan separuh dari santan, dan teruskan memasak, kacau, biarkan sehingga ia tinggal separuh, lebih kurang 4- 6 minit. 4. Masukkan stok ayam, tofu, dan baki santan tadi. Biarkan mendidih hingga 10 minit. 5. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya. Celur laksa dan tauge dalam air panas. 6. Tuangkan kuah laksa di atasnya dan hidangkan bersama tauge, daun pudina, hirisan limau dan sambal (jika suka).
INFO CHEF:Udang Yabby adalah sejenis udang air tawar Australia. Harganya lebih mahal tetapi rasanya yang sungguh manis menjadikan kari laksa lebih lazat.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Antara nasi sejuk dan nasi panas dah tentulah kita pilih nasi panas untuk dimakan dengan lauk pauk.Lebih berselera walaupun lauk tak seberapa. Namun begitu...