Kuah Rojak Buah Colek Mangga, Resipi Mudah Memang Buat Terliur

Share

Balik kampung, tengok pokok mangga depan rumah berbuah lebat. Sedap ni kalau buat colek mangga. Duduk pula atas pangkin, memang ralit mencicah.

Nak buat kuah rojak buah colek mangga ni mudah sahaja. Aini Najihah ada kongsikan resipinya. Jom kita buat. Boleh buat kenduri colek mangga ni.

KUAH ROJAK BUAH COLEK MANGGA

BAHAN-BAHAN:

3 sudu besar serbuk lada – Boleh beli online di sini

½ cawan kicap manis

½ cawan gula pasir

1 ketul kecil gula Melaka – Boleh beli online di sini

Sedikit belacan – Boleh beli online di sini

1 ½  cawan air

1 sudu besar tepung jagung (tiada dalam gambar) – Boleh beli online di sini

Kacang tanah (goreng atau sangai dulu)

CARA MEMASAK:

Masukkan bahan-bahan kering iaitu serbuk lada, gula pasir, gula melaka dan sedikit belacan dulu ke dalam periuk.

Kemudian, masukkan kicap manis.

Setelah itu, masukkan air.

Gaulkan semua bahan dulu sebelum letak di atas dapur. Setelah digaul, baru letak atas dapur dan kacau semuanya dalam api yang sederhana.

Apabila dah mula mendidih, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.

Kacau sehingga kuah memekat dan likat begitu (seperti di dalam gambar).

Tumbukkan kacang tanah, kasar-kasar sedikit. Taburkan ke atas kuah tadi.

Siap. Dah boleh kenduri mencolek mangga.

Bakinya boleh masukkan dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk. Bolehlah buat rojak buah pula selepas ini.

Kredit: Aini Najihah

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN