Sedapnya Kari Telur. Kuah pekat, memang enak dimakan bersama nasi putih. Jika ada lauk sampingan lain seperti ayam goreng atau papadom, lagilah nikmat. Bagi anda yang sukakan lauk Kari Telur ini, saudari De Norms Latorel ada kongsikan resipinya. Menurut beliau, resipi ini ada kisah tersendiri dimana kawan pejabat berbangsa India pernah meminta beliau memasak lauk ini kerana rasanya yang mirip masakan mendiang ibunya. Anda nak cuba? Jom lihat cara-caranya.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan 1 cawan minyak masak. Mmasukkan rempah 4 sekawan. 2. Masukkan kisaran bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis dalam 5 minit dengan api kecil. 3. Masukkan daun kari. Biar bau daun kari naik semerbak. Kacau sekali sekala dalam 10-15 minit. 4. Seterusnya masukkan serbuk kari ayam & serbuk kari ikan ke dlm periuk (terlebih dahulu campurkan 2 serbuk kari ni dalam 1 mangkuk. Masukkan sedikit air sahaja untuk disebatikan. Jadikan pes). Kacau rata.
5. Jika minyak kelihatan kurang, tambahkan minyak masak dalam 2-3 sudu makan. Kacau sentiasa guna api sederhana sehingga pecah minyak. Elakkan hangit. 6. Masukkan kesemua kentang yang telah dibelah. Kacau guna sudip kayu yang leper. Jangan guna senduk nanti kentang hancur. 7. Masukkan serbuk kiub pati ayam dan asam gelugur. Kacau rata. 8. Bila kari sudah pecah minyak. masukkan santan. Kacau lagi sehingga santan pecah minyak. 9. Perasakan dengan garam secukup rasa 10. Tunggu sehingga kuah mendidih & masukkan telur rebus. (masa ni kentang pun sudah sedang elok empuk) 11. Bila semuanya sudah cukup rasa, tutup api dan sedia untuk dinikmati.
Ads
INFO: Bila sudah siap masak, ambil kitchen paper @ tisu dapur untuk serap minyak. Boleh juga guna senduk keluarkan lebihan minyak dalam kari.
Kalau dulu-dulu, tak pekena nasi kandar sekali dalam seminggu memang tak sah. Memang padu la nasi kandar mamak kan.
Namun memandangkan kita dinasihatkan untuk duduk di rumah, maka kena buat sendiri sajalah.
Jom kita cuba buat mengikut resipi yang dikongsi saudari Ella Hussain ini. Memang nampak sedap.
RESIPI MACAM MANA NAK BUAT NASI KANDAR PADU
Tips: *Saya guna serbuk kari jenama Babas naaaa. *Masak kari guna belanga tau, jangan guna periuk. Nanti rasa dia tak ‘kaw’. *Kari yang sedap kena bagi likat dan masak kena 3-4 kali kering air (maksud bila kering, tambah air, kering tambah air), 100% serbuk kari tak guna santan *Untuk kicap, saya guna kicap Mudim Merah
1.Kisar bawang putih, halia, kiub pati ayam dan telur sehingga halus. Ketepikan. 2. Kemudian, ayam dicuci bersih dan toskan. Jangan berair. Kelar sikit isi-isi ayam , untuk bagi masuk bahan perap dalam isi ayam. 3. Dah kisar semua, masukkan dalam ayam yang diletakkan dalam besen.
4. Masukkan juga serbuk kari daging, serbuk kari ikan, serbuk lada, tepung jagung, serbuk lada putih, serbuk kunyit, garam, gula, ajinomoto dan serbuk pasti sedap (yang ni agak-agak la ye. Saya pakai letak saja. Tiada sukatan. Garam jangan banyak sebab serbuk kari dah masin dan daun kari.)
5. Gaul semua dan sebatikan. Perap dulu 4-5 jam. Kemudian, goreng. Api kena panas dan ayam kena tenggelam. Dah masuk ayam, perlahankan semula api. Jangan kecil sangat, sedang-sedang saja.
1. Kisar bawang besar dan bawang putih. Ketepikan. 2. Kemudian, masuk minyak masak dalam belanga. Tumis 3 sekawan dan dan halia yang diketuk hingga naik bau. 3. Kemudian, masuk bahan kisar tadi. Kacau sekejap kemudian, tuang terus serbuk kari daging dan serbuk kari ikan. (saya tak bancuh dah, terus tuang dan saya tak reti agak-agak tapi saya bagi sukatan tu, nanti adjust sendiri ye)
4. Tuang air dan tunggu kering dan tambah air lagi. Lepas tu, masuk garam, ajinomoto, gulad dan kiub ayam maggi. (adjust sendiri, tiada sukatan tertentu. Sesedap mulut sendiri naaa)
5. Masak guna api sedang saja. Nanti dia naik minyak tu, rasakan sama ada perlu tambah apa yang patut. Kemudian, tutup api.
6. Nak masuk ayam atau daging, masukkan masa bubuh air tadi supaya empuk dan masak elok. Nak masuk kacang, kentang atau terung ke, boleh saja kalau kari yang ni.
1. Ricik halus bawang putih dan bawang merah. Kemudian tumis bawang dengan halba campur dan daun kari. 2. Tuang serbuk kari daging, kari ikan, serbuk cili dan air. Kacau rata. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto serta serbuk pasti sedap maggi. (tiada sukatan, agak-agak saja) 3. Masak macam kari versi 1. Kering air, masuk air lagi. Ulang 2,3 kali. Kemudian, dekat nak masak, letak sotong. Kacau sekejap dan dah siap. (boleh juga nak letak udang, tak kisah apa).
RESIPI DAGING MASAK HITAM@KICAP SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang merah 1 biji bawang putih 3 sekawan ½ inci halia | diketuk Daun kari 1 sudu besar serbuk cili Kicap
CARA-CARA:
1.Kisar bawang merah dan bawang putih. 2. Kemudian, tumis 3 sekawan bersama dengan halia dan daun kari. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Kacau rata. 3. Masukkan serbuk cili. Kacau sekejap, kemudian masukkan kicap (bagi banyak sikit). 4. Kemudian, masukkan daging dan air. Masak sehingga daging empuk. Selepas tu, baru perasakan dengan gula, ajinomoto dan pasti sedap maggi. Tak perlu garam kerana kicap dah masin. Siap.
RESIPI KOBIS GORENG
BAHAN-BAHAN:
Kobis | ricik halus memanjang Bawang putih | ricik halus Bawang merah | ricik halus Secubit halba campur Daun kari Secubit serbuk kunyit
CARA-CARA:
1.Tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari sehingga naik bau. 2. Kemudian, masukkan kobis, serbuk kunyit, garam, aajinomoto dan pasti sedap. Kacau-kacau. Siap.
CARA HIDANGAN:
*Untuk nasi, saya buat nasi minyak saja. Dalam nasi, letak kas-kas sikit. Dalam hujung sudu je, jangan banyak. (kalau tak suka, jangan letak) *Boleh rebus telur asin dan bendi. *Nak lagi sedap, bungkus dalam kertas surat khabar dan perap semua kuah dalam 5 ke 1o minit. Cubalah, insya-Allah sedap macam dekat kedai mamak.
Bekerja atau tidak, mak-mak memang suka kalau ada rahsia memasak yang memudahkan kerja mereka di dapur. Tambah pula bula puasa dah dekat, yang memerlukan anda masak dengan cepat tetapi sedap untuk keluarga. Asyik nak beli, kadang tak kena dengan selera tekak. Haaa… inilah caranya, cuma sediakan bahan memasak siap-siap dalam peti, tinggal nak masak je!
Jimat masa dan mudah sangat, takdelah nak memasak baru nak kopek bawang!.. Macam-macam perencah ada. Nasi goreng ikan bilis, sambal tumis/asam pedas, kari ikan, pes ikan bakar dan sos black pepper. Jom lihat bahannya:
1. Blend cabai kering, bawang besar, bwg merah dan bawang putih, serai yg dihiris nipis2, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dgn sedikit minyak.
3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.
1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih dan belacan.
2. Tumis dlm minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.
1. Tumis bawang merah dan bwg putih yg dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan blendar- rempah kari ikan, bawang besar, bwg merah, bwg putih dan sedikit cili kering.
3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.
(Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dsbnya
1. Rebus bwg besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter.
3. Masukkan kentang dan bwg yg. diblendar
4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap
5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam
6. Sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah
7. Masak hingga pekat dan naik bau.
(Boleh dimakan bersama fries, ayam grg dll)
1.Blend ikan bilis yg dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.
2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.
(Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur2an dsbnya.
1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan.
2. Tumis dlm minyak panas.
3. Masukkan serai yg diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam/perisa.
(Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.)
Selamat mencuba!
Kongsi resipi : Sapina Shahabudin
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hari ini kita layan perut dengan menu simple dan mengenyangkan. Ikut cara puan Jamilah buat mi ayam ni. Bahan-bahannya pun mudah dapat. Dapat semangkuk pun puas makan. Boleh dimakan tanpa kuah sup atau kalau yang suka menghirup sup panas-panas bolehlah dicampurkan sekali.
MI AYAM Bahan-bahan: Mi secukupnya – boleh guna mi pilihan sendiri (dicelur) Sawi secukupnya – dicelur Hirisan daun bawang – untuk tabur Bawang goreng – untuk tabur Bahan kuah sup 500ml air Tulang ayam secukupnya Daun bawang- dipotong panjang 2 ulas bawang putih -diketuk Rebus semua bahan hingga didih dan masak. Masukkan garam,gula dan perisa secukupnya.
Bahan minyak ayam kulit ayam secukupnya 1/4 cawan minyak 5 ulas bawang putih -dicincang 1 sudu teh minyak bijan
Cara membuat: 1.Panaskan minyak dan goreng kulit ayam hingga garing. Kemudian angkat kulit ayam tadi. 2.Masukkan bawang putih cincang dan minyak bijan. 3.Goreng hingga kekuningan. Siap
Bahan kicap 1/4 cawan kicap masin 3 sudu besar air Gula secukup rasa Masuk kulit ayam goreng tadi. Letak sikit potongan daun bawang Masak hingga didih dan tapis.
Bahan untuk ayam 500g isi ayam -dihiris cendawan shitake/ cendawan tin secukupnya- dihiris. 3 ulas bawang putih -dicincang 1 biji bawang Holland -didadu Kicap manis Sos tiram Sedikit minyak bijan Bancuhan tepung jagung
Cara buat: 1.Tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu, 2.Masukkan hirisan ayam ,gaul rata 3.Masukkan cendawan. 4.Masukkan sos tiram,kicap dan minyak bijan 5.Letak sikit bancuhan tepung jagung 6.Sesuaikan rasa dan masak hingga hampir kering.
Cara hidang: 1.Letak satu sudu besar kicap masin dan satu sudu besar minyak bawang. 2.Letak mi dan gaul hingga rata. 3.Letak sayur. 4.Letak ayam, cendawan 5.Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng. 6.Hias dengan kulit wantan goreng. 7.Sedia untuk dimakan * Kalau suka boleh tambah kuah sup tadi
Bagi yang rajin buat kek, biasa menggunakan whipping cream ini sebagai salah satu bahan utama. Namun sedia maklum, sekotak kecil harga Whipping Cream ni pun boleh tahan harganya. Kalau berniaga, lebih jimat kos bila buat sendiri Whipping Cream ni. Nak buat pun mudah sahaja, gaul rata semua bahan dalam 6 minit dah siap!