Sup bakso Indonesia ni resipi original dari orang Indonesia. Menurut pemilik resipi Ekynn Aziz resipi ini adalah permintaan daripada ibunya yang cukup menggemari hidangan ini. Resipi yang dikongsikan siap lengkap dengan sambal kicap sekali, barulah padu kan.
Kata Ekynn Aziz boleh aje guna bebola daging segera, bebola daging mohd armiya atau Ramly pun okay aje terasa kesedapan dagingnya. Kuah bakso ni memang sedap sangatlah bila dimakan dengan segala jenis Mi termasuklah bihun dan kuey teow. Kuahnya pun sedap dihirup begitu sahaja. Merecik peluh dibuatnya, hehehe.
KUAH BAKSO INDONESIA (10 org makan)
.
BAHAN-BAHAN :
Ads
Tulang daging RM10
Bebola daging
.
2 biji bawang merah dihiris
2 batang serai dititik (taknak letak pn takpe)
1 helai daun pandan(taknak letak pn takpe)
1 1/2 kiub pati daging
Perasa ajinomoto (boleh ganti maggi cukup rasa)
Garam secukup rasa
*2 biji bawang
*6 ulas bawang putih
*3@4 biji buah keras
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup
*1 sb serbuk lada sulah
(Blend@tumbuk bahan bertanda *)
*Serai dan pandan tu bahan additional sahaja. Kalau taknak letak pun takpe
CARA MEMASAK : 1. Rebus tulang daging selama 30minit. Lagi lama lagi sedap. 2. Dalam kuali lain boleh tumis bawang hiris. Kemudian masuk kan bahan blend@tumbuk, pandan dan serai titik. 3. Dah naik bau boleh tuang bahan tumis dalam periuk rebusan tulang tadi. Dan masukkan bebola daging. 4. Perasakan dengan garam dan ajinomoto@maggi cukup rasa. 5. Rebus sampai bebola daging timbul. Timbul tu maknanya kuah dah masak ye. Dah siap !
CILI KICAP
.
BAHAN-BAHAN :
*Segenggam cili padi hijau
*6 ulas bawang putih
1 sudu besar cuka
1 sudu besar kuah bakso
4 sudu besar kicap manis
Secukup rasa
Garam
CARA MEMASAK : 1. Rebus bahan bertanda *. Dah lembut boleh blend@tumbuk. 2. Kemudian masuk kan bahan2 lain sesedap rasa. Gaul sebati. Dah siap.
Jika anda penggemar hidangan pasta, resipi sos spageti homemade perkongsian dari Chef Sue M Arukin ini tentunya wajib dicuba. Hanya menggunakan tomato ranum dan beberapa bahan mudah lain, anda boleh hasilkan stok sos tomato yang sangat enak ini. Lebih istimewa, ia juga boleh disejukbekukan dan digunakan pada bila-bila masa. Sangat mudah, lebih sihat dan menjimatkan. Jika suka, boleh je tambah sayur-sayuran seperti lada benggala, cendawan, lobak merah, daging, isi ayam kisar ataupun aneka makanan laut kegemaran. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
SOS SPAGETI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2kg tomato ranum
2 labu bawang putih | dikisar kasar
Daun thyme segar /kering secukupnya
Daun parsley segar/ kering secukupnya
Oregano segar/kering secukupnya
Serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
Garam dan gula perang secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis
1/2 cawan tomato puri – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan buah tomato dan kelar seperti dalam gambar.
2. Kemudian panaskan air dan celur buah tomato tadi untuk memudahkan proses membuang kulitnya.
3. Bila kulit tomato sudah terkupas, angkat dan masukkan ke dalam air berisi ais untuk hentikan proses memasak.
4. Kupas kulit tomato hingga habis.
5. Cincang kasar tomato tadi dan kisar dalam food processor atau blender. Namun jangan sampai terlalu halus dan lumat. Jika tiada mesin, boleh cincang menggunakan tangan sahaja.
6. Panaskan 2 sudu makan minyak zaitun menggunakan api kecil. Kemudian tumis bawang putih hingga wangi. Pastikan bawang tidak hangit.
7. Kemudian masukkan kisaran buah tomato tadi. Gaul rata.
8. Jika suka, boleh tambahkan tomato puri. Ia bertujuan menjaidkan sos pasta menjadi lebih merah dan kelihatan menarik. Biar kuah mendidih.
9. Seterusnya tambahkan parsley, thyme dan oregano dengan secukupnya.
10. Akhir sekali, perasakan dengan serbuk lada hitam, lada sulah, garam dan gula perang dengan secukup rasa.
11. Kacau rata dan biarkan pasta hingga mencapai tahap kepekatan yang anda suka.
12. Sedia dihidangkan bersama aneka pasta kegemaran.
INFO: Jika tiada thyme, oregano dan parsley segar, boleh juga gunakan bahan-bahan tersebut yang telah dikeringkan. Boleh juga guna italian herbs.
Khasiat ikan salmon memang popular. Seperti ikan perairan sejuk yang lain seperti mackerel, hering, kod ia kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang mengandungi EPA dan DHA yang baik untuk kesihatan.
Sudahlah rasanya sedap banyak pula khasiat kesihatanya. Ia dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah dan juga mengurangkan kolestrol. Rasanya berlemak dan paling best ikan salmon adalah sumber makanan sihat, walaupun harganya agak tinggi sedikit.
Ni min kongsikan aneka cara memasak ikan salmon, bukan sahaja sajian barat aje, ikan salmon pun boleh dimasak sajian Asia macam kari dan lauk india tikka.Salmon ni biasanya dihidang di kafe dan hotel, nak beli agak mahal juga walau cuma sepotong aje. Kalau ‘umat’ ramai eloklah masak sendiri kan.
1.PAN FRY SALMON WITH VEGETABLES
BAHAN-BAHAN :
120 gm keping ikan salmon
50 gm lada benggala merah/ dipotong dadu
50 gm lada benggala hijau/ dipotong dadu
60 gm bawang besar/ dipotong dadu
30 gm bawang putih/ dipotong dadu
50 gm kacang buncis/ dipotong dadu
100 gm jus oren/dipotong dadu
30 gm halia/ dihiris
20 gm mentega
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Perasakan garam dan lada sulah di atas salmon. 2. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. 3. Masukkan ikan dan balikkan apabila masak (hanya dua hingga tiga minit sahaja) 4. Panaskan kuali yang lain untuk penyediaan sayur. 5. Tumis bawang dan bawang putih dan masukkan semua sayuran. Ketepikan. 6. Bagi sos pula panaskan kuali lain dan tumis halia. 7. Masukkan jus oren dan masak dengan api yang perlahan. 8. Masukkan mentega dan kacau sebati 9. Letakkan garam secukup rasa 10. Tuangkan sos dan sayur di atas hidangan salmon
INFO CHEF : Bagi melazatkan lagi salmon, perap ikan salmon dengan lada hitam dan garam sekurang-kurangnya 45 minit di dalam peti sejuk agar perisanya menyerap dan mesra.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu Memasak : 20 minit Cara Memasak : Tumis , gril dengan minyak sedikit dan boleh juga dimasak dalam oven Jenis masakan : Sajian Barat Keistimewaan : Kandungan omega 3 di dalam salmon baik untuk kesihatan
2. SALMON TIKKA
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
180 gm hirisan ikan salmon
150 gm yogurt
30 gm jintan manis /dikisar
30 gm jintan putih /dikisar
1 sm halia/dikisar
2 ulas bawang putih /dikisar
Garam secukup rasa
Bahan B:
40 gm timun /dipotong dadu kecil
30 gm bawang besar /dipotong dadu kecil
40 gm yogurt
CARA MEMASAK : 1. Campurkan bahan A ke dalam bekas untuk perapan hirisan ikan salmon. Perap selama 4 jam. 2. Untuk bahan B, ambil timun dan bawang besar campurkan dengan yogurt. Masukkan sedikit garam untuk menyeimbangkan rasa masam yogurt. Sejukkan. 3. Panaskan kuali @ pemanggang. Letakkan sedikit minyak dan pastikan kuali cukup panas supaya isi tidak melekat di kuali. 4. Kemudian masak ikan salmon selama 5-7 minit setiap belah bahagian, balikkan dan masak sebelah lagi dengan durasi masa yang sama. Pastikan tidak membalik-balikan ikan supaya isinya tidak hancur. 5. Setelah isi ikan masak, hidangkan bersama campuran timun, bawang dan yogurt yang telah disediakan tadi 6. Hiaskan bersama lemon dan daun salad jika suka. 7. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 10 minit Cara memasak : Goreng minyak sedikit atau gril Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Rasa yogurt dan rempah, sajian berkrim dan kaya aroma rempah
INFO CHEF: Ikan salmon mudah masak dan apabila ia telah bertukar warna lebih pucat, itu tandanya ia sudah masak.
3. KARI IKAN SALMON
BAHAN-BAHAN :
800 gm isi ikan salmon
150 gm bawang merah /dihiris
5 sm halia /dihiris
5 ulas bawang putih /dihiris
20 gm halba campur
1/2 biji santan kelapa
100gm yogurt
200 gm serbuk kari ikan
1 tangkai daun kari
60 gm asam jawab
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumis bahan hirisan bersama daun kari. 2. Masukkan halba campur dan tumis sehingga wangi. 3. Masukkan serbuk kari ikan masak (dicampur sedikit air jadikan pes), dan tumis hingga pecah minyak. 4. Masukkan sedikit air asam jawa dan didihkan, masukkan santan dan yogurt 5. Kemudian masukkan isi ikan salmon dan perasakan dengan garam secukup rasa. 6. Perlahankan api dan didih lebih kurang 7-8 minit dan tutup api. 7. Kari ikan sedia dihidang bersama nasi putih atau roti
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 15-20 minit Cara memasak : Tumis dan didih Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Ikan salmon lembut sedap dimasak kari Anggaran kos : RM 50
INFO CHEF : Ikan salmon dimasukkan setelah kuah mendidih, dan jangan masak lama. Pastikan bahan tumis dan serbuk kari betul2 masak untuk dapatkan kari yang sedap.
4. SALMON WELLINGTON
BAHAN-BAHAN :
1 kg ‘fillet’ salmon
30 gm bawang kecil | dihiris
20 gm bawang putih |dihiris
20 gm krim keju
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa | ditumbuk
Stok ikan secukup rasa
60 gm bayam (baby spinach)
40 gm serbuk roti
40 gm keju parmesan | diparut
1 lapis pastri paf
1 biji kuning telur | dipukul
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan mentega di dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih. 2. Masukkan krim keju dan perisakan dengan garam, lada hitam dan air stok ikan. 3. Biarkan didih dan masukkan bayam, serbuk roti dan keju parmesan. 4. Masakkan sebentar di atas api yang kuat fillet salmon (sear) di atas kuali, tebarkan pastri paf dan letakkan salmon tadi di atas dan bungkuskan salmon. 5. Sapukan pastri puff dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang dipanaskan dalam suhu 390 darjah celcius selama 30 minit. 6. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 45 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan: Salmon yang dibalut pastri , sajian rangup dan berkrim
Info Chef: Bagi menjimatkan masa memasak boleh menggunakan pastri paf yang ada dijual di kedai bakeri.
5. GRIL SALMON WITH CREAM PENGAGA
BAHAN-BAHAN :
4 filet salmon
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh lada hitam
2 sudu makan minyak zaitun
BAHAN SOS :
7.5 ml susu
118 ml krim keju
2 sudu makan daun pengaga (dicincang)
1 sudu makan parsli (dicincang halus)
CARA MEMASAK : 1. Panaskan gril sehingga kepanasan sederhana. 2. Sapukan kedua belah filet salmon dengan minyak zaitun, dan taburkan dengan garam dan lada hitam, perapkan sebentar. Gril bahagian berkulit ke bawah untuk sepuluh minit atau sehingga kulitnya lekang dan mudah ditanggal dengan garfu. Balikkan. 3 .Sementara itu masak krim keju dan susu dalam saucepan dengan api sederhana selama dua hingga tiga minit. Atau sehingga krim keju benar-benar cair dan sosnya sudah cukup sebati. 4. Kemudian masuk daun pengaga yang telah dicincang halus. Kacau perlahan-lahan. 5. Hidangkan filet salmon yang siap dipanggang dengan sos pengaga. Taburkan dengan daun parsli.
INFO CHEF : Usap jari anda di atas filet salmon untuk memastikan tiada tulang yang tertinggal. Sekiranya terdapat benjolan kecil itu tandanya tulangnya masih ada lagi. Cabut tulang menggunakan penyepit kecil . (tweezers).
Saiz hidangan : 4 orang Waktu Memasak : 20 minit Cara Memasak : Gril dan didih Jenis masakan : Fusion Keistimewaan : Sos pengaga memberi citarasa tempatan
Dalam episod kedua rancangan terbaru Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Adam Didam dan Ili Sulaiman akan berkongsi cara-cara memasak Chicken Adobo yang terkenal di Filipina dan juga menu Ayam Masak Kicap yang tentunya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Nak tahu apa persamaan serta perbezaan antara kedua menu ni? Jom lihat resipi dan cara-cara penyediaannya.
1. AYAM MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – dipotong 8
Asam keping
Minyak
Gula
Garam
BAHAN PERAPAN AYAM:
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan kicap manis
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada putih
BAHAN KISAR:
2 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering yang telah direndam di dalam air panas
BAHAN KUAH/GRAVY:
2 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan minyak
1 biji bawang holland
1 biji lada benggala (merah@hijau)
Daun bawang sebagai hiasan
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ayam ke dalam mangkuk dan perap dengan bahan perapan.
2. Kisarkan kesemua bahan seperti halia, bawang besar, bawang putih dan cili kering sehingga menjadi pes.
3. Masukkan minyak ke dalam kuali. Goreng ayam separa masak. Simpan bahan perapan untuk diletakkan di dalam sos.
4. Tumis bahan yang dikisarkan sehingga wangi dan pecah minyak. masukkan bahan perapan, asam keping, kicap pekat dan ayam yang digoreng sebentar tadi. Biarkan selama 5 minit.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan bawang holland dan lada benggala. Hiaskan dengan daun bawang. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Video:
2. CHICKEN ADOBO
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
Air
Cili padi
Minyak
BAHAN PERAPAN AYAM:
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan cuka
Garam
1 sudu makan lada Hitam (biji)
1 ½ sudu makan gula perang
2 helai daun salam
2-3 ulas bawang putih
2-3 bawang merah kecil
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ayam ke dalam mangkuk dan perap dengan bahan perapan selama 10 minit
2. Panaskan kuali, tuang sedikit minyak dan masukkan bawang putih.
3. Masukkan ayam yang diperap dengan bahan perapan sebentar tadi.
4. Masukkan air mengikut citarasa sendiri. Tutup kuali dan biarkan ayam masak sepenuhnya.
5. Masukkan beberapa biji cili padi. Gaul rata dan sedia untuk diangkat dan dinikmati.
Video:
BACA JUGA:
Cara Masak Nasi Lemak & Nasi Uduk dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara Episod 1