Di musim cuti sekolah begini, sesuai sangatlah jika anda mencuba aneka resipi ayam panggang yang bukan sahaja enak malah menyihatkan. Nak makan dengan nasi atau aneka hidangan sampingan lain pun sedap! Anak-anak pasti suka. Jangan lupa cuba ya.

 

1. AYAM PANGGANG ROSEMARY

BAHAN-BAHAN:

  • ½ ekor ayam
  • Garam secukup rasa

Bahan Perapan:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan lada hitam |ditumbuk kasar
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan madu
  • 2 tangkai rosemary |  diambil daunnya
  • Serbuk paprika secukupnya

BAHAN SOS:

  • 1 ulas bawang merah | dicincang
  • 1 ulas bawang putih | dicincang
  • 1 tangkai daun rosemary
  • 1 liter sos perang
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • Roux (cairkan 2 sudu makan mentega, gaulkan dengan sedikit tepung sehingga pekat, masak selama 3 minit).

 

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ayam dan lumurkan dengan garam serta  bahan perapan. Perap selama 2 jam.
  2. Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar selama 60 minit atau sehingga ayam kelihatan masak.
  3. Untuk menghasilkan sos, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang merah bersama bawang putih hingga layu.
  4. Kemudian masukkan daun rosemary dan masak sehingga wangi.
  5. Akhir sekali, masukkan sos perang diikuti roux untuk memekatkan sos. Sedia untuk dinikmati bersama ayam panggang.

Info chef: Waktu memanggang mungkin berbeza bergantung pada jenis ketuhar yang anda gunakan. Selalu perhatikan kondisi ayam agar ia tidak hangus.

 

2. AYAM PANGGANG MADU

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 250gm ayam | dibersihkan

BAHAN PERAPAN:

  • 2 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 1 tangkai daun thymes
  • 1 tangkai rosemary
  • Sedikit oregano
  • 1sudu teh serbuk paprika
  • 3 sudu makan madu
  • 1 biji jus lemon
  • Garam secukup rasa

BAHAN SOS MADU LEMON:

  • 3 sudu makan minyak jagung
  • 2 sudu makan madu
  • 1 biji jus lemon

CARA MEMASAK:

  1. Perapkan ayam dengan bahan-bahan perapan selama lebih kurang 1/2 hari.
  2. Panggang ayam dengan api yang perlahan lebih kurang 40 minit atau sehingga masak. Ketepikan.
  3. Untuk menyediakan sos, campurkan kesemua bahan dan jadikan seperti vinaigrette.
  4. Hidangkan bersama ayam panggang madu tadi.

Info chef: Sebaiknya guna ayam bahagian paha kerana ia cepat masak dan lebih berjus.

 

3. AYAM PANGGANG HALIA

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1/3 ekor ayam |bahagian paha
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 3 inci halia
  • Garam secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Daun pisang secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk.
  2. Kemudian gaulkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan garam sekata. Lumur rata pada ayam dan perapkan sebentar. Ketepikan.
  3. Alaskan daun pisang di dalam dulang pembakar dan bakar menggunakan pan atau ketuhar sehingga ayam masak sepenuhnya.
  4. Sedia dinikmati.

 

4. AYAM PANGGANG KENTANG BERKEJU

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi dada ayam | potong dadu
  • 2 biji kentang | belah empat
  • 1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu
  • 1/2 biji cili benggala merah | potong dadu
  • 1 biji bawang Holland | potong dadu besar
  • 2 tangkai daun rosmarry segar
  • 1 sudu teh serbuk Thyme
  • 1 sudu teh emping cili
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 4 sudu makan minyak zaitun
  • 2 sudu makan yogurt
  • ½ cawan parutan keju
  • 3 sudu minyak zaitun
  • 1/2 biji lembon | jus sahaja
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  • Campurkan ayam,kentang,  bawang Holland, cili benggala merah dan hijau, bawang Holland, daun rosemary, serbuk thyme, serbuk lada hitam, empingan cili, jus lemon,  yogurt dan minyak zaitun. Gaul rata.
  • Perap lebih kurang 15 minit dalam peti sejuk.
  • Sementara itu panaskan ketuhar dengan kepanasan 180C.
  • Keluarkan ayam dan letakkan di atas aluminium foil dan taburkan parutan keju di atasnya.
  • Balut bahan perapan dan kemaskan balutan.
  • Akhir sekali bakar dalam ketuhar lebih kurang 15 minit.
  • Keluarkan dari ketuhar, dan sedia dihidangkan panas-panas.

 

5. AYAM BARBEQUE MADU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | saiz sederhana | bersih dan toskan
  • 1 biji bawang besar | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 3cm halia muda | kisar
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 3 sudu makan madu
  • 1 sudu makan kucap pekat manis
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan bahan kisar dan semua rempah ratus, madau, kicap pekat manis dan  garam pada keseluruhan bahagian ayam termasuk bahagian dalam.
  2. Masukkan dalam bekas dan perapkan satu  malam dan simpan dalam peti ais.
  3. Kemudian bakar atau panggang dalam ketuhar setelah separuh masak sapukan lagi dengan bahan rempah barbeque agar ayam tidak terlalu kering.
  4. Setelah masak boleh hidangkan dengan sos cili atau sos lada hitam.

 

6. AYAM PANGGANG KETUHAR

 BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam saiz sederhana
  • 1 batang seleri |potong empat
  • 1 sudu teh herba thyme
  • 1 sudu teh rosemary
  • 1 biji bawang besar |belah dua
  • Beberapa tangkai daun parsli
  • 1 helai daun bay
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos Lea & Perrins 
  • 4 ulas bawang putih |tumbuk halus
  • 1-2 sudu teh serbuk brown sauce (untuk membuat sos) 
  •  Sedikit tepung jagung/ gandum (untuk membuat sos)

 

CARA MEMASAK:

  1. Perapkan ayam bersama rosemary, thyme, sos tiram, sos Lea & Perrins, lada hitam, bawang putih dan garam. 
  2. Sumbatkan hirisan seleri, parsli, separuh daripada bawang besar di dalam perut ayam. Perap di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
  3. Kemudian, keluarkan ayam dan bakar selama 1 jam atau lebih mengikut cita rasa pada suhu 200 C. Sapukan mentega dua atau tiga kali di permukaan ayam sehingga masak dan kulitnya garing. 
  4. Apabila ayam masak, rehatkan buat seketika. Ketepikan.
  5. 5.Untuk membuat sos; lebihan jus ayam yang dipanggang tadi diambil dan campurkan bersama baki bawang besar yang dihiris, seleri, parsli yang telah dipanggang dan daun bay. 
  6. Masak kesemua bahan di dalam kuali dan campurkan brown saucedan sedikit tepung untuk memekatkannya. Boleh juga ditambahkan sedikit air mengikut cita rasa anda. 
  7.  Angkat dan tapis, ambil jusnya sahaja.
  8. Hidangkan bersama kentang rebus dan sayur-sayuran mengikut cit rasa masing-masing.

Info chef: Selepas sos ditapis, masukkan sedikit mentega ke dalam sos agar lebih sedap dan sos nampak berkilat cantik.