Jom masak itik pulak. Tapi kena betul gaya memasaknya. Ada orang salai dulu, dan ada jugak yang rebus dulu dengan halia. Terpulang..tapi rasanya memang tak boleh nak komporomi, memang sedap.
Ni masak kerutuk memang terbaiklah. Berbaloi untuk dicuba.
KERUTUK ITIK
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 ekor itik | anggaran 1 1/2 kg
500ml santan pekat
4 sudu makan rempah kerutup
3 sudu makan air asam Jawa
3 sudu makan kerisik
Garam dan gula kabung secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
3cm halia
3cm kunyit
2cm lengkuas
4 batang serai
BAHAN GORENG SANGAI DAN KISAR:
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
7 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah penumis, hingga naik bau dan tambah rempah kisar tadi. 2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga pecah minyak, masukkan gula kabung, garam dan air asam Jawa. 3. Seterusnya masukkan rempah kerutuk, kacau dan tumis lagi seketika. 4. Masukkan itik dan sedikit air biarkan mereneh hingga itek empuk. 5. Akhir sekali masukkan santan dan sedikit air, biarkan mereneh hingga kuah pekat baru masukkan kerisik. 6. Kecilkan api biarkan kuah hingga pekat dan terbit minyak. 7. Setelah isi itik lembut, rasa sekali lagi untuk pastikan agar secukup rasa sebelum tutup api. 8. Kerutuk Itik sedia dihidangkan.
Ads
INFO CHEF: Jika perlu boleh rebus dahulu itik bersama hirisan halia, dan sedikit rempah kerutuk.
Kuih pau merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentuk bulat serta mempunyai inti di dalam.
Pelbagai jenis yang ada seperti daging, isi ayam, coklat, mentega kacang, kacang merah dan banyak lagi.
Namun untuk mendapatkan bentuk pau yang gebu dan tekstur yang lembut, ada petua yang boleh diikut. Sebenarnya, kuantiti air bergantung pada jenis tepung yang digunakan.
Petua dan tip cara buat kuih pau yang dikongsi Zainoor Aliza Ali ini, diharap dapat membantu mereka di luar sana untuk menghasilkan kejadian pau yang terbaik.
3 ½ cawan tepung gandum (guna tepung cap bunga ros) 2 sudu kecil yis 1 sudu kecil baking powder 2 sudu besar gula 2 sudu besar susu pekat ½ sudu kecil garam 4 sudu besar minyak masak 1 cawan air
RESIPI PAU 3
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum 2 peket yis 3 sudu besar gula 3 ++ cawan air (lebih kurang 770ml) 6 sudu besar minyak masak 6 sudu besar susu tepung
RESIPI PAU 4
BAHAN-BAHAN:
1 peket yis (11gm) 1 cawan air 2 sudu besar gula 4 cawan tepung gandum 2 sudu besar susu pekat 2 sudu besar marjerin 1 sudu teh garam 2 sudu besar minyak masak
RESIPI PAU 5
BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar yis (1 peket 11gm)* 2 sudu besar gula* 2 sudu besar susu tepung* ½ cawan air suam* (* bahan bancuhan) 500gm tepung pau 2 sudu besar minyak masak 1 sudu besar shortening 1 sudu besar baking powder 1 cawan air
1. Uli doh sehingga tidak melekat di tangan (20 minit). Rehatkan doh dan tutup rapat selama 45 minit -1 jam. Biarkan adunan kembang. 2. Bila doh dah kembang, ambil sikit adunan dan bentukkan bebola kecil. 3. Kemudian tekan dan ratakan sedikit di bahagian tengah (canai pun boleh tapi jangan nipis sangat) dan masukkan inti. 4. Setelah itu tutup dan letakkan di atas potongan kecil kertas atau daun pisang. 5. Dah boleh susun dalam bekas kukusan. Biarkan sekejap. Bila air dah mendidih, kukuskan pau selama 7 minit. Balut penutup kukusan dengan kain bagi mengelak wap jatuh ke atas pau. 6. Selepas 7 minit buka penutup pau dan kukus tanpa penutup dalam 2 -3 minit dan tutup api. Rehatkan sekejap pau dalam kukusan sebelum dikeluarkan. 7. Untuk mengelakkan pau mengecut, jangan kukus lama sangat.
1 labu bawang besar | dicincang 1 cawan daging cincang 4 biji kentang | dipotong dadu ½ sudu kecil serbuk lada hitam 2 sudu besar serbuk rempah kari Garam
Tumis bawang hingga terbit bau. Masukkan rempah kari. Kacau dan masukkan daging. Biarkan sekejap. Masukkan kentang dan sedikit air. Bila kentang dah empuk, masukkan lada hitam dan garam.
INTI AYAM: (untuk 1kg tepung)
6 ketul ayam | diambil isi & dipotong kecil 10 biji kentang | dikupas kulit & dipotong dadu 2 labu bawang besar | dicincang halus 4 sudu besar cili kering kisar 6 sudu besar rempah kari ayam 1 kiub ayam Garam
1. Tumis bawang hingga terbit bau. Masukkan cili kisar. Tumis hingga garing. 2. Masukkan rempah kari dan daun kari. Masukkan ayam dan sedikit air. Masukkan kentang dan kiub ayam, masak hingga sedikit kering. Perasakan garam.
INTI COKLAT: (untuk 500gm tepung)
1 cawan serbuk koko 1 cawan gula 1 cawan susu segar 1 cawan minyak masak 2 sudu besar tepung jagung
1. Bancuh kesemua bahan. Basak dengan api kecil. Sentiasa kacau hingga jadi pekat, ketulan lembut dan terbit minyak (macam kejadian kole kacang). 2. Angkat dan biarkan sejuk. Sejatkan minyak sebelum diisi inti ke dalam doh.
NOTA:
1. Lepas doh dah kembang (2x ganda) tak boleh dibiarkan terlalu lama. Doh akan bertambah kembang dan bila dikukus, kuih akan mengecut. 2. Masa isikan inti, tarik ke bahagian bawah untuk tutupkan kuih (buat bunjut). Bahagian bawah akan jadi tebal sedikit. Jadi kena cubit keluarkan sedikit doh di bahagian bawah supaya doh masak sekata. 3. Masa mengukus, penutup kukusan kena balut dengan kain untuk elak air menitis pada kuih. 4. Lepas 7 minit kuih dikukus, buka tutup kukusan dan kukus 2-3 minit tanpa penutup kukusan. 5. Ada beberapa sebab pau mengecut bila dah masak: i) Doh terlebih kembang (overproofing). ii) Kukusan kena balut penutupnya. Kalau kukusan buluh tak perlu balut. iii) Terlebih masa mengukus. iv) Lepas masak, terus buka keseluruhan penutup kukusan. Sebenarnya kena buka sikit-sikit dulu. v) Api dapur tak boleh terlalu besar.
Andai makan di restoran Thailand, pasti terpikat dengan rasa Tomyam yang pekat dan sedap. Isian dalam masakannya ringkas sahaja seperti isi ayam, aneka makanan laut dan sayur namun ramuan rencah kuahnya membuatkan rasa lebih enak. Bagi anda yang menggemari sajian Tomyam, resipi perkongsian saudari Siti Husni ini boleh dicuba. Ringkas tapi sangat sedap. Persis Tomyam di restoran Thai terkenal. Cubalah. Anda pasti sukakan rasanya.
RESIPI TOMYAM PEKAT ALA RESTORAN THAILAND
BAHAN-BAHAN: 4-5 sudu makan pes tomyam – beli online disini 3 sudu makan pes cili – beli online disini Santan @ susu cair secukupnya – beli online disini Sos ikan @ kicap sotong – beli online disini 1 sudu makan sos tiram – beli online disini Ayam / udang / sotong secukupnya 2-3 ulas bawang putih- tumbuk kasar 1/2 biji bawang holland – hiris 1 inci lengkuas 1-2 batang serai – titik 1-2 biji tomato 5-6 biji cili padi 1 biji jus limau nipis Akar & daun ketumbar secukupnya 3-4 helai daun limau purut Bunga kubis/lobak merah/cendawan/baby corn secukupnya 3-4 cawan air
CARA MEMASAK: 1.Tumis pes cili kisar sampai pecah minyak. Kemudian masukkan pes tomyam.
2. Masuk sos tiram diikuti serai. Tumis sekejap sahaja. 3. Kemudian masukkan ayam/udang/ sotong. Gaul sebati dan tambahkan air. 4. Masukkan lengkuas, bawang putih, cili padi, tomato, akar ketumbar. Renehkan sekejap. 5. Perasakan dengan kicap sotong sampai cukup rasa. 6. Masukkan kesemua sayur sayuran, daun limau purut dan daun ketumbar diikuti sedikit susu cair atau santan. Sebatikan.
7. Akhir sekali bila tomyam mula mendidih, perah jus limau nipis sehingga cukup rasa masamnya. 8. Siap dan sedia untuk dinikmati.