Koleksi Hidangan Lauk Kampung Jadi Pilihan Kalau Ke Majlis Kahwin.Tidak dapat di nafikan, menu rewang kenduri kendara sememangnya mendapat tempat dihati ramai. Bukan sahaja sedap menyelerakan, menu rewang ala kampung juga tetap menjadi pilihan bakal pengantin walau di zaman ini.

 

PAJERI TERUNG IKAN MASIN

 Koleksi Hidangan Lauk Kampung Jadi Pilihan Kalau Ke Majlis Kahwin.

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji terung hijau
  • 5 keping ikan gelama masin
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 sudu teh halba campuran
  • 3 tangkai daun kari
  • 6 ulas bawang merah | dikisar
  • 2 inci halia | dikisar
  • 30gm udang kering | dikisar
  • 4 sudu besar serbuk rempah kari daging
  • 1 ketul gula Melaka
  • 3 sudu besar kerisik
  • 300ml air
  • 500ml santan
  • 100ml minyak masak
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Goreng ikan masin sehingga garing.
  2. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, halba campuran, daun kari, bawang merah, bawang putih, udang kering dan halia sehingga naik baunya.
  3. Masukkan pula rempah kari daging. Tumiskan sehingga ia menjadi garing. Masukkan pula santan dan tambahkan garam dan air secukupnya.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan terung hijau dan ikan gelama masin yang telah digoreng terlebih dahulu. Masak sehingga terung menjadi lembut.
  5. Masukkan pula kerisik dan masak lagi sehingga kuah menjadi pekat.

 

Info chef: Pastikan terung dipotong sekata untuk membolehkan ia masak dengan lebih cepat.

 

 

 


 

TEMPOYAK IKAN PATIN

 

 Koleksi Hidangan Lauk Kampung Jadi Pilihan Kalau Ke Majlis Kahwin.  

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan patin | saiz sederhana

2 senduk tempoyak

4 cawan air

10 biji cili padi

2 inci kunyit hidup | dikisar

Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar cili padi bersama kunyit hidup. Masukkan tempoyak dan kisar sehingga sebati.
  2. Masukkan ikan dan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk.
  3. Masak dengan menggunakan api yang perlahan sehingga ia mendidih.
  4. Tambahkan garam secukupnya sebelum dihidangkan.

 

IKLAN

 

Info chef: Tambahkan sedikit serbuk perasa untuk melazatkan hidangan.

 

 


 

IKAN KURAU MASIN DAN NANAS MASAK LEMAK

 Koleksi Hidangan Lauk Kampung Jadi Pilihan Kalau Ke Majlis Kahwin.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji nanas | kupas kulit dan hiris
  • 8 ketul ikan kurau masin | direndam seketika
  • 2 batang serai | diketuk
  • 700ml santan cair
  • 250ml santan pekat
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 3 biji bawang merah | dikisar
  • 5 biji cili padi | dikisar
  • 6 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 inci kunyit hidup | dikisar
  • 3 biji buah keras
  • Secubit belacan

 

CARA MEMASAK

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama serai yang telah dititik sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ikan kurau masin dan masak ia sebentar.
  3. Tambahkan nanas dan gaulkan ia rata bersama ikan tadi sehingga ia menjadi lembut.
  4. Tuangkan santan dan asam keping. Tambahkan garam secukupnya dan biarkan ia mendidih sebelum diangkat dan dihidangkan.

 

Info chef: Hidangan ini mempunyai rasa lemak dan masin yang sekata. Untuk menambahkan rasa, masukkan cili padi.

 

 


 

LALA MASAK LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 11/2 kilo lala
  • 2 cawan pati santan pekat

 

IKLAN

BAHAN-BAHAN KISAR:

  • 2 batang kunyit hidup
  • 1 biji bawang besar
  • 10 ulas cili padi
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar terlebih dahulu ke dalam periuk.
  2. Kemudian masukkan pula serai bersama lala yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Masak sehingga ia mendidih.
  3. Tambahkan santan, daun limau purut dan asam gelugor ke dalam periuk.
  4. Masukkan gula dan serbuk perasa mengikut citarasa anda.
  5. Akhir sekali, masukkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan hidangan.

 

Info chef: Untuk rasa yang lebih sedap, masukkan tomato di akhir proses memasak.

 


ASAM REBUS KELADI

 Koleksi Hidangan Lauk Kampung Jadi Pilihan Kalau Ke Majlis Kahwin. 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ikat batang keladi
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 cawang udang | bersaiz sederhana
  • Garam secukup rasa

 

BAHAN-BAHAN UNTUK TUMBUK:

  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 5 tangkai cili kering

 

CARA MEMASAK:

  1. Siat batang keladi dan bersihkan di dalam air.
  2. Sediakan periuk dan rebus batang keladi sehingga ia menjadi lembut.
  3. Masukkan kesemua bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk. Rebus di dalam air secukupnya.
  4. Biarkan ia mendidih dan masukkan batang keladi yang telah direbus terlebih dahulu.
  5. Tambahkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga ia mendidih sebelum dihidangkan.

 

Info chef: Untuk menghilangkan rasa gatal pada batang keladi, pastikan ia dibasuh dengan menggunakan sedikit air yang dicampurkan dengan garam.

 


 

IKLAN

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg siput sedut | dibuang hujungnya
  • 5 cawan santan pekat
  • 2 batang serai | dititik
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ biji nanas
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan siput dan buangkan bahagian hujungnya.
  2. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan-bahan yang  dikisar bersama serai.
  3. Biarkan ia mendidih dan kemudian masukkan siput yang telah dibersihkan terlebih dahulu.]
  4. 4.Tambahkan nanas dan serai. Kacau sehingga ia mendidih dan siput bertukar warna.
  5. Pastikan nanas sudah masak empuk sebelum diangkat. Tambahkan garam dan tutup api.

 

Info chef: Hidangan ini perlu dimasak di dalam api yang sederhana dan dikacau supaya santan tidak pecah minyak.

 


 

IKAN KELI SALAI

   Koleksi Hidangan Lauk Kampung Jadi Pilihan Kalau Ke Majlis Kahwin.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ekor ikan keli|disalai
  • Sehelai daun kunyit
  • 2 biji limau
  • 1 kg santan
  • 3 biji bawang merah|dikisar
  • 2 ulas bawang putih|dikisar
  • 15 biji cili padi|dikisar
  • 2 inci kunyit hidup|dikisar

 

CARA MEMASAK:

 

  1. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi bersama santan dan serai ke dalam periuk.
  2. Kacau rata dan masak sehingga ia mendidih.
  3. Masukkan ikan keli yang telah disalai bersama daun kunyit.
  4. Kacau secara perlahan-lahan sehingga masak.
  5. Tambahkan garam secukup rasa dan gula sebelum dihidangkan.

 

Info chef: Pastikan ikan dikacau perlahan-lahan agar ia tidak berkecai.

 

 

 

 

PENYELARAS: ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

FOTO: NURUL NIZA SUHAIMI

TERIMA KASIH: KENCANA KATERING & EVENT SOLUTION, TAMAN SRI ANDALAS, KLANG, SELANGOR.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI