Bertempat di Beserah, Kuantan, Pahang, Kimstone Food Court & Hall menawarkan macam-macam menu untuk dipilih. Nam[aknya semua sedap belaka. Sesuai sungguh untuk jamu selera seisi keluarga.
Melalui facebook page Kimstone Food Court & Hall, pelbagai gambar menu dan review daripada pelanggan memberikan respon positif terhadap menu di lokasi tersebut. Paling digemari ialah coconut shake dan young taufu. Bolehlah cuba. Tutup setiap Rabu.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Pengendali restoran makanan laut The Manhattan FISH MARKET (MFM) memberi nafas baharu kepada 27 cawangan korporatnya di seluruh Malaysia yang bermula di cawangan Wangsa Walk di Kuala Lumpur.
Pengubahsuaian penuh cawangan keempat ini merupakan sebahagian daripada usaha menampilkan wajah dan sentuhan serba baharu dengan ruang dalam lebih cerah dan ceria mencerminkan gaya hidup yang menyeronokkan untuk menggalakkan para pengunjung restoran untuk bersantai dan menjamu selera bersama-sama. Suasana ini dilengkapi dengan menu baharu yang menawarkan pelbagai cita rasa menarik.
Yang Berhormat Tuan Chong Chieng Jen, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turut hadir di majlis pelancaran tersebut.
MFM telah bekerja keras untuk menghasilkan menu inovatif baharu ini yang menjanjikan sesuatu untuk setiap pelanggan, seperti mereka yang inginkan pilihan makanan sihat, sajian ringan dan menu kanak-kanak, fish and hand cut chips di atas kertas kalis gris bagi pelanggan yang ingin menikmati juadah dengan tangan dan sos buatan tersendiri untuk mereka yang suka mencuba sesuatu yang baharu.
Sebahagian daripada proses penjenamaan semula, MFM memperkenalkan sajian baharu dalam menu, termasuk kentang goreng hand cut dan enam (6) pilihan baru sos tartar seperti garlic herb, curry tartar, spicy grapefruit tartar, lime tartar, BBQ tartar and spicy tartar untuk memenuhi cita rasa semua.
Satu lagi usaha untuk menyerlahkan kepakarannya dalam makanan laut ialah pilihan yang diberikan kepada penjamu selera untuk menentukan makanan laut mereka dimasak dengan lima kaedah memasak berbeza, iaitu digoreng, direneh, digril, dibakar atau dipanggang api. Sajian utama Fish ‘N Chips kami akan dihidangkan di atas kertas kalis gris, membawakan pengalaman baharu dan menyeronokkan untuk menikmati juadah.
Sebagai pakar makanan laut, inovasi bukanlah sesuatu yang asing bagi jenama ini. Baru-baru ini, MFM menambah sentuhan menarik kepada adunan tepung fish and chips tradisional dengan memperkenalkan perisa baharu seperti adunan tepung bersalut krim kraker, cookie dan Mamee.
Cawangan yang telah diubah suai sepenuhnya terletak di Wangsa Walk, Mid Valley, Sunway Pyramid dan Setia City Mall manakala cawangan korporat lain telah menjalani pengubahsuaian kecil. Kesemua 27 cawangan korporat kini menyediakan stesen tartar layan diri untuk pelanggan mendapatkan sos tartar, kertas kalis gris, sudu garpu dan sarung tangan.
MFM juga akan melancarkan Syoking Seafood Deal dari 19 hingga 23 Ogos 2019, yang akan menawarkan nilai hebat kepada pelanggan bermula dari harga di bawah RM10. MFM dimiliki oleh Revenue Valley Sdn Bhd yang juga mengendalikan restoran popular seperti Tony Roma’s dan NY Steak Shack.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bertepatan dengan namanya Singgang Warisan, restoran ini cukup popular dengan sajian asli Terengganu. Selain lauk singgang yang menjadi ‘signature dish’ dan dijamin sedap, terdapat lebih 70 lauk pauk sajian Melayu asli di sini.
Berita baik buat penggemar hidangan Pantai Timur, lebih 60 peratus daripada menu sajian tradisinya adalah berasal dari Terengganu. Paling menarik pemiliknya bukan berbangsa Melayu tetapi pemuda berbangsa Arab Yaman , Mohammed Tareq Hamood yang kini telah pun menetap dan berkeluarga di Selangor.
Sejak bertemu jodoh dengan isterinya Aizatul Nadia Abd Aziz wanita kelahiran Terengganu, Tareq mula berjinak dan jatuh hati dengan makanan Terengganu.
“Ilham idea masakan adalah dari ibu mertua saya. Bagi saya masakan Terengganu memang hebat dan seharusnya warga kota diberi peluang untuk menikmati makanan ini di ibu kota,” cerita pencinta budaya dan juadah Melayu ini
Hiasan dalaman restoran ini cukup klasik dengan kraftangan wau bulan, kebaya songket dan potret bintang lagenda Allahyarham P. Ramle.
Ceritanya nama Singgang adalah sinonim dengan menu Terengganu manakala Warisan pula dipilih untuk menonjolkan warisan Melayu dalam hiasan dan makanan . Dari sini tercetusnya idea nama restoran ini.
Lagu arwah Saloma, P. Ramle dan S.M Salim dan filem Melayu klasik hitam putih menjadi halwa telinga apabila menikmati juadah di sini.
Jika di sebelah pagi anda boleh bersarapan nasi dagang, nasi minyak, pulut nyor, laksa Penang dan laksam. Di sebelah tengahari senarai lauk pauknya makin panjang. Uniknya sajian tengahari dihidang ala bufet dengan menggunakan periuk tanah bagi memastikan lauk sentiasa hangat dan sedap dimakan.
Restoran Singgang Warisan :
Alamat: 23, Jalan Atmosphere 3, Pusat Perniagaan The Atmosphere, Seri Kembangan, Selangor.
Waktu operasi : Selasa hingga Ahad dari jam 7.30 pagi – 10.30 malam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pengusaha lemang periuk kera pernah dilempar dengan isu mengganggu keseimbangan alam sekitar. Ini kerana dikatakan jumlah periuk kera semakin berkurangan akibat diambil untuk dijadikan bahan memasak lemang. Hal ini memberi kesan mudarat kepada tumbuhan ini sendiri dan pelbagai spesies haiwan lain.
Pun begitu, bagi usahawan lemang periuk kerana dan pemilik jenama Lempera, Zehan Zaidin, beliau tetap pasarkan hidangan tersebut kerana mempunyai peminatnya yang tersendiri.
“Bagi saya, tindakan mengambil periuk kera untuk dijadikan bahan memasak lemang tidaklah sampai mengganggu proses keseimbangan alam sekitar. Selepas lebih lima tahun saya usahakan lemang periuk kerana, tidak dengar lagi periuk kera pupus. Proses pengambilan periuk kera dijaga rapi. Setiap kuntuman periuk kera digunting satu persatu. Kita ambil ikut keadaan dan saiz. Jika masih kecil, kita tidak usik pun,” katanya yang juga menerangkan bahawa pokok periuk kerana tumbuh subur pada musim hujan.
Mengakui lemang periuk kerana mempunyai ramai peminat, Zehan tetap menjual makanan itu di dua lokasi Pasar Tani. Pertama di Pasar Tani Balok pada setiap Sabtu. Lokasi kedua di Pasar Tani UTC Kuantan pada setiap Ahad. Waktu perniagaan adalah pada pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari.
“Di kedua-dua lokasi ini, makanan yang kami jual adalah sama sahaja. Lemang periuk kera dan kari ayam adalah menu wajib ada. Satu lagi produk saya yang mendapat sambutan adalah lepat ubi kayu. Selain itu ada ketupat palas dan pulut panggang. Saya turut usahakan petai jeruk namun mengikut musim,” katanya.
Jadi, kepada masyarakat sekitar kedua-dua lokasi ini, jom singgah ke sini untuk mendapatkan menu yang dijual.
LOKASI:
Pasar Tani Balok, Kuantan (setiap Sabtu)
Pasar Tani UTC Kuantan (setiap Ahad)
Masa: 7 pagi – 12 tengah hari
Ada perkara lain yang perlu diambil berat sewaktu membersihkan ikan siakap iaitu lebihan organ dalaman, darah beku dan urat di atas tulang perut. Ini bagi mengurangkan bau dan rasa hanyirnya yang boleh mempengaruhi rasa isi ikan dan kuah masakan nanti.