
Ini adalah dua resipi yang RASA pasti korang akan suka. Hidangan tradisi macam ni memang sangat membuka selera. Lagi-lagi kalau ada pekasam yang lengkap dengan petai. Tak cakap banyak, terus ambil pinggan dan duduk makan. Cubalah buat. Simple je dua lauk ni.
KERANG GORENG
Bahan-bahan
½ kg kerang
25 gram cili kering
3 sudu besar udang geragau
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar sos tiram
Cara membuatnya
1. Kisar semua bahan kecuali kerang, gula, garam dan sos tiram.
2. Kemudian tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
3. Masukkan gula, garam dan sos tiram. Kemudian masukkan kerang.
4. Gaul sehingga sebati dan tunggu sehingga kerang masak. Siap untuk dimakan.
PEKASAM DAGING MERECIK PETAI
Resipi olahan : FATIMAH BINTI NGAH
Bahan-bahan
1 peket pekasam daging (potong kecil)
2 papan petai (anggaran 1 mangkuk kecil)
Sedikit minyak masak untuk menggoreng
Bahan-bahan tumis
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji cili padi (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
Sedikit minyak
Cara membuat
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng pekasam daging bersama serbuk beras pekasam sehingga garing. Ketepikan.
2. Dalam kuali berasingan, goreng petai dengan sedikit minyak.
3. Kemudian masukkan bahan tumis dan goreng sebentar.
4. Masukkan pekasam daging yang telah digoreng sebentar tadi.
5. Gaul sehingga rata.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!
Aneka Sambal Daging Yang Memang Win!

Tak tahu nak masak apa? Haa ini ada Rasa kongsikan resipi 4 sambal daging yang berbaloi untuk anda cuba kerana ia senang dan tidak banyak menggunakan bahan tapi rasa memang confirm win dan sedap!
SAMBAL DAGING MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging | rebus
- 4 sudu makanpes cili kering
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan air asam jawa
- 1 biji bawang besar hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
- Hiris daging kecil-kecil, ketepikan.
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
- Kemudian masukkan pes cili kering, terus kacau hingga pecah minyak.
- Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tomato dan hirisan daging.
- Gaul rata hingga sekata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
- Kecilkan api dan biarkan sambal terus mereneh dan timbul minyak.
- Tutup api, Sambal Daging sedia dihidangkan.
SAMBAL DENDENG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging | rebus
- 4 sudu makan pes cili kering
- 2 biji bawang besar | potong dadu
- 5 sudu makan kicap manis
- 3 sudu makan kicap pekat
- Garam dan gula jika perlu
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 2cm lengkuas
- 2 batang serai | hiris
BAHAN REMPAH PENUMIS
- 1 batang serai
- 1 kuntum bunga lawang
- 4 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Daging yang telah direbus empuk dihiris kecil, kemudian tumbuk.
- Gaulkan daging bersama kicap manis, kicap pekat dan bahan kisar. Perapkan daging 30 minit.
- Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar.
- Setelah wangi masukkan pes cili kering tadi, kacau rata hingga pecah minyak.
- Masukkan pula perapan daging bersama air asam jawa.
- Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api terus kacau hingga timbul minyak.
- Tutup api sambal dendeng sedia dihidangkan .
SAMBAL SERAI ISI AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi dada ayam | hiris kecil
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 biji limau nipis | jus sahaja
- Garam dan gula secukup rsa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia muda
- 3 batang serai | hiris
- 3 helai daun limau purut | carik-carikkan
- 3 biji cili hijau
- 10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Gaulkan isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Tumis bahan kisar.
- Setelah naik bau, tambahkan dengan hirisan bawang besar.
- Kemudian masukkan isi ayam. Kacau rata.
- Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, terus kacau seketika.
- Setelah cukup rasa. Tutup api dan sambal sedia dihidangkan dengan nasi impit atau ketupat.
SAMBAL DAGING BERKACANG
BAHAN-BAHAN:
- 250gm daging | hiris nipis dan kecil
- 150gm kacang tanah | goreng sangai & kisar kasar
- 1 sudu makan air asam jawa
- 4 sudu makan pes cili kering
- 250ml air
- 200ml santan
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 2cm lengkuas
- 2 batang serai
REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 3 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Bancuh kacang yang telah dikisar dengan air. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis.
- Setelah wangi masukkan pes cili, terus kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan pula daging, terus kacau hingga daging layu.
- Tambahkan ke dalamnya bancuhan kacang tanah tadi.
- Selepas beberapa minit masukkan pula santan.
- Setelah mereneh perasakan dengan garam dan gula secukup rasaaa.
- Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
- Tutup api, Sambal Daging Berkacang sedia dihidangkan bersama nasi impit atau ketupat nasi.
Biskut Coklat Rice , Kudapan Rangup Di Hari Cuti

Bagi anda yang masih bercuti sempena Tahun Baru Cina, boleh lah mencuba biskut coklat rice untuk kudapan masa berkumpul ahli keluarga. Kaya dengan rasa koko dan nestum yang rangup memang cepat habis sebalang ni.
Bagi memewahkan lagi rasa coklatnya, bolehlah disapu coklat masaskan dan ditabur coklat rice di atasnya, memang legend lah biskut nih
CHOCOLATE RICE COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250gm mentega
3/4 cwn gula aising
1biji telur kuning
2 sudu makan susu tepung
2 sudu makan nestum hancur(kisar dulu)
*ayak semua tepung*
2 -3 cawan tepung gandum (tmbh sikit2 dlm Adunan)
3sudu makan tepung kastad
3 sudu makan tepung jagung
2-3sudu makan serbuk koko
Hiasan
************
Coklat berryls/coklt masakan +1 sudu makan cocoa butter dicairkan.
Tak adae cocoa butter blh guna shortening @ minyak masak
Coklat rice utk tabur
CARA MEMASAK :
1.Kacau mentega +gula aising hingga sebati, pakai senduk sahaja jangan guna mixer, kacau sekejap tak perlu lama nanti dia kembang pulak
2. Masukkan telur, susu tepung, dan nestum dan kacau lagi
3. Masukkan koko, tepung gandum, tepung jagung dan kastad, yg dh ditapis. (masuk sikit2 hingga x melekat di Tgn) Gaul sebati , kalau lembik lagi tambahkan tepung gandum.
4. Tekapkn guna acuan, bakar hingga masak.
5. Bila dah sejuk, celupkan coklat dan tabur coklat rice
6. Biar coklat keras baru simpan dalam balang biskut.
SELAMAT MENCUBA
Kredit eida nish
Resipi Kari Mamak Sedap Ala Restoran Nasi Kandar

Sebut sahaja mengenai restoran Nasi Kandar, pasti terbayang-bayang keenakan Kari Mamak dan aneka lauk pauknya yang lain. Sangat padu. Masakan seperti telur ikan dan sotong semestinya buat kita kecur liur. Hidangan Kari Ayam Mamak pun jangan dilupa. Padu… Namun, di musim pandemik ini, ada kalanya buat kita terkenang-kenang sahaja. Nak keluar, aduh gerunnya. Tapi jangan risau sebab anda pun boleh hasilkan menu istimewa ini secara homemade. Tak susah mana pun. Jom lihat resipi perkongsian saudari Nadiah Hashim & bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK KARI AYAM MAMAK YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
6 ketul ayam
1 biji tomato – hiris
4 sudu makan serbuk kari ikan – beli online disini
1 sudu makan serbuk cili – beli online disini
1 sudu makan garam masala – jika ada. Jika tiada, abaikan – beli online disini
Air secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya
Kicap manis secukupnya – beli online disini
BAHAN TUMIS:
8 biji bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – tumbuk halus
2 inci halia – tumbuk halus
1 batang serai – tumbuk hancur hingga nampak empulur
Cili api jika suka
Rempah 4 sekawan
Daun kari
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak. Nak tambah minyak sapi pun boleh. Tumis bawang merah hingga layu. Kemudian masukkan bahan-bahan tumis yang lain.
2. Masukkan hirisan tomato. Tumis lagi hingga tomato lembik.
3. Seterusnya masukkan rempah kari ikan, serbuk cili dan juga garam masala. Jika tiada garam masala, abaikan. Tumis sampai sebati sambal lenyek-lenyekkan tomato.
4. Masukkan sedikit air. Kacau lagi.
5. Seterusnya masukkan ayam. Boleh juga guna ikan, daging, sotong, ketam atau udang. Kacau sampai sebati.
6. Masukkan 1 cawan air. Perasakan dengan garam, aji dan gula ikut cita rasa masing-masing. Tambahkan juga kicap manis secukupnya. Jika mahukan tekstur lebih berkrim, boleh tambah 2-4 sudu makan yogurt.
7. Masak ayam guna api sederhana dan pastikan selalu dikacau. Jangan guna api terlalu besar.
8. Kari Ayam Mamak siap untuk dihidang. Kepekatan kuah bergantung selera masing-masing. Boleh pekat dan boleh juga cair.
9. Untuk rasa lebih enak, tambahkan cili besar, bendi, telur rebus atau rebung ikut selera. Kuah bila lagi perangat, lagi sedap!
INFO: resipi ini sesuai untuk 6 ketul ayam / 6 potong ikan/1/2 kg daging @sotong @ketam @udang.
Jika mahu rasa lebih sedap, Kari Ayam boleh dimasak sehari sebelum. Lagi diperangat, lagi padu rasanya.
Kredit resipi & foto: Nadiah Hashim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ikan Celup Tepung Rangup. Resipi Paling Mudah Untuk Minum Petang
Resipi Sambal Tomato Jawa Pedas Kebabom Untuk Makan Tengahari
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official