Apa menu yang membuka selera? Bila ada peluang balik kampung sempena mengundi bolehlah buat menu rare sikit. Kerabu bunga kantan ikan bilis ni makan dengan nasi panas-panas memang tak cukup sepinggan nasi. Bahan-bahan pun tidak renyah untuk membuatnya.
KERABU BUNGA KANTAN IKAN BILIS
Bahan-bahan: Ikan bilis Bunga kantan Serai Tomato Bawang besar Cili Lemon ( boleh gantikan dengan limau nipis ) Sos ikan Garam
Cara membuat: 1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing. 2. Masukkan bunga kantan, serai, tomato, bawang besar, cili, sos ikan, perahan lemon dan garam dalam mangkuk dan gaul rata. 3. Masukkan ikan bilis dalam mangkuk tadi dan gaul rata. Tip: garam jangan letak banyak sebab ikan bilis dan sos ikan dah masin.
Kalau berdiet pun janganlah sampai tak makan langsung. Boleh cuba resipi Ayam Mewangi yang gerenti membangkitkan selera kita bila dimakan. Sangat mudah cara penyediaan resipi Ayam Mewangi yang telah dikongsikan oleh Aizat Razak di Facebook. Siapa yang tak suka tambah garam dalam masakan boleh cuba resipi Ayam Mewangi ini kerana rasa masakan ni datang dari rasa Sos Tiram dan Kiub Tomyam. Jom kita cuba!
AYAM MEWANGI
Rak susun barang dapur ni boleh dilipat bila taknak digunakan lagi. Siapa yang nak Haushalt Origami 3-Tier Folding Shelves dengan harga yang istimewa boleh gunakan code RASGSP5DISINI!
Puding Biskut Marie atau Kek Batik, antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang sedap dan mudah dibuat.
Kalau nak lagi rasa mewah, boleh buat topping coklat dengan mengikut resipi yang dikongsikan Muhammad Ali ini. Nampak kemas dan cantik ye.
Nak hasil menjadi seperti dalam gambar dan rasa yang sedap, boleh rujuk satu persatu gambar dan resipi yang diberikan. Sesuai untuk dihidangkan buat minum petang.
PUDING BISKUT MARIE (EDISI KURANG MANIS)
LAPISAN PERTAMA: COKLAT
12gm agar-agar tali – beli online di sini 4 cawan air (1 cawan air = 250ml) 1 cawan dairy whipping cream (kalau tiada, gantikan dengan susu cair) 1 sudu makan mentega (tak kisah salted or unsalted. Pakai buttercup pun boleh) – beli online di sini 7 sudu makan serbuk koko 1 sudu makan serbuk nescafe – beli online di sini 5 sudu makan milo (sudu makan tu yang sudu besar kita buat makan apa-apa tu tau) Secubit garam ½ cawan dark chocolate ¾ cawan gula (190 gram gula)
4. Dah sebati masukkan pula 7 sudu makan serbuk koko. Kacau sebati. 5. Selepas itu, masukkan 1 cawan dairy whipping cream atau susu cair. Kacau sampai separuh sebati.
6. Masukkan 1 sudu makan mentega. Gaaul sebati biar sampai jadi sekata dan satu warna serta tiada ketulan. Bila nampak dah sebati biarkan mendidih. Jangan kacau. Biarkan ia mendidih dalam 1-2 minit sahaja. 7. Bila dah mendidih tadi, masukkan ½ cawan dark chocolate. Kacau atas api yang perlahan. Dah sebati, terus tutup api.
8. Masukkan secubit garam, kacau sebati dan biarkan dalam 3-4 minit baru tuang atas loyang saiz 8 inci. 9. Tuang atas loyang dulu adunan tadi, sampai tak nampak base loyang, kemudian baru letak biskut marrie. Dah penuh satu loyang, tutup balik dengan adunan coklat tadi sampai menutupi lapisan marie tadi.
10. Setkan dalam peti 2 minit sahaja, kemudian sambung letak lagi biskut marie. Dan terus tutup dengan lebihan coklat tadi.
11. Jadinya, ada 2 lapis je lapisan biskut marie tadi. Setkan dalam peti sementara buat lapisan putih.
CARA MENYEDIAKAN LAPISAN KEDUA: PUTIH
1. Letakkan 2 cawan air + 6 gm agar-aagar tali yang dah dibasuh. Biarkan mendidih dan terlerai agar-agar tali tadi, baru masukkan ¼ gula. Dah larut masukkan 1 cawan susu cair.
2. Kacau sebati dan biarkan mendidih dalam 1-2 minit. Tutup api dan masukkan 1 sudu kecil esen vanila. Gaul sebati, ketepikan dalam 3-4 minit baru tuang atas lapisan coklat yang dah set tadi.
3. Cucuk2 dengan garpu dulu tau agar lapisan melekat dan tak terpisah bila potong.
4. Tuang rendah dan perlahan-lahan. Setkan dalam 4 jam dan boleh makan.
Kadang-kadang tu rasa malas nak keluar rumah tapi teringin Asam Laksa. Teringin pula Asam Laksa D’Laksa terbayang hirup kuah yang pekat tu. Resipi yang bakal saya kongsikan ni sangat mudah cara penyediaannya. Resipi Asam Laksa Ala Ala D’Laksa ni gerenti menjadi. Resipi penuh Asam Laksa Ala Ala D’Laksa ni telah dikongsikan oleh Isma Wati Hashim. Jom kita cuba!
ASAM LAKSA ALA ALA D’LAKSA
BAHAN-BAHAN:
1 tin sardin mackerel (cap ayam)
1 bungkus pes asam pedas adabi
3 biji bawang merah sederhana besar
Bunga kantan
Daun kesum
Sedikit belacan
Sebungkus laksa basah (celur dalam 5-10 minit)
CARA PENYEDIAAN:
BAHAN LAIN:
Salad
Bawang merah
Limau kasturi
Petis udang
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: