Kena Cuba, Resipi Cendawan Tiram Goreng Cili Padi Sedap Mengaum

Share

Belum ada idea nak masak apa untuk makan tengahari? Cubalah masak Cendawan Tiram Goreng Cili Padi perkongsian resipi oleh saudari SuiSan Aliezsha ni. Cendawan tiram adalah salah satu cendawan yang sedap dimasak pelbagai jenis hidangan. Ada yang suka goreng salut tepung dimakan pula dengan sambal kicap, ada yang suka dimasak sup dan bermacam-macam lagi. Kali ni try resipi ni pula. Simple

je tapi sangat menyelerakan. Selamat mencuba!

RESIPI CENDAWAN TIRAM GORENG CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bekas cendawan tiram – cuci bersih dan toskan
  • 1 batang serai – diketuk
  • 2 sudu teh sos tiram beli online disini
  • Minyak masak untuk menumis

BAHAN TUMBUK:

CARA MEMASAK
1. Tumbuk kasar semua bahan tumbuk. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Masukkan bahan tumbuk tadi bersama serai. Tumis sampai garing.


3. Masukkan cendawan tiram dan sos tiram.


4. Gaul rata sampai semua bahan tumisan menyelaputi cendawan.

TIP:
1. Jangan tambah air kerana cendawan akan mengeluarkan air. Biar agak kering. Sambal ini akan bertambah sedap kalau dimasak agak kering.


2. Selain itu, resipi ini juga sedap dimasak kalau menggunakan cendawan busut.
Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: SuiSan Aliezsha

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN