Apa istimewanya menu pencuci mulut ni. Tu dia gabungan puding, kek dengan topping karamel memang super sedap lah rasanya. Manis dan cair di mulut, ni dessert paling best dan cantik untuk disajikan tetamu.
Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Nor Al Fatihah ini
KEK PUDING KARAMEL PELANGI
BAHAN A (KARAMEL) :
2 sudu besar gula
CARA MEMASAK:
1. Dua (2) sudu besar gula pasir ditabur pada dasar dua (2) biji loyang bulat ukuran 8” dan letak atas dapur gas dengan api kecil. Biarkan gula cair dan bertukar warna perang dan ratakan.
2. Ketepikan dahulu loyang.
Ads
BAHAN B (PUDING):
6 biji kuning telor
1 tin susu cair / susu sejat
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit esen warna kuning telor
CARA MEMBUAT :
1. Satukan susu cair, susu pekat manis, telor, esen vanilla dan esen warna kuning dan kacau dengan whisk hingga rata tetapi jangan sampai berbuih.
2. Tapiskan bahan B dan masukkan ke dalam loyang bahan A.
BAHAN C (KEK) :
3 biji kuning telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan makan gula castor
1/2 cawan air sejuk
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
Esen warna hijau, biru, pink, kuning telor atau apa2 warna yang digemari.
CARA MEMBUATNYA:
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
2. Satukan kuning telur, gula, air, minyak, esen vanila dan putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum sedikit2 dan putar lagi hingga rata.
4. Ketepikan dahulu adunan.
BAHAN D (MERINGUE):
6 biji putih telur
4 sudu besar gula castor
1 sudu teh cream of tartar
* Satukan putih telur, gula castor dan cream of tartar dan putar hingga berbuih dan putih telur betul2 kental. (Terbalikkan tak jatuh).
Ads
CARA MEMASAK :
1. Campurkan bahan D (meringue) dengan bahan C dan gaul hingga rata dan sebati dengan menggunakan spatula secara kaedah kaup balik.
2. Bahagikan adunan kepada empat (4) bahagian dan gaulkan dengan esen pewarna hijau, biru, pink dan kuning telor atau dengan apa2 warna yang digemari.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang ada bahan A dan B tadi bermula dari tengah loyang dan lapis secara berselang seli dengan warna pink, biru, hijau dan kuning telur hingga adunan habis.
4. Masukkan loyang kek ke dalam loyang berukuran lebih besar yang berisi dengan air panas. Bakar kek secara water bath.
5. Letakkan loyang di bahagian rak oven paling bawah sekali.
Ads
6. Bakar kek pada suhu 160 darjah selama 45 minit dengan api bawah sahaja. Tambah 15 minit lagi dengan menggunakan api atas dan bawah. Suhu oven bergantung pada oven masing2.
7. Bila kek telah masak biarkan dahulu dalam oven selama 10 minit baru keluarkan dan biarkan kek sejuk dahulu hingga kek lekang daripada loyang.
8. Tunggu kek sejuk baru terbalikkan loyang. Jika terbalikkan masa kek masih panas nanti karamel@puding akan pecah.
9. Terbalikkan loyang dan cepat2 lapkan lebihan air yang ada pada kek.
10. Sejukkan kek di dalam peti sejuk dahulu baru dihidangkan.
Kredit resepi – Nor Al Fatihah (MAHN)
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Asam pedas ni ada bermacam-macam jenis. Ada Asam Pedas Kembung, Asam Pedas Pari, Asam Pedas Sotong, Asam Pedas Ayam dan banyak lagi. Kalau Asam Pedas Daging pula, paling sedap guna daging tetel. Ada lemak-lemak sikit, lembut-lembut kenyal rasa dia. Memang best! Terasa nak cuba? Jom try resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni. Selamat mencuba!
ASAM PEDAS TETEL
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel
15@20 tangkai cili kering*
4 biji bawang merah kecil*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
1 inci belacan*
1 sudu kecil lada hitam*
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil jintan putih*
1 mangkuk air asam jawa
Gula melaka(saya guna sikit je. tak suka manis sangat)
Garam secukupnya
Daun limau purut (buang tulang tengah)
3 batang serai – ketuk
Daging tetel yang belum dimasak. Foto: http://bukuresepiana.blogspot.my
CARA MEMASAK:
Rendam cili kering, jintan dan lada hitam dalam air panas hingga cili lembut..
Kisar bahan-bahan bertanda (*) sehingga halus.
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar tadi hingga garing.
Masukkan daging tetel. Masak sehingga air daging keluar.
Tambahkan air asam jawa, serai dan daun limau purut.
Perasakan dengan garam serta gula melaka secukupnya. Gaul rata dan masak sehingga daging menjadi empuk.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Daging tetel boleh juga direbus terlebih dahulu. Tetapi air rebusan jangan dibuang dan boleh masukkan ke dalam kuah nanti.
Sarapan pagi selain makan nasi goreng, buat jemput pun boleh layan sepinggan. Boleh cuba resipi yang dikongsi ini.Rasa jemput yang lembut,hanya guna air panas. Jemput ni sampai ke esok pun masih lembut, jom pakat cuba.
JEMPUT BILIS
Bahan bahan:
(anggaran sahaja, selebihnya terserah pada cita rasa masing-masing)
1/2 kg gandum
1 cawan bilis (blend dengan air, kalau tak nak blend pun tak apa,tapi kalau blend rasa bilis lagi kuat)
1/2 senduk gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar perisa maggi cukup rasa
Air panas secukupnya
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan dan masukkan air panas, kacau perlahan.Jemput ni biar ada rasa manis sikit, masin sikit.
2.Sebelum satukan bahan-bahan tu panaskan dulu minyak, sedang molek habis adun bahan-bahan terus boleh goreng, tidaklah menunggu lama sangat nak makan.
3.Goreng dengan api sederhana kuat, nak api kuat pun boleh, kalau nak rangup, lama sikit la goreng.
Sambal ni memang sama naik sedapnya. Ni kalau makan memang tak pandang kiri kanan lah. Min suka versi sambal sotong kembang ini sebab ada ramuan kacang di dalamnya. Dua jenis makanan laut ini sotong dan kerang bila dibuat sambal memang terbaiklah.
Apa pun jenis sambal yang dipilih, pastikan bahan-bahan ditumis hingga pecah minyak dan naik bau cilinya. Barulah tahan lama dan merecik rasa bila memakannya.
SAMBAL SOTONG KEMBANG BERKACANG
BAHAN-BAHAN :– ● 1 kg sotong kembang – dipotong kecil ● 1 mangkuk kacang – ditumbuk(ikut kepekatan yg dikehendaki) ● 1 mangkuk cili kering – rendam dan kisar ● 2 ulas bawang putih ● 5 ulas bawang merah ● 1 biji bawang besar – potong bulat besar ● 2 inc halia ● sedikit air asam jawa ● garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA :-
1. Tumbuk atau kisar bawang putih, bawang merah & halia. 2. Panaskan minyak dah tumis bahan yg telah ditumbuk hingga garing, masuk kan cili kering yg telah di kisar dan biarkan hingga nek minyak. masukkan garam dan gula. 3. Masukkan hirisan bawang besar dan air asam jawa. 4. Bila sedikit pekat,masukan kacang yg telah ditumbuk. masuk kan sotong kembang dan biarkan seketika. biarkan air sotong sedikit kering dan boleh padamkan api..
Like & Share Rasa Share Resepi
SAMBAL TUMIS KERANG
Bahan-bahan: 3 kg kerang (direbus dan ambil isinya) 3 ulas bawang putih (ditumbuk/kisar) 2 biji bawang besar ~ ditumbuk/kisar 3 sudu(kurang atau lebih) cili yg telah dikisar 2 biji bawang besar ~ dihiris 1 cm (sedikit saja) belacan(jika suka) ~ kisar/tumbuk bersama bawang 1 sudu besar air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis Sedikit air ~ jika perlu.
Cara penyediaan: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak. 2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata. 3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air. 4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.
Kredit : http://resepiaidah.blogspot.com
FB : Rasa Share Resipi
ANDA SEDANG MENCARI AIR FRYER, JOM LAYARINYA DI SINI BANYAK PILIHAN DAN TAWARAN YANG ADA.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...