Kek viral hanya perlukan tiga bahan ini sahaja dan bakar ikut waktunya siap! Tak perlu bahan yang mahal dan tak cerewat. Kalau anak jenis sukakan milo dan coklat inilah resipi paling mudah dan jimat untuk kamu bahagiakan tekak anak dan keluarga tercinta. Sedap cubalah!
RESIPI MUDAH KEK 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
Ads
2 cawan Milo
3 sudu makan susu pekat
4 biji telur saiz B
CARA MEMASAK:
Ads
Gaul semua bahan hingga sebati
Masukkan dalam loyang dan bakar 180C dalam 35 minit (ikut jenis oven masing2)
Nota: Boleh taburkan coklat cip untuk hiasan.
Ads
Kongsi resipi: Ros’d Manca
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kacang kalau dibuang kulit goreng pulak dengan bawang putih, ikan bilis, daun kari memang lajulah mengunyahnya. Dah buka balang tu, cepat simpan balik nanti sedar-sedar tak sempat nak dihidang pada tetamu.
Ni resipi kacang kacang bawang putih dengan ikan bilis , cili padi dan daun kari, memang gerenti sedap ni, hasil air tangan Jamayah Bujang. Jom semak resipi yang dikongsikan.
KACANG TERR
BAHAN-BAHAN :
1. Rendam kacang tadi di dalam air panas hingga kembang.
2. Toskan kacang tadi biar habis airnya.
3. Tumbuk bawang putih tak payah hancur. 4. Tumbuk pula buah keras. 5. Gaulkan semua bahan yang telah ditumbuk ke dalam kacang 6. Masuk garam dan serbuk perasa.. 7. Biar kejap supaya mesra. 8. Sediakan kuali untuk menggoreng, panaskan minyak. 9 .Pertama kita goreng dulu Ketepikan. 10. Goreng lagi daun kari dan cili padi yang siap di potong. 11. Seterusnya goreng kacang tadi hingga siap. Goreng kacang jaga apinnya jangan terlalu kuat nanti hangus tak rangup di dalamnya 12. Dah semua siap digoreng gaul kesemuanya sekali .
Selamat Mencuba..!
Kredit Jamayah Bujang Fb : Resepi Biskut Tradisional & Moden
ANDA MUNGKIN MENCARI KUALI TERBAIK UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MEMASAK, BELI ONLINE DI SINI
Bagi yang inginkan kelainan, boleh cuba buat pankek ini sebagai juadah minum petang. Siti Hajar Masran melalui facebook berkongsi resipi membuat pankek. Menariknya resipi pankek ini dibuat ala pankek dari restoran makanan segera terkenal. Bolehlah cuba. Mana tahu boleh tambat selera anak-anak.
BAHAN A
2 biji kuning telur
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar minyak
Secubit garam
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
BAHAN B
2 biji putih telur ayam
1 sudu besar gula
CARA MEMBUAT
1. Asingkan putih dan kuning telur
2. Campurkan semua BAHAN A kecuali tepung gandum dan serbuk penaik. Whisk.
3. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Campurkan pada bahan yang dipukul tadi dan gaul sebati.
4. Pukul BAHAN B sehingga menjadi meringue (bila terbalikkan bekas, aduan tak jatuh)
5. Masukkan BAHAN B ke dalam BAHAN A sedikit demi sedikit dengan menggunakan teknik kaup balik sehingga sebati.
6. Panaskan non stick pan, sapu sedikit butter.
7. Tuangkan adunan dan terbalikkan bila nampak keperangan.
8. Angkat apabila sudah masak dan hidangkan dengan favourite topping. Misalnya madu, butter, maple syrup atau coklat.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Biskut Sarang Semut adalah salah satu biskut raya tradisional yang menjadi kegemaran ramai sejak dari dulu sampai sekarang. Suatu ketika dulu biskut Sarang Semut dianggap cukup moden. Boleh dikatakan biskut ini diwarisi sehingga ke anak cucu. Raya ini jom kita hidangkan biskut Sarang Semut. Ini resipi yang dikongsikan oleh Zulena Ismail