Ads

Kek Gula Hangus Rice Cooker Paling Mudah & Menjadi, Confirm Gebu

Jom buat Kek Gula Hangus Rice Cooker! Suka makan Kek Gula Hangus tapi dekat rumah tak ada ketuhar? Jangan susah hati sebab anda masih boleh masak kek ini hanya menggunakan periuk nasi elektrik. Lebih mudah dan sangat praktikal! Malah kek yang dimasak memang menjadi, gebu dan kelihatan sempurna walaupun tanpa oven. Tak sabar nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudara Aziz Rais ni yang semakin popular.

kek gula hangus rice cooker

Bagi yang memang kerap memasak di rumah, penggunaan periuk nasi bukan lagi perkara asing. Selain nasi, pelbagai jenis kek dan pencuci mulut boleh dihasilkan, termasuklah kek gula hangus rice cooker yang terkenal dengan tekstur lembut dan rasa karamel yang padu.

Ads

Resipi Kek Gula Hangus @ Sarang Semut Guna Rice Cooker

Bahan-Bahan

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 125gm mentega
  • 4 biji telur ayam gred B
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 sudu makan baking soda atau soda bikarbonatKek Gula Hangus Rice Cooker Paling Mudah & Menjadi, Confirm Gebu

Cara Memasak

  1. Panas gula menggunakan api sederhana sehingga gula cair dan bertukar keperangan. Pastikan tidak sampai hangit kerana ia boleh memberi rasa pahit.Kek Gula Hangus Rice Cooker Paling Mudah & Menjadi, Confirm GebuKek Gula Hangus Rice Cooker Paling Mudah & Menjadi, Confirm Gebu
  2. Apabila gula sudah menjadi karamel, tuangkan air panas sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga habis.Kek Gula Hangus Rice Cooker Paling Mudah & Menjadi, Confirm Gebu
  3. Perlahankan api dan kacau sehingga gula hangus dan air sebati sepenuhnya.Kek Gula Hangus Rice Cooker Paling Mudah & Menjadi, Confirm Gebu
  4. Masukkan mentega ke dalam larutan gula hangus tadi. Kacau dan biarkan seketika hingga mentega cair sepenuhnya.Kek Gula Hangus Rice Cooker Paling Mudah & Menjadi, Confirm GebuKek Gula Hangus Rice Cooker Paling Mudah & Menjadi, Confirm Gebu
  5. Dalam mangkuk berasingan, masukkan telur dan susu pekat manis. Kacau sehingga sebati.
  6. Kek Gula Hangus Rice Cooker Paling Mudah & Menjadi, Confirm GebuKek Gula Hangus Rice Cooker Paling Mudah & Menjadi, Confirm Gebu
  7. Masukkan tepung gandum dan baking soda ke dalam adunan telur. Kacau sehingga adunan menjadi licin dan tidak berketul.Kek Gula Hangus Rice Cooker Paling Mudah & Menjadi, Confirm Gebu
  8. Tuangkan gula hangus yang masih suam ke dalam adunan sambil dikacau perlahan-lahan. Kek Gula Hangus Rice Cooker Paling Mudah & Menjadi, Confirm Gebu
  9. Sapukan mentega atau minyak pada periuk nasi supaya kek tidak melekat. Tuangkan adunan ke dalam periuk nasi dan tutup. Kek Gula Hangus Rice Cooker Paling Mudah & Menjadi, Confirm GebuKek Gula Hangus Rice Cooker Paling Mudah & Menjadi, Confirm Gebu
  10. Tekan butang memasak dan biarkan kek masak sehingga suis masak naik sendiri.
  11. Untuk memastikan kek benar-benar masak, cucuk bahagian tengah kek menggunakan pisau atau lidi. Jika masih basah, tekan semula butang masak dan tambah masa.Kek Gula Hangus Rice Cooker Paling Mudah & Menjadi, Confirm GebuKek Gula Hangus Rice Cooker Paling Mudah & Menjadi, Confirm Gebu
  12. Setelah masak, keluarkan kek dan biarkan seketika sebelum dipotong dan dihidangkan. Kek Gula Hangus Rice Cooker Paling Mudah & Menjadi, Confirm GebuKek Gula Hangus Rice Cooker Paling Mudah & Menjadi, Confirm Gebu

Tip Penting Supaya Kek Menjadi

Empunya resipi mencadangkan supaya air gula hangus dituangkan ketika masih suam. Pada suhu ini, baking soda akan bertindak balas dengan lebih cepat dan tidak perlu peram adunan. Ini menjadikan proses memasak kek gula hangus rice cooker lebih cepat dan hasilnya lebih konsisten.

Selain itu, pastikan periuk nasi yang digunakan bersih dan tidak berbau nasi kerana ini boleh mempengaruhi aroma kek. Kek ini sangat sesuai dihidangkan sebagai minum petang atau pencuci mulut selepas makan malam bersama keluarga.

Ads

Dengan resipi mudah ini, sesiapa sahaja boleh mencuba membuat kek gula hangus rice cooker walaupun tanpa pengalaman membakar kek sebelum ini. Rasanya yang manis berkaramel dan teksturnya yang lembut memang buat ramai ketagih.

Kredit resipi & foto: Azizi Rais 

Ads

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Kek Milo 3 Bahan Paling Mudah & Sedap, Versi Bakar Viral Ramai Cuba

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Resipi Kuih Kasturi Sedap & Rangup, Mudah Buat Pasti Jadi!

Resipi Kuih Kasturi sedap dan rangup yang mudah dibuat menggunakan kacang hijau. Ikuti langkah lengkap untuk hasil lembut di dalam dan garing di luar.