Sedapnya Kek Coklat Kukus Layer Mousse ni. Resipi kek mudah tapi sangat sedap ini adalah perkongsian dari saudari Siti Hajar Hashim. Nampak macam kek mewah tapi boleh je hasilkan secara homemade. Cubalah. Pasti puas hati bila menikmati tekstur lembut dan mousse coklat yang sangat berkrim dalam Kek Coklat Kukus Layer Mousse ini.
Untuk pencinta pencuci mulut, kek ini memang menjadi pilihan kerana gabungan lapisan moist, mousse dan ganache memberikan rasa yang mewah. Walaupun nampak seperti kek premium, sebenarnya cara membuatnya sangat mudah. Hanya perlu sedikit kesabaran dalam proses melapis dan mengukus. Jom ikuti langkah lengkap di bawah ini.
Cara Buat Kek Coklat Kukus Layer Mousse
Bahan Kek Coklat Moist
3 biji telur gred A
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula (saya blend gula pasir)
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 kotak kecil susu dutch lady coklat (200ml)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
Cara Memasak Kek Coklat Moist
Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat supaya adunan lebih halus.
Satukan telur, gula dan esen vanilla dalam bekas. Pukul hingga kembang untuk memastikan kek naik dengan baik.
Masukkan minyak masak dan susu pekat. Pukul lagi hingga sebati.
Seterusnya, masukkan tepung gandum yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
Akhir sekali, masukkan susu coklat. Kacau sebati guna senduk saja.
Tuang adunan ke dalam bekas sehingga separuh. Empunya resipi menggunakan bekas saiz sq450 dan dapat 6 bekas.
Panaskan pengukus dan tunggu hingga air mendidih.
Kukus kek hingga masak lebih kurang 25 minit. Cucuk lidi untuk memastikan ia masak sepenuhnya. Balut penutup pengukus dengan kain untuk elak wap air menitis.
Sejukkan kek, kemudian keluarkan dari bekas dan potong kepada dua bahagian.
Bahan Mousse Coklat
1 cawan non dairy whipping cream
250gm beryls dark chocolate compound
1/2 cawan susu cair
1 sudu makan marjerin
Cara Memasak Mousse Coklat
Pukul whipping cream hingga kental dan simpan dalam peti sejuk.
Cairkan coklat secara double boiler. Masukkan susu cair dan marjerin. Gaul hingga sebati.
Campurkan coklat cair ke dalam whipping cream dan kaup balikkan sehingga sebati.
Cara Melapis Kek
Letakkan lapisan pertama kek kemudian paipkan mousse coklat sebagai lapisan kedua.
Letakkan kepingan kek lagi dan paipkan mousse sekali lagi untuk membentuk Kek Coklat Kukus Layer Mousse yang lembut.
Akhir sekali, tuang coklat ganache.
Bahan Coklat Ganache
250gm beryls dark chocolate compound
1/2 cawan susu cair
1 sudu makan butter atau marjerin
Cara Memasak Coklat Ganache
Cairkan coklat secara double boiler.
Masukkan susu cair dan kacau sebati.
Tuang ganache atas kek dan sejukkan dalam peti sebelum dimakan.
Kek Coklat Kukus Layer Mousse ini bukan sahaja lembut dan moist, malah rasanya sangat mewah. Tekstur mousse yang ringan dan ganache yang pekat membuatkan kek ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk apa sahaja majlis. Ia juga sangat sesuai disimpan dalam peti sejuk untuk dinikmati keesokan hari kerana rasanya semakin sedap bila mousse mengeras sedikit.
Buat penggemar Kek Coklat, resipi Kek Coklat Cheese Kukusversi mini ini tentunya anda perlu cuba. Sangat sedap, mudah dan digemari ramai.
Kek versi kecil begini juga senang masak dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dikukus. Jadi, lebih jimat gas memasak. Yang anda perlukan hanyalah acuan Kuih Lompang. Comel sahaja bentuknya.
Bagi anda yang nak cuba, saudari Nuralia Idayu ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KEK COKLAT CHEESE KUKUS SEDAP & MUDAH (25-30PCS)
BAHAN UNTUK LAPISAN CHEESE:
250gm krim keju
1 biji telur
1 sudu besar tepung gandum
3-4 sudu besar gula
CARA MEMASAK:
1.Putarkan keju sampai lembut.
2.Masukkan telur, tepung gandum dan gula. Adun sebati, kalau kurang manis boleh tambah lagi gula. Letak tepi.
3.Untuk adunan coklat, pecahkan telur, masukkan gula. Putarkan sebati.
4. Kemudian masukkan susu pekat dan minyak masak.
5. Tuangkan tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat.
6. Masukkan susu segar dan air sedikit-sedikit. Kacau biar sebati kemudian baru putar guna mixer.
7.Untuk lapisan pertama, sudukan 2 sudu makan adunan coklat ke dalam acuan lompang. Kukus 5 minit.
8. Buka penutup pengukus, tak perlu angkat bekas dari pengukus, sudukan adunan keju. Sambung kukus 5 minit.
9.Seterusnya, sudukan adunan coklat untuk lapisan terakhir. Sambung kukus selama 20 minit.
10. Tutup api, sejukkan kek terlebih dahulu. Kemudian keluarkan dari lompang. Boleh hias ikut kreativiti masing-masing.
Kek mentega yang sedap sememangnya digemari semua golongan tidak kira usia. Selain rasanya yang enak, ia juga mudah disediakan dan tidak renyah. Namun, kek mentega boleh divariasikan dengan penambahan sedikit elemen moden bagi menepati citarasa moden. Jom lihat resipinya.
KOLEKSI RESIPI KEK MENTEGA SEDAP & MUDAH
1. KEK MENTEGA PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung gandum
1/2 sudu makan serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
1 cawan mentega | suhu bilik
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur (Gred A)
1 sudu teh pes pandan
1/2 cawan susu segar
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang dengan baking paper. Ketepikan.
Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Kemudian, ketepikan.
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula pes pandan.
Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati.
Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit.
2. KEK MENTEGA STRAWBERI
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung gandum
1/2 sudu makan serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
1 cawan mentega | suhu bilik
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur (Gred A)
1 sudu teh pes/emulco strawberi
12 biji buah strawberi | dipotong kiub
1/2 cawan susu
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang tersebut dengan kertas pembakar. Ketepikan.
Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Kemudian, ketepikan.
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula pes/emulco strawberi.
Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati. Masukkan pula buah strawberi dan kacau sekali lagi.
Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit.
3. KEK MENTEGA OREN COKLAT URAI
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung gandum
1/2 sudu makan serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan coklat urai
1 cawan mentega (suhu bilik)
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur (Gred A)
1 sudu teh pes/emulco oren
Parutan kulit buah oren secukupnya
1/2 cawan susu
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang tersut dengan kertas pembakar. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula pes/emulco oren.
Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati. Masukkan parutan kulit buah oren dan kacau sebati.
Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit.
4. KEK MENTEGA LEMON & KUACI
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung gandum
1/2 sudu makan serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan kuaci
1 cawan mentega | suhu bilik
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur (Gred A)
2 sudu makan jus lemon
Parutan kulit lemon
1/2 cawan susu
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang tersut dengan kertas pembakar. Ketepikan.
Satukan tepung gandum, serbuk penaik, garam dan kuaci. Kemudian, ketepikan.
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula jus lemon.
Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati. Masukkan pula parutan kulit lemon dan kacaukan.
Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit.
5. KEK MENTEGA NENAS UPSIDE-DOWN
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung gandum
1/2 sudu makan serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
1 cawan mentega | suhu bilik
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur (Gred A)
Gula perang secukupnya
Nanas | dipotong gelung
Ceri merah | dibelah dua
1/2 cawan susu
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang dengan kertas pembakar. Ketepikan.
Salutkan nenas dengan gula perang dan susunlan ke dalam loyang permbakar. Letakkan ceri merah di bahagian tengah gegelung nenas tersebut. Ketepikan.
Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Kemudian, ketepikan.
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.
Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati.
Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit. Setelah kek tersebut masak, terbalikkan kek tersebut ke atas pinggan dan kek hidangkan.
6. KEK MARBLE NUTELLA
BAHAN-BAHAN:
260gm tepung gandum
270gm mentega
6 biji telur
250gm gula kastor
2 sudu makan susu pekat manis
1 sudu makan ovalette
1 sudu makan serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan emulco kopi
1 sudu makan air
Nutella secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan mentega dan susu pekat manis ke dalam mangkuk. Pukul hingga kembang. Ketepikan seketika.
Kemudian dalam bekas berasingan, satukan gula kastor, telur, esen vanilla dan ovalette. Pukul hingga kembang.
Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan air. Gaul lagi hingga sebati dan pukul hingga kembang.
Masukkan adunan mentega sedikit demi sedikit. Gaul rata.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan pada warna asal, satu bahagian lagi dicampur dengan emulco kopi serta serbuk koko.
Tuang adunan kek ke dalam loyang secara berselang seli. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak.
Setelah kek masak, sejukkan dan hiaskan dengan nutella.
7. KEK MENTEGA MARBLE
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
180gm gula
250gm telur
250gm tepung gandum
3 sudu makan susu segar
1 1/2 sudu teh esen vanilla
3 pewarna makanan pilihan
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar selama 20 atau 30 minit.
Pukul mentega dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih. Guna kelajuan rendah, kemudian ubah ke kelajuan sederhana dan kemudian ke kelajuan tinggi
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti dengan tepung. Pukul sebati menggunakan kelajuan perlahan.
Akhir sekali masukkan susu segar dan kaup balik sehingga sebati.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan dengan warna pilihan.
Tuang aduan secara berselang seli dalam loyang bersaiz 9 inci yang telah dilapik dengan baking paper.
Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
Bakar kek pada suhu 180C selama 40 – 50 minit atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan atas redai.
Sedia untuk dinikmati.
8. KEK MENTEGA BADAM
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
200gm gula kastor
5 biji telur
220gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
50gm serbuk badam
50ml susu segar
2 sudu makan susu pekat manis
100gm badam cincang
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
Campurkan mentega, susu pekat manis dan gula ke dalam bekas. Pukul hingga kembang.
Masukkan telur diikuti dengan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik. Pukul lagi hingga semua bahan sebati.
Kemudian masukkan susu segar, serbuk badam dan esen vanilla. Kaup balik adunan hingga sekata.
Tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan badam cincang.
Masukkan kek ke dalam ketuhar dan bakar opada suhu 170C selama 40-45 minit atau sehingga kek masak.
Sejukkan sepenuhnya sebelum dinikmati.
9. KEK MENTEGA KEJU
BAHAN-BAHAN:
100gm mentega
80gm krim keju
130gm gula kastor
3 biji telur
120gm tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan mentega dan krim keju. Putar sehingga krim tidak berketul.
Masukkan gula sedikit demi sedikit. Putar sehingga warna mentega menjadi putih kekuningan.
Masukkan esen vanilla dan garam.
Tambahkan telur satu demi satu dan sebatikan.
Kemudian masukkan tepung dan putar hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga kek masak.
10. KEK MENTEGA PRUN
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
200gm gula kastor
4 biji telur
270gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
100gm buah prun
CARA MEMASAK:
Ayak tepung bersama serbuk penaik. Ketepikan seketika.
Dalam mangkuk berlainan, pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan tambahkan tepung gandum yang telah diayak. Kaup balikkan hingga sebati.
Susun buah prun di dalam loyang yang telah digris dan tuang adunan. Bakar didalam ketuhar pada suhu 180C selama 25 minit.
11. KEK MENTEGA JAGUNG KUKUS
BAHAN-BAHAN:
130gm gula kastor
3 sudu makan mentega
1 sudu teh esen jagung
200gm tepung naik sendiri
4 biji telur
1/2 sudu teh soda bikarbonat
100gm krim jagung
CARA MEMASAK:
Ayak tepung bersama soda bikarbonat. Ketepikan.
Panaskan periuk kukusan. Oles loyang dengan sedikit minyak. Ketepikan.
Pukul gula, esen jagung dan mentega sehingga kembang.
Kemudian masukkan telur satu persatu. Pukul hingga sebati dan kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup balikkan sehingga sebati.
Tambahkan jagung dan gaul lagi hingga semua bahan sekata.
Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam.
Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidangkan.
12. KEK MENTEGA OREO
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
200gm gula kastor
4 biji telur
270gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik | diayak bersama tepung
20gm serbuk koko
100gm biskut Oreo | dibuang inti
CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan mentega. Perlahankan kelajuan mixer.
Tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Adun hingga sebati.
Asingkan sedikit adunan dan campurkan serbuk koko.
Masukkan sedikit adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun oreo diulangi dengan lapisan koko. Kemudian susun oreo lagi.
Ulangi langkah nombor 5 hingga adunan habis.
Bakar didalam ketuhar pada suhu 180C selama 30 minit.
13. BROWNIES BUTTER CAKE
BAHAN BROWNIES:
BAHAN A:
140gm coklat masakan hitam
50gm mentega
( Panaskan bahan diatas secara double-boiler. Ketepikan)
BAHAN B:
1 biji telur
50gm gula perang
35gm tepung gandum
( Campur semua bahan B ke dalam Bahan A. Pukul rata menggunakan spatula. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit. Sejukkan sebentar.)
BAHAN KEK MENTEGA:
120gm mentega yang sudah dilembutkan
100gm gula kastor
2 biji telur
120gm tepung naik sendiri
1/4 sudu teh serbuk penaik | ayak bersama tepung
50ml susu cair @ susu segar
CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
Kemudian masukkan sebiji telur. Pukul. Kemudian barulah dimasukkan telur kedua.
Masukkan tepung berselang seli dengan susu sehingga habis.
Ambil 1/3 adunan, campurkan pewarna hitam atau mengikut kreativiti sendiri. Tuang ke atas brownies tadi.
Bakar semula pada suhu 160C selama 30-40 minit atau sehingga masak.
14. KEK MENTEGA MIXED FRUITS
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
135gm gula kastor
50gm gula merah/perang
3 biji telur (saiz B)
200gm tepung naik sendiri
150gm buahan campur | direndam dengan air suam dan toskan
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang dan berkrim.
Ambil sedikit tepung dan masukkan buahan campuran ke dalam tepung. Gaul dan ketepikan.
Masukkan telur satu persatu dan putar.
Masukkan tepung dan diselang seli dengan campuran buahan tadi. Kacau sehingga sebati.
Panaskan ketuhar dan masukkan adunan ke dalam loyang saiz 7 inci.
Bakar sehingga masak dengan suhu 175C selama 45 minit.
Info chef: Jika guna tepung gandum biasa, tambahkan 1 sudu teh serbuk penaik.
15. KEK MENTEGA MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
125gm gula kastor
250gm tepung naik sendiri
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan susu pekat manis
Kepingan masam manis secukupnya
CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sekejap.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti esen vanilla dan susu pekat. Putar hingga sebati.
Masukkan sedikit adunan dan lapiskan diatasnya dengan kepingan masam manis. Bakar pada suhu 170C sehingga keperangan.
Ulang langkah melapis sehingga adunan habis dan kek masak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Brownies selalunya dimakan sebagai kek yang penuh dengan rasa coklat. Olah sedikit jadikan biskut yang mempunyai tesktur chewy.
BROWNIES COOKIES KEDUT SERIBU
BAHAN-BAHAN:
3 sudu mentega
400g chocolate dark compound
3 biji telur (1 biji ambik kuning sahaja)
2/3 cawan gula perang ( kurangkan manis jadikan 1/3)
Sedikit esen vanila
35gm tepung gandum
2 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh baking powder
CARA MEMASAK:
Ambik 300g dark compound cairkan dengan butter. Lagi 100g cincang letak tepi.
Pukul telor, gula, esen vanila dengan mixer hingga adunan putih.
Masuk tepong, serbuk koko dan baking powder yang diayak. Kacau sebati.
Kemudian masukkan butter dan chocolate yang g dicairkan tadi. Step ini gunakan spatula, kaup sebati dan masukkan chocolate cincang tadi.
Adunan memang cair jadi jangan bimbang.
Rehatkan adunan dalam peti 15 minit.
Sementara itu panaskan oven 180.
Guna scoop ice cream kalau ada. Kalau tidak ada boleh guna sudu sahaja. Sudukan dalam tray. Ikut nak tebal atau nipis cookies tu. Kalau mahu tanggup buat nipis.
Jarakkan jauh-jauh sebab cookies ni akan mengembang.
Taburkan sedikit chocolate cincang tadi kalau ada lebih. Lagi sedap tabur kacang badam pun boleh.
Bakar 15 minit. Habis bakar tunggu sejuk dahulu sebab dia lembik ketika panas.
Daging Salai Homemade adalah cara mudah dan sedap untuk mendapatkan rasa salai beraroma smokey dari rumah. Ketahui langkah lengkap cara membuat Daging Salai Homemade menggunakan pemanggang — sesuai untuk penghuni kondominium dan apartmen.