Buat penggemar Kek Coklat, resipi Kek Coklat Cheese Kukus versi mini ini tentunya anda perlu cuba. Sangat sedap, mudah dan digemari ramai.
Kek versi kecil begini juga senang masak dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dikukus. Jadi, lebih jimat gas memasak. Yang anda perlukan hanyalah acuan Kuih Lompang. Comel sahaja bentuknya.
Bagi anda yang nak cuba, saudari Nuralia Idayu ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI KEK COKLAT CHEESE KUKUS SEDAP & MUDAH (25-30PCS)

Kek Coklat Cheese Kukus Mini. Paling Mudah Guna Acuan Lompang Begini
BAHAN UNTUK KEK:
2 biji telur
1/2 cawan gula – beli online disini
1/2 cawan susu pekat manis – beli online disini
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar/susu cair – beli online disini
1/2 cawan air
1 cawan serbuk koko – beli online disini
2 cawan tepung gandum – beli online disini
1/2 sudu kecil baking powder – beli online disini
1/2 sudu kecil soda bikarbonat – beli online disini
BAHAN UNTUK LAPISAN CHEESE:
250gm krim keju
1 biji telur
1 sudu besar tepung gandum
3-4 sudu besar gula
CARA MEMASAK:
1.Putarkan keju sampai lembut.
2.Masukkan telur, tepung gandum dan gula. Adun sebati, kalau kurang manis boleh tambah lagi gula. Letak tepi.
Kek Coklat Cheese Kukus Mini. Paling Mudah Guna Acuan Lompang Begini3.Untuk adunan coklat, pecahkan telur, masukkan gula. Putarkan sebati.
4. Kemudian masukkan susu pekat dan minyak masak.
5. Tuangkan tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat.
6. Masukkan susu segar dan air sedikit-sedikit. Kacau biar sebati kemudian baru putar guna mixer.
Kek Coklat Cheese Kukus Mini. Paling Mudah Guna Acuan Lompang Begini 7.Untuk lapisan pertama, sudukan 2 sudu makan adunan coklat ke dalam acuan lompang. Kukus 5 minit.
Kek Coklat Cheese Kukus Mini. Paling Mudah Guna Acuan Lompang Begini8. Buka penutup pengukus, tak perlu angkat bekas dari pengukus, sudukan adunan keju. Sambung kukus 5 minit.
Kek Coklat Cheese Kukus Mini. Paling Mudah Guna Acuan Lompang Begini9.Seterusnya, sudukan adunan coklat untuk lapisan terakhir. Sambung kukus selama 20 minit.
Kek Coklat Cheese Kukus Mini. Paling Mudah Guna Acuan Lompang Begini
10. Tutup api, sejukkan kek terlebih dahulu. Kemudian keluarkan dari lompang. Boleh hias ikut kreativiti masing-masing.

Kek Coklat Cheese Kukus Mini. Paling Mudah Guna Acuan Lompang Begini

Kredit resipi & foto: Nuralia Idayu

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

IKLAN

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali

Buat Sendiri Roti Sandwic Homemade Guna Resipi Mudah Ni

Tak Perlu Kisar Rempah, Resipi Kari Ayam Sedap Ni Memang Mudah

IKLAN

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI