Ni dia resipi kek buah berselerak yang sedap lembab. Makin lama disimpan bila keluar dari peti sejuk, bila digigit ya ampun sedap kemain lagi.
Ni resipi kek buah versi bakar oleh Mariana Zainal yang sudi berkongsi resipi mengikut olahannya sendiri, Katanya, “InsyaAllah sedap tak manis tahap potong kaki. Mudah sebab tak payah kukus, bakar aje dalam oven.”
Pesan Mariana lagi. “Study dulu resipi baru buat.” Baginya nak sedap lagi gunalah mentega premium walau lebih mahal tetapi berbaloi-baloi lebih lazat lagi
1. Pukul mentga dan gula perang, selama 10 minit guna mixer. 2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, setiap biji pukul 1 minit (kelajuan tinggi) 3. Masukkan esen vanila, oren sunquick dan parutan lemon. Pukul dalam 1-2 saat dan matikan mixer. 4. Kemudian masukkan tepung dan susu cair berselang seli ke dalam adunan. Kaup balik sehingga sebati dan kemudian masukkan buah-buahan kering yang sudah dislaut tepung, kacau jangan lama. 5. Panaskan oven, griskan mentega dalam loyang saiz 8 inci dan lapikkan baking paper. 6. Masukkan adunan, ratakan dan hentakkan loyang . 7. Taburkan buah-buahan kering dan coklat callebaut. 8. Bakar selama sejam dalam suhu 170- 180 darjah Celcius, guna api atas dan bawah 9. Sebelum angkat cucuk dahulu guna lidi, kalau tak melekit tanda kek dah cukup masak.
Jom belajar cara-cara buat sambal garing. Sambal ni memang tahan lama dan buat pun mudah. Hanya guna bahan-bahan yang ada di dapur je. Jika tak ada selera, makan nasi dengan sambal ni pastinya memukau deria anda. Kalau nak bawa sambil travel ke luar negara atau buat bekalan anak di asrama pun boleh sebab memang tak akan basi. Garing pulak tu. Sedap weh. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nur Faridah Shahidah.
SAMBAL GARING
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis halus – jangan guna bilis yang lebar dan tebal. Nanti tak berapa rangup
Tempe atau kacang tanah – jika suka. Nak abaikan pun boleh.
Cili kering – kalau suka pedas, beli cili kering india. Kalau suka ratah sambal, beli yang kurang pedas.
Kiub pati ikan bilis @ cukup rasa
Gula
(Goreng ikan bilis, tempe, kacang dan cili kering sampai garing. Setiap bahan kena goreng asing. Toskan minyak guna tisu dapur.)
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar cili kering yang digoreng tadi. Pastikan cili digoreng garing jika tidak ia susah nak jadi flakes sebab liat. Biji boleh dibuang. Kalau nak kisar sekali pun boleh. Guna pengisar kering.
2. Ambil kuali gorengan tadi dan masukkan kiub pati bilis. Tak perlu letak minyak. Cukup sekadar saki baki lebihan minyak gorengan awal tadi. Masak guna api kecil.
3. Biar sampai kiub pati bilis berbuih manja macam ni.
4. Masukkan cili flakes.
5. Kemudian tambahkan semua bahan-bahan lain. Untuk sambal yang dibuat ni, empunya resipi guna 1 sudu gula. Anda boleh adjust ikut citarasa masing-masing.
6. Setelah semua bahan digaul rata dan sebati, padamkan api dan biarkan sejuk. Kemudian bolehlah disimpan dalam balang.
Sudah terbiasa menghidangkan keluarga menu minum petang. Kadang kala buntu juga nak fikir kuih muih yang sedap dan mudah buat. Apam ada pelbagai jenis , malah ada yang biasa dan juga berinti. Boleh letak inti kelapa dan juga inti kacang merah. Comel dan gebu, memang geram nak makan.
Apam inti kacang merah
Bahan-bahan:
2 sudu teh yis
Setengah cawan air suam @100ml
1 sudu teh gula
Bancuh gula hingga larut kemudian tambah yis.. kacau-kacau sehingga sebati. Biar sekejap hingga berbuih,
1½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras cap teratai
1 cawan gula nak kurang manis guna ¼ sahaja gula, sbb inti kacang merah dah manis,
1 cawan air bersamaan 200ml
Nak letak esen boleh je ye.. dan pewarna yang disukai
Cara memasak:
1.Tepung gandum tepung beras gula dan air sekalikan dalam bekas.
2.Kacau-kacau guna senduk bagi dia tak berketul-ketul.
3.Kemudian tuang adunan yis.. Kacau lagi bagi adunan betul-betul sebati.
4.perap 40minit bagi adunan naik ye.
5.Dah naik kacau-kacau lepastu ikut suka nak letak pewarna apa.
6.Acuan disapu minyak terlebih dahulu..
7.Sudukan adunan kemudian letak inti kacang merah.
8.Kukus 20-25minit
Cendawan shiitake mempunyai beberapa kebaikan sejak berkurun dahulu. Malahan ia dianggap sebagai simbol panjang umur di Asia Timur. Di Jepun cendawan ini memang sangat popular. Tidak hairan lah warga Jepun ramai warga emas di sana kelihatan sihat dan dikatakan mempunyai jangka hayat yang panjang.
Di kalangan masyarakat bangsawan Jepun meyakini memakan cendawan ini akan melambatkan proses penuaan. Di dalam erti kata lain, anti-penuaan.
foto : www.mygrocer.my
Shiitake iaitu istilah asli dalam bahasa Jepun berrmaksud cendawan dari pokok Shii( Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.
Dari segi perubatan ia didapati berupaya menjadi sumber yang bertindak sebagai antivirus. Kemampuan Shiitake disebabkan ia menghasilkan sejenis bahan yang dipanggil interferon. Penyelidik juga melaporkan pengambilan cendawan jenis Shiitake boleh merendahkan paras kolesterol dalam darah sehingga 40 ke 50 peratus.
Sebagai makanan berkhasiat, Shiitake juga mengandungi jumlah asid amino lebih baik berbanding kacang soya, daging, susu atau telur. Ia juga mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang baik seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niacin.
Paling menarik, Shiitake dikatakan menghasilkan sejenis bahan yang menyerap lemak dalam tubuh. Beritaa baik untuk mereka yang ingin mengamalkan diet sihat dan mengurangkan lebihan berat badan.
Jom kita cuba 3 resepi dari Cendawan Shiitake dari yang lazat dan mudah ini.
1.CENDAWAN & BROKOLI MASAK SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN :
200 gm cendawan shiitake | dibasuh dan direndam semalaman
200 gm brokoli
Bahan sos:
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos tiram
1 biji bawang besar /dihiris
Minyak untuk menumis
Sedikit air (jika mahu sedikit berkuah)
Garam secukup rasa /sedikit sahaja kerana sos tiram sudah masin
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan hirisan bawang besar sehingga naik bau. 2. Masukkan lada hitam. Kicap manis dan sos tiram. Kacau rata. 3. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah dan masukkan garam secukup rasa. 4. Setelah menggelegak sedidikit, masukkan cendawan diiikuti brokoli. 5. Kaup balikkan, masak sebentar sahaja 5-6 minit, usah terlalu layu.Sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 8 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Sayur-sayuran Keistimewaan : Enak dengan brokoli, sajian yang sungguh menyihatkan Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF :Anda boleh juga merebus sebentar sayur-sayuran, dan menuang sos kemudian ke atas sayur-sayuran.
2. AYAM LADA HITAM BERSAMA CENDAWAN
BAHAN-BAHAN :
1 kg dada ayam
50 gm serbuk lada hitam
30 gm cendawan shiitake | dibasuh dan direndam dengan air, dihiris nipis
30 ml kicap manis
10 gm serbuk kunyit
Bahan dikisar : 100 gm bawang putih 150 gm bawang merah 50 gm halia
CARA MEMASAK : 1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 20 minit. 2. Kemudian goreng ayam separuh masak 3. Pijarkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan -bahan yang dikisar hingga naik bau dan garing. 4. Masukkan ayam dan kemudian masukkan lada hitam, cendawan dan kicap. Kacau sebati. 5. Setelah ayam masak , sajian sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 10 orang makan Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis hidangan : Lauk utama Keistimewaan : Ramuan lada hitam dan cendawan sungguh melazatkan Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Usah memasukkan garam kerana sudah terdapat kicap di dalamnya.
2.TOFU KUKUS DENGAN CENDAWAN & BROKOLI
BAHAN-BAHAN :
350 gm tofu putih | kukus selama 20 minit
50 gm cendawan shitake kering | dibasuh dan rendam air semalaman
50 gm brokoli
1/2 biji bawang besar | dihiris
4 ulas bawang putih | dihiris
4 sm halia | dihiris
500 ml stok ayam | atau air rebusan ayam
4 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung | jika mahu pekat
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dalam kuali. 2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’ 3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan. 4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut. 5. Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa. 6. Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen ) 7. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 8. Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Kukus dan reneh Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yang sihat dan enak Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dari tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai untuk masakan tumis bergoreng.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...