
Asyik buat kari ayam atau daging, apa kata kali ni buat kari sardin. Makan pula dengan roti canai homemade. Nak resipi roti canai homemade, boleh tengok di sini (roti canai homemade). Boleh cuba masak kari sardin ni bagi mempelbagaikan menu atas meja makan. Izwahani Zainal melalui facebook telah berkongsi resipi kari sardin yang sedap.
KARI SARDIN
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang merah (tumbuk halus)
1 ulas bawang putih (tumbuk halus)
2 inci halia (tumbuk halus)
1 inci kunyit (tumbuk halus)
2 batang serai (diketuk)
2 sudu besar serbuk kari ikan
Air secukupnya
2 biji kentang (potong ikut cita rasa)
1 tin besar sardin (pastikan yang halal ye)
Santan secukupnya
Asam jawa
Garam
Daun kari
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit.
2. Masukkan serai dan serbuk kari. Masak sehingga garing.
3. Tambah air. Apabila air mendidih, masukkan kentang.
4. Masukkan sardin dan santan.
5. Perasakan dengan asam jawa dan garam. Jangan lupa daun kari.
Ok dah siap. Selamat mencuba!
Resipi Oleh Izwahani Zainal
Link: https://www.facebook.com/izwahani.zainal/posts/10222310330413339
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedapnya Ikan Selar Percik Kuah Merah Istimewa Ni. Sekali Rasa Pasti Nak Lagi!

Ikan percik sememangnya antara hidangan yang paling kerap dihidangkan terutama dalam musim Ramadan atau hujung minggu. Jika di Kelantan dan Terengganu pula, ia dijual setiap hari di kedai-kedai makan. Sememangnya hidangan ini mampu memecahkan selera. Ikan bakar yang dilumur ramuan kuah percik yang penuh dengan pelbagai rasa dan lemak dari santan ini sentiasa dicari orang. Jom kita cuba resipi ini.
IKAN SELAR PERCIK KUAH MERAH
BAHAN-BAHAN
- 7 ekor ikan selar
- 5 ulas bawang merah (*)
- 4 ulas bawang putih (*)
- 6 tangkai cili kering (rendam air panas ) (*)
- 1/2 inci halia (*)
- 1 batang serai (hiris nipis) (*)
- 1 sudu besar kerisik (*)
- 1 gelas santan pekat
- 2 gelas air.
- 1 keping asam keping @ gelugur.
- 1 sudu kecil kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK
1. Kisar semua bahan-bahan yang bertanda (*).
2. Siang dan cuci ikan. Ambil satu sudu besar bahan kisar tambahkan sedikit serbuk kunyit dan 1 sudu kecil garam. Lumurkan dan perap ikan 10 minit. Bakar ikan.
3. Untuk membuat kuah, masukkan santan dalam kuali dan air. Panaskan sekejap dan masukkan asam keping.
4. Masukkan bahan kisar kacau rata. Masak hingga kuah pekat dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya.
5. Bila ikan masak lumurkan atau percikan sedikit kuah atas ikan. Bakar sekejap supaya kuah meresap pada ikan.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zainun Mamat
Perkongsian Resipi Masakan India Air Tangan Vasantha Sungguh Sedap, Boleh Cuba Ni.

Bertuah rasanya bila berpeluang bertandang dan menjamu selara dengan bermacam menu masakan India yang disediakan oleh Puan Vasantha di kediamannya di Pinggiran USJ, Subang Jaya, Selangor. Memang terbaik hidangan yang disediakan, dalam kaya dengan aroma rempah ratus itu ialah keenakan masakan bagaikan makan restoran Fine Dining atau hotel mewah.
Patutlah kediamannya menjadi kunjungan rakan-rakan dan sanak saudara, kerana air tangan Vasantha sememang sedap. Biarpun bekerja, Vasantha tetap ada masa ke dapur setiap hari kerana memasak adalah minatnya dan tidak pernah ada istilah bosan berada di dapur. Khabarnya selain lauk pauk beliau juga boleh baking. Untuk penbaca RASA, Vasantha sedia berkongsi resipi masakan India yang menjadi kegemaran keluarganya…
SHRIMP & POTATO CUTLETS
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan udang | buang kulit dan bersihkan
- 5 biji kentang saiz kecil | kupas kulit dan rebus
- 1 biji bawang besar | dadu halus
- 1/4 sudu teh pes bawang putih
- 1/8 sudu teh pes halia
- 1 biji telur
- 1/2 cawan serbuk roti
- 1/4 cawan tepung serba guna
- 1 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS
- 1/4 serbuk kunyit
- 1/2 sudu teh serbuk cili | kepedasan ikut cita rasa
- 1/4 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/4 sudu teh garam masala
- Secubit serbuk kulit kayu manis dan lada hitam | jika suka
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Kisar udang dalam mesin pengisar. Ketepikan.
- Lenyek kentang hingga hancur. Ketepikan.
- Panaskan dua sudu makan minyak masak, tumis bawang merah.
- Apabila bawang layu masukkan pes halia dan bawang putih, kacau seketika.
- Masukkan pula bahan rempah ratus, diikuti udang yang telah dikisar tadi.
- Lebih kurang 3-4 minit, perlahankan api.Masukkan kentang tadi dan gaul rata.
- Kacau sebati, kemudian tutup api. Masukkan adunan ke dalam mangkuk, biarkan sejuk.
- Setelah sejuk, bulat-bulatkan adunan lebih kurang bola pingpong, golekkan dalam tepung serba guna kemudian leperkan.
- Celupkan dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan dalam serbuk roti. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng aduan hingga keperangan dengan api sederhana.
- Setelah siap, hidangkan dengan sos kegemaran anda.
NASI BRIYANI
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras basmathi | rendam lebih kurang 20 minit
- 2 sudu makan minyak sapi
- 2 kuntum bunga cengkih
- 1 kuntum bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- 3-4 biji lada hitam
- 3cm kulit kayu manis
- 1 helai daun bay
- 1 cawan bawang goreng
- Garam secukup rasa
- 2 sudu makan yogurt
- 2 sudu makan garam masala
- 1 sudu makan saffron | pewarna untuk nasi
BAHAN SAYURAN:
- 1 biji tomata | potong dadu
- 1 biji tomato | potong dadu
- 2 biji cili hijau | potong 2-3cm
- Sedikit bunga kubis | potong dadu
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 2 sudu teh serbuk cili
CARA MEMASAK:
- Masukkan minyak sapi dalam kuali, tumiskan bawang bersama garam masala, sedikit garam dan yogurt. Gaul rata.
- Tambahkan beras bersama bahan-bahan lain.
- Tambah saffron sebagai pewarna. Gaul rata dan tutup api.
- Untuk menyediakan sayuran, masukkan minyak dalam kuali, garam masala, bawang goreng, tomato,serbuk cili, garam, hirisan bunga kubis dan kentang (separuh masak), sedikit yogurt. Tambah sedikit air, gaul rata.
- Tuangkan sayur dalam periuk nasi elektrik, diikuti dengan bahan beras.
- Tambah air secukupnya dan tutup periuk nasi. Masak seperti biasa.
- Setelah nasi masak hias dengan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
HOT & SPICY MUTTON FRY
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging kambing | hiris, bersih dan tos
- 4 biji bawang besar | potong dadu
- 4 biji buah tomato | potong dadu
- 6 sudu makan minyak masak
- 2 sudu makan jus lemon
- 4 sudu makan yogurt
- 3 sudu teh serbuk lada sulah
- 3 sudu teh serbuk lada sulah
- 1sudu teh serbuk kunyit
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 2 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 3cm kulit kayu manis
- 4 kuntum bunga cengkih
- 1 tangkai daun kari | leraikan dari tangkai
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan daging kambing dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan jus lemon, yogurt, serbuk kunyit, lada hitam dan serbuk cili.
- Perap selama 30 minit.
- Seterusnya, masukkan daging yang telah di perap dalam periuk tekanan bersama satu cawan, air. Masak hingga empuk.
- Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan kulit kayu mans, bunga cengkih, ketumbar dan daun kari.
- Tambahkan hirisan bawang dan tumis lagi hingga bawang kekuningan dan masukkan pula pes halia dan bawang putih.
- Setelah naik bau masukkan tomato, kacau seketika, masukkan daging kambing yang telah dimasak menggunakan periuk tekanan tadi.
- Kecilkan api, tambah sedikit minyak dan terus kacau hingga daging garing.
- Tutup api dan masukkan dalam mangkuk dan hias dengan bawang goreng sebelum dihidangkan.
PRAWNS MASALA
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg udang Saiz XL | buang kulit dan bersihkan
- 4 biji bawang besar | potong dadu
- 5 ulas bawang putih | cincang
- 3cm halia | hiris halus
- 2 biji tomato | potong dadu
- 2 tangkai daun kari
- 1 sudu teh biji sawi
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 4 sudu teh serbuk cili
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh garam masala
- 1 sudu makan jus lemon
- Garam secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak.
CARA MEMASAK:
- Gaulkan udang bersama sedikit serbuk lada sulah dan jus lemon. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, masukkan biji sawi dan daun kari, tambah bawang cincang.
- Tumis hingga kekuningan, tambahkan pula halia dan bawang putih cincang, diikuti tomato.
- Setelah tomato layu masukkan serbuk kunyit, ketumbar dan garam masala.
- Apabila tumisan pecah minyak, masukkan udang dan gaul rata lebih kurang dua minit.
- Tambah sedikit air jika perlu dan lengkapkan rasa dengan menambahkan sedikit garam.
- Setelah cukup rasa, tutup api.
- Masukkan udang dalam pinggan, hias dengan daun kari goreng.
- Udang sedia dihidangkan.
CHICKEN VINDALOO
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ayam | potong kecildan cuci bersih
- 2 cawan bawang besar | cincang
- 1 cawan puri tomato segar
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 8-10 ulas bawang putih
- 3cm halia | hiris halus
- 1 sudu makan cuka makan
- 1 sudu makan pes kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN GORENG SANGAI:
- 10-12 tangkai cili kering
- 2 sudu makan ketumbar biji
- 3-4 kuntum bunga cengkih
- 3cm kulit kayu manis
- 2-3 biji buah pelaga
- 8-10 ulas lada hitam
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh biji sawi
CARA MEMASAK:
- Kisar bahan goreng sangai bersama halia, bawang putih, cuka dan pes kunyit hingga menjadi pes lembut dengan menambah sedikit air. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang dicincang hingga kekuningan.
- Masukkan ayam dan kacau rata lebih kurang 3-4 minit.
- Apabila ayam kecut masukkan puri tomato dan bahan kisar tadi. Kacau lagi.
- Jika agak kering tambah sedikit air, biarkan mereneh atas api sederhana lebih kurang 30 minit.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, angkat dan sedia dihidangkan.
IKAN PARI MASAK KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ikan pari | bersihkan dan potong kecil
- 8-10 ulas bawang putih
- 3cm halia | hiris halus
- 4 helai Puck Acids
- 10 ulas bawang merah | cincang
- 2 sudu teh serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN GORENG SANGAI
- 15-20 tangkai cili kering
- 3 sudu makan biji ketumbar
- 4 sudu makan lada hitam
- 2 sudu makan jintan putih
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ikan pari dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
- Kisar bersama halia dan bawang putih. Tambah sedikit air jadikannya pes.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah cincang hingga wangi.
- Kemudian masukkan pes bahan rempah ratus tadi, kacau rata lebih kurang 10-15 minit.
- Masukkan ikan pari dan puck acids. Kacau lagi.
- Perasakan dengan garam, sambil terus masak lebih kurang 10 minit lagi.
- Tutup api dan taburkan hirisan cili merah dan hijau serta percikkan sudu teh minyak.
- Pari Ketumbar sedia dihidangkan.
ONION RATTA
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan yogurt | boleh masukkan lebih jika suka
- 5 biji bawang Holland | cincang
- 5 biji cili hijau | cincang
- 3 biji cili padi | potong dua
- 1 biji timun | hiris
- 2 biji tomato| hiris
- 3cm halia | hiris nipis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1/2 sudu teh biji sawi
- 1 tangkau daun kari | leraikan dari tangkai
- Daun pudina seccukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Rendam bawang yang dicincang dalam air selama 15 minit. Tos dan ketepikan.
- Goreng sangai biji sawi dan kisar . Ketepikan
- Kisar yogurt bersama sedikit garam dan gula hingga lembut dan gebu teksturnya.
- Kemudian campurkan semua bahan hirisan di dalam mangkuk.
- Kemuduan tuang yogurt tadi dan gaul rata. Taburkan
- Sebelum dihidangkan taburkan daun kari dan pudina yang telah dicincang.
- Onion Ratta sedia dihidangkan.
BABY SPINACH WITH DHAL
BAHAN-BAHAN:
- 3/4 Yellow Moong Dhal
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- Garam seckup rasa
- 1.25 cawan air
- 2 cawan daun baby spinach | cincang
- 1/2 biji bawang besar | cincang
- 1/2 cawam tomato | cincang
- 1/2 sudu teh pes halia
- 1/2 sudu teh pes bawang putih
- 1/2 sudu teh jintan putih
- 1/2 sudu teh biji sawi
- 1/2 sudu teh chili flakes
- 1/8 sudu teh Hing (asofetadia)
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1.5 sudu makan minyak sapi
- 1 cawan air suam
BAHAN TAMBAHAN:
- 2 sudu teh minyak sapi
- 1/2 sudu teh jintan putih
- 1/2 sudu teh serbuk cili
CARA MEMASAK:
- Cuci bersih kacang dhal
- Rebus menggunakan periuk tekanan bersama garam dan serbuk kunyit.
- Setelah kacang lembut. Sejukkan dan kisar halus.
- Cuci bersih baby spinach (bayam kecil). Kemudian cincang. Ketepikan.
- Campurkan bawang dan tomato. Seterusnya campurkanpes halia dengan bawang putih, kemudian ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak sapi dalam periuk, tumis biji sawi, Hing dan jintan putih,
- Setelah wangi, masukkan campuran pes halia dan bawang putih. Kacau seketika.
- Masukkan pula bawang besar, apabila bawang layu masukkan tomato dan rempah ratus yang lain.
- Diikuti daun baby spinach dengan dhal yang telah dikisar. Kacau rata.
- Perasakan dengan garam secukup rasa.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
Ini Caranya Masak Kari Utaqa Padu Rasa

Orang utara kalau tidak ada gulai kari dalam hidangan tidak kira sama ada makan tengah hari atau malam , seakan tidak lengkap. Menu yang satu ni wajib ada, baq hang. Kadang tu susah nak dapat rasa gulai kari yang terangkat macam yang tekak kita nak. Min kongsi tip buat kari original dari orang utara sendiri. Lepas ni buat kari gerenti sedap.
Tip masak KARI..
1.Selalunya negeri sebelah utara masak kari memang sedap.. (cheq org Kedah) jangan marah na….
2.Santan saya tak letak. Gantikan dengan beras yang disangai dan ditumbuk untuk dapatkan rasa lemak.
3.Kari yang sedap, minyak mesti berlinang atas permukaan. Itu tanda kari telah ditumis hingga rempah betul-betul masak.
Tip untuk menyediakan kari yang sedap.
Rempah kari kering
Rempah ditumis kering dan dikacau dalam 1-2 minit sebelum dimasuk sedikit air dan perlahankan api. Lepas terbit minyak baru masukkan daun kari.
Kuantiti minyak
Menumis kari mesti menggunakan minyak yang banyak. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
Hirisan bawang
Bawang merah dan bawang putih lebih sedap jika dihiris dan ditumis.
Halba campur
Halba campur adalah bahan yang wajib dimasukkan dalam masakan kari. Kari anda akan lebih beraroma.
Pecah minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul di permukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta beras sangai. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
Asam jawa
Lepas pecah minyak, baru masuk asam jawa dan boleh juga masukkan asam keping.
Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain.
Rasa garam juga harus seimbang. Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘power’.
Akhir sekali masukkan kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa pada kuah.
Apalagi…Jom masak KARI
Gulai Ikan Kuala Kedah
Bahan-bahan:
2 keping ikan merah
1 1/2 sudu besar rempah kari ikan cap O
1 sudu teh jintan putih/jintan halus
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji buah keras
setangkai daun kari
sedikit halba campur
garam dan gula secukup rasa
4 biji bendi muda
1 biji tomato segar
sedikit air asam jawa (kalau suka masam -lebihkan)
2- 3 sudu besar minyak masak
1 1/2 mangkuk air
2 -3 biji cili padi
Cara memasak:
1.Bawang putih,bawang merah,buah keras dan jintan putih ditumbuk halus.
2.Panaskan minyak , masukkan bahan yang ditumbuk,daun kari dan halba sehingga sedikit garing
3.Masukkan rempah kacau dan masukkan sedikit air ,air asam jawa . Biarkan mendidih dan pecah minyak dan wangi. Kemudian masukkan garam dan sedikit gula serta serbuk perasa jika suka.
4.Masukkan ikan, alihkan dan masukkan air secukupnya.
5.Biarkan mendidih dan akhir sekali masukkan bendi , tomato dan cili padi . Angkat dan hidang.
*Makan bersama nasi panas,sambal belacan dan ikan goreng, pasti menyelerakan😁
Kredit tip : Rozel Linda
Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.
7 Cara Buat Dendeng Daging Sedap & Empuk, Boleh Ikut Petua Ni.
Tip Masak Pulut Kuning Yang Cantik, Lembut & Sempurna Kejadiannya
masa