Nak makan kari macam di kedai mamak? Pekat dan tanpa santan. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap. Kari ni makan esok harinya tambah lagi sedap.
KARI PEKAT TANPA SANTAN
Bahan-bahan: 2 biji bawang merah 2 tangkai daun kari 1 biji tomato 2 biji kentang 1 lobak merah 3 tangkai lada kering 4 tangkai cili hijau 3 ulas bawang putih (ditumbuk) 2 hirisan halia (ditumbuk)
Dua serbuk utama untuk kari.
Cara memasak:
1.Panaskan minyak masak di dalam periuk, tumiskan bawang putih, halia, bawang merah, lada kering, cili hijau dan daun kari.
2.Kemudian masukkan tomato dan masak sehingga tumisan menjadi lembap.
3.Masukkan air asam jawa. Kalau tak ada asam jawa, boleh guna yogurt.
Ads
4.Masukkan semua serbuk rempah ke dalam masakan. Gaul rata. Sukatannya seperti: 1 paket rempah kari daging 3 sudu kecil serbuk cili 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu besar rempah jintan dan biji ketumbar yang ditumbuk.
5.Masukkan daging, lobak merah dan kentang. Gaul sebati dengan rempah.
6.Biarkan jus daging keluar pada suhu api paling kecil.
7.Tutup periuk dan biarkan selama 10 minit.
Ads
8.Jus daging telah keluar dan masukkan semangkuk kecil air. Biarkan dan api masih suhu paling kecil.
9.Akhir sekali perasakan dengan garam. Sedia dihidang dengan nasi panas.
Masakan bersambal antara lauk pauk yang pasti ada di meja makan setiap keluarga. Ini kerana ia lebih mudah dimasak dan penuh perisa. Jika dimakan bersama nasi panas sahaja pun sudah mencukupi. Berikut dikongsikan 10 jenis hidangan sambal yang pasti membuka selera anda.
AYAM SAMBAL PERISA TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam | potong kecil
3 sudu makan cili kisar
1 sudu makan pes tomyam
4 ulas bawang merah |kisar halus
3 ulas bawang putih |kisar halus
2cm halia | kisar halus
1 batang serai| titik
1 biji bawang besar |belah empat
Garam, lada sulah dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Ayam dilumur dengan sedikit garam dan lada sulah. Goreng hingga masak.
Di dalam kuali, panaskan dua sudu makan minyak lalu tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
Masukkan serai, cili kisar dan pes tomyam lalu tumis lagi hingga pecah minyak.
Tambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Didihkan seminit.
Masukkan bawang besar dan ayam goreng. Didihkan seminit dua lagi dan tutup api.
Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma tomyam yang membuka selera
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng dan tumis
Info chef: Boleh masukkan cili padi jika mahu lebih pedas.
AYAM BAKAR BERSAMBAL BAWANG
BAHAN-BAHAN A:
1-2 ketul paha ayam
6 ulas bawang merah | tumbuk lumat
4 ulas bawang putih | tumbuk lumat
3cm halia |tumbuk lumat
Garam secukupnya
BAHAN-BAHAN B (SAMBAL):
2 labu bawang besar |potong dadu
3 sudu makan cili kisar
10 ulas bawang merah | kisar halus
4 ulas bawang putih | kisar halus
3cm halia |kisar halus
1 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam (pilihan)
CARA MEMASAK:
Perap ayam bersama bahan-bahan tumbuk dan garam selama 30-40 minit. Kemudian ayam dibakar hingga masak dan ketepikan.
Panaskan dua sudu makan minyak lalu tumis bahan-bahan kisar berserta cili kisar hingga cili masak.
Masukkan serai, air asam, bawang besar lalu tumis lagi hingga sebati. Tambah garam dan gula secukup rasa.
Tuang ke atas ayam bakar dan hidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma halia dan serai yang tambah keenakan masakan
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Bakar dan tumis
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih.
BAWAL GORENG SAMBAL KICAP BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
1-2 ekor ikan bawal cermin/hitam
7-8 biji kacang botol | hiris nipis
7-8 biji cili merah
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
1 sudu makan kicap manis
Garam dan gula secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
Ikan bawal dibersihkan, kelar-kelar lalu dilumur sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing dan ketepikan.
Cili merah, bawang merah, bawang putih dan halia di kisar halus.
Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar hingga cili masak.
Tambahkan kacang botol, kicap manis, garam dan gula secukup rasa.
Tuang sambal ke atas bawal goreng.
Sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma halia dan serai yang tambah keenakan masakan
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Bakar dan tumis
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih.
DAGING GORENG SAMBAL IJO
BAHAN-BAHAN:
400gm daging lembu muda | hiris nipis
10 biji cili padi | tumbuk kasar
1 labu bawang besar |potong bulat
10 biji cili hijau |kisar halus
6 ulas bawang merah | kisar halus
4 ulas bawang putih | kisar halus
1 tangkai daun ketumbar | kisar halus
3cm halia | kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaul daging bersama lada sulah, garam secukupnya dan serbuk kunyit. Perap selama sejam atau lebih.
Goreng daging hingga agak garing. Ketepikan.
Di dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar hingga masak.
Masukkan daging goreng, bawang besar dan cili padi yang ditumbuk kasar. Gaul sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa pedas
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng dan tumis
Info chef: Jika suka boleh tambah daun bawang.
PUYUH GORENG BERSAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor burung puyuh |bersihkan
15 biji cili padi hijau
4 biji cili besar hijau
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar | potong bulat
1 batang serai |ketuk
3cm belacan
1 sudu teh air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA:
Tabur sedikit garam dan serbuk kunyit pada burung puyuh. Goreng hingga garing dan ketepikan.
Cili padi, cili hijau, bawang merah dan belacan dikisar halus.
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar berserta serai hingga naik bau dan cili masak.
Masukkan bawang besar, jus asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Didihkan sambal seminit dua lagi hingga sebati.
Masukkan burung puyuh goreng dan kaup balikkan.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa belacan yang tambah kesedapan sambal
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng dan tumis
Info chef: Boleh tambah jumlah cili padi mengikut tahap kepedasan yang diingini.
SAMBAL BABAT CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
400gm babat (perut lembu) |bersihkan
10-15 biji cili padi hijau
5 biji cili hijau
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 sudu teh air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Babat (perut lembu) dihiris nipis dan rebus empuk. Toskan.
Kisar cili padi, cili hijau, bawang merah dan bawang putih hingga jadi pes yang lumat.
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan-bahan kisar dengan api yang kecil hingga pecah minyak. Masukkan air asam.
Masukkan babat dan bawang besar. Tambah garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.
Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa pedas dan masin yang buka selera
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus dan tumis
Info chef: Babat yang telah dibersihkan ada dijual di pasar-pasar basah.
SAMBAL BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
300gm ikan bilis
2-3 sudu makan cili kisar
6 ulas bawang merah | kisar halus
4 ulas bawang putih | kisar halus
1 labu bawang besar | kisar halus
3cm belacan
1 sudu teh air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ikan bilis dibersihkan, basuh dan ditumbuk kasar. Goreng separuh masak dan ketepikan.
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga benar-benar masak.
Masukkan bilis tumbuk, belacan, air asam, garam dan gula secukup rasa.
Tumis lagi hingga sambal hampir kering dan pecah minyak.
Tambah garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.
Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Ada pedas, masam, manis dan masin yang seimbang
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng dan tumis
Info chef: Bilis jangan ditumbuk halus kerana kita masih boleh terasa teksturnya ketika dimakan.
SAMBAL HITAM PARU LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
300gm paru| hiris nipis
100gm lengkuas muda | hiris nipis
2 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan stok daging
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan cili kisar
4 ulas bawang putih | kisar lumat
1 biji bawang besar |potong bulat
Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Paru direbus empuk lalu dihiris nipis. Tabur sedikit garam dan goreng garing.
Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali.
Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar dan lengkuas, tumis lagi hingga cili masak.
Masukkan kicap dan stok daging dan didihkan beberapa minit.
Masukkan paru goreng, lada hitam dan bawang dan kaup-balikkan
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Kacau sekata.
Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma lengkuas yang unik
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus, goreng dan tumis
Info chef: Boleh gantikan stok daging dengan air biasa jika stok daging tiada.
SAMBAL KENTANG, TAUHU TEMPE
BAHAN-BAHAN:
2 biji ubi kentang |hiris nipis
2 biji tempe |hiris nipis
2 biji tauhu | hiris nipis
100gm ikan bilis
1 biji bawang besar| mayang halus
4 ulas bawang merah |tumbuk lumat
3 ulas bawang putih | tumbuk lumat
2 sudu makan cili kisar
1 sudu teh air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ubi kentang, tempe, tauhu dan ikan bilis digoreng garing.
Panaskan dua sudu makan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga cili masak.
Masukkan bawang besar, air asam dan semua bahan-bahan goreng.
Tambah garam dan gula secukup rasa. Kaup-balikkan sebati.
Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Pelbagai rasa dalam satu masakan
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng
Info chef: Ikan bilis harus digoreng garing supaya tidak lembik bila digaul sambal.
SAMBAL PETAI BILIS KERING
BAHAN-BAHAN:
300gm ikan bilis|goreng garing
½ mangkuk petai | bersihkan
20 biji cili padi hijau |kisar halus
5 biji cili hijau | kisar halus
4 ulas bawang putih | kisar halus
1 labu bawang besar | potong bulat
3cm belacan
1 sudu teh air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumis bahan-bahan kisar hingga benar-benar masak.
Masukkan belacan, air asam, garam dan gula secukup rasa.
Tumis lagi hingga sambal hampir kering dan pecah minyak.
Masukkan bawang besar, ikan bilis goreng dan petai lalu kaup-balikkan sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Petai yang tambah kesedapan masakan
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis
Info chef: Jangan goreng petai terlalu lama agar ia kekal rangup bila dimakan.
Sekali sekala, tak salah rasanya kalau tukar selera. Jemu juga kalau asyik makan nasi kan? Jom kita cuba resipi meatball bolognese cheese yang dikongsi oleh Hidayati Hana menerusi grup Rasa Kongsi Resipi. Nampak sedap, lagi-lagi kalau makan panas-panas. Memang terangkat!
RESIPI MEATBALL BOLOGNESE CHEESE
BAHAN-BAHAN:
1 paket meatball/ chickenball (brand marina/ayamas pun sedap)
1 tin sos bolognese prego (brand kimball)
1/2 cwn susu segar
1 biji bwg holland (potong dadu)
I biji capsicum merah/hijau (dadu)
Sedikit lada hitam (tumbuk kasar)
Sedikit garam
Mozarella cheese
CARA PENYEDIAAN MEATBALL & SOS BOLOGNESE:
Gorengkan meatball dengan sedikit minyak/butter
Bila dah masak masukkan bawang dan capsicum
Tutup api ketepikan
Dalam periuk lain, masakkan sos bolognese
Masukkan sos prego, susu, sedikit garam dan lada hitam
Masak hingga mendidih dan pekat
Dah siap tutup api
CARA MASAKAN MEATBALL BOLOGNESE CHEESE:
Masukkan meatball tadi dalam bekas/loyang
Letakkn sos bolognese hingga menutupi meatball
Taburkan cheese mozarella
Bakar dalam suhu 170 selama 10-15 minit
Dah siappp!
Jika anda sedang mencari barangan dapur yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, boleh dapatkan DISINI.
Kalau dalam peti sejuk ada daging, boleh cuba resipi meatball homemade ni. Memang sangat mudah dan sedap macam yang puan-puan beli readymade tu. Nanti bolehlah guna untuk buat bakso atau meatball ala restoran terkenal. Malah buat sendiri ni lebih bersih & jimat. Pasti puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi perkongsian saudari Hidayah Fareez ni.
BEBOLA DAGING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1kg daging cincang – boleh guna 1 kg daging pejal dan cincang halus
5 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
1 sudu teh lada sulah
1 biji telur
1/2 sudu teh baking powder
5 sudu makan tepung ubi
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Dalam mangkuk besar, satukan semua bahan diatas sehingga sebati dan menjadi doh.
2. Cubit adunan doh dan bulatkan mengikut saiz yang anda gemari. Lakukan hingga habis.
3. Didihkan air dalam periuk dan masukkan bebola tadi. Biar hingga masak.
4. Setelah bebola timbul dan terapung di permukaan air, ia menandakan bebola daging telah masak. Angkat dan toskan.
5. Bebola daging sedia untuk dimasak ikut citarasa anda. Boleh juga disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!