Korang suka brownies? Kalau suka mesti terbayang rasa coklat yang lazat, tekstur yang lembut. Dah tentu korang juga teruja nak buat brownies sendiri kerana ia antara kek yang mudah dibuat dan resipinya banyak dalam media sosial. Tapi, kalau nak pastikan brownies korang terbaik, ini ada tip brownies yang korang buat gerenti menjadi, sedap dan lembut.
Pilih Resipi Yang Betul
Brownies ada dua jenis, pertama brownies dengan tekstur padat (fudgy) dan kedua, browwnies lembut (cakey). Brownies tekstur padat tidak menggunakan baking powder dan sukatan coklat serta mentega lebih banyak berbanding brownies lembut yang menggunakan baking powder. Jadi, sebelum baking, korang pastikan brownies jenis mana satu nak baking yang korang nak buat.
Ads
Gunakan Dark Chocolate
Penggunaan coklat sangat mempengaruhi tekstur brownies.Misalnya penggunaan coklat serbuk tidak digalakkan, kerana ia akan menjadikan brownies lebih kering. Sementara penggunaan chocolate baking chip juga tidak disarankan, sebab ia mengandungi stabilizer yang susah cair semasa dibakar. Yang terbaik adalah menggunakan Dark cooking chocolate kerana ia boleh cair dengan sekata dan menjadikan warna brownies lebih gelap.
Gunakan Coklat Pada Suhu Bilik
Setelah coklat dicair, jangan terus campurkan dalam adunan. Korang kena tunggu hingga coklat sejuk pada suhu bilik, jika tidak telur yang telah diadun akan masak dan menjadikan coklat mudah hangus semasa dibakar..
Ads
Guna Loyang Yang Sesuai
Pemilihan loyang yang betul dan sesuai juga mempengaruhi tekstur dan ketebalan brownies. Jika loyang terlalu besar brownies akan menjadi terlalu nipis dan keras terlalu masak. Jika loyang terlalu kecil pula akan menyebabkan brownies terlalu tebal dan kurang masak.
Ads
Bakar Selama 30-40 Minit
Brownies tidak boleh dibakar terlalu lama atau sekejap, jangan bakar kurang dari 30 minit atau lebih 40 minit. Jika was-was boleh guna timer untuk menentukan waktu membakar.
Mudahkah, cubalah korang buat brownies sendiri.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Antara daun yang kerap dicampur dalam masakan sebagai penambah aroma ialah daun limau purut. Dengan aromanya yang segar, ia membantu menyedapkan masakan seperti tomyan, tumisan, gulai dan juga rendang. Untuk anda yang menyukai daun limau purut, ini ada info yang boleh dimanfaatkan mengenai daun pelbagai guna ini.
CARA MEMILIH:
Untuk mendapatkan aromanya yang kuat, maka anda perlu memilih daun yang elok dan segar. Pilih daun berwarna hijau tua dan licin. Elakkan daun yang ada kesan tompok coklat atau putih atau daun sudah berwarna kuningan, kering dan rosak. Semua ini mengurangkan aroma bila dimasukkan dalam masakan. Jika anda memetik daun limau purut di kebun sendiri, pilih daun paling bawah, kerana daunnya sudah matang dan akan menghasilkan bau yang lebih kuat berbanding daun muda.
CARA MENGGUNAKAN:
Jika ingin memasukkan daun limau purut dalam masakan, selepas daun dicuci, buang batangnya. Kemudian hiris halus daun tersebut. Tapi kalau ingin cepat boleh saja carik-carikkan atau meramaskannya supaya aromanya keluar.
SAMSUNG CAMERA PICTURES
CARA SIMPAN:
Jika daun limau purut ada lebih, anda boleh simpan dan digunakan dalam masakan yang seterusnya. Anda hanya perlu bungkusnya dengan kertas atau tisu dapur kemudian masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk. Atau boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Cara ini membantu daun limau purut segar lebih lama.
KEGUNAAN DALAM MASAKAN:
Sesuai dengan fungsinya memberikan aroma, daun limau purut juga boleh dijadikan hiasan dalam masakan untuk mencantik makann yang dihidang.
Orang dulu-dulu mereka lebih suka jika bahan rempah ratusnya digiling untuk mendapatkan pes yang sedap tetapi jika tidak cukup salah satu rempah ini maka tidak akan terhasil rempah kari yang sedap. Ikuti resipi yang Puan Normah kongsikan ini, datangnya dari emaknya lebih dari 50 tahun yang lalu. Cuba sukatan untuk pelbagai rempah yang disediakan ini.
Masa kecik dulu, mak selalu minta saya hantar bahan ni pada sorang Mak Cik untuk di giling, Alhamdulillah lebih 50 tahun berlalu, saya masih ingat bahan-bahan ini.
BAHAN UNTUK BUAT REMPAH KARI IKAN:
10-12 biji cili kering*
3 sb rempah biji ( ketumbar )*
3 ulas bawang putih *
1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bwg kecil
Kunyit hidup
10-15 biji lada hitam*
2 sb jintan putih*
1 sb jintan manis *
UNTUK KARI DAGING/AYAM/SEBARANG SIPUT:
10-12 biji cili kering*
3 sb rempah biji (ketumbar)*
2sb jintan manis*
10-15 biji lada hitam*
2 ulas bawang putih
1 labu bwang besar( 5-7 ulas bawang kecil)
Sedikit kunyit hidup
Sebesar ibu jari halia
1/2 ibu jari lengkuas
JIKA ADA YG SUKA MASUKKAN SERAI
Untuk sukatan ni 1 batang serai dah mencukupi.
Boleh diketuk saja dan masukkan kemudian.
CARA MEMASAK:
Bahan yang bertanda * dibasuh , tapis dan rendam dgn air panas selama 10 minit , Kemudian blend kesemuanya termasuk bahan lain sehingga betul2 halus.
Sedia untuk dibuat kari .
Masak la cara yg sama seperti kita guna serbuk kari.
Kalau buat rempah sendiri , kita tk kan rasa was2 lagi .
Kini semakin ramai orang menggemari menu salmon yang sedap dan dianggap mewah ini. Kepada anda yang ingin membeli dan memasak salmon secara homemade, jangan risau berikut RASA kongsikan beberapa tip mudah beli dan memasak supaya segala kebaikan Omega-3 boleh dimanfaatkan sepenuhnya.
Pilih Salmon Segar
Jika ingin terus memasak, anda boleh terus beli salmon segar. Sampai rumah terus perapkan dengan bahan perapan dan simpan dalam peti sejuk sementara menunggu masa untuk dimasak.
Tambah Rempah Ratus Sebagai Penambah Rasa.
Tidak kira kukus atau panggang, sebaiknya gaulkan dengan sedikit garam, lada hitam dan rempah ratus atau sos sebelum dipanggang, digoreng atau dikukus. Isi salmon juga enak dihidangkan bersama pasta,campuran dalam salad atau dijadikan inti untuk sandwich.
Masak hanya 6-8 Minit.
Apapun cara anda memasak salmon, sebaiknya jangan lebih dari 6-8 minit, tujuan untuk mengekalkan kandungan zat dan memberikan rasa yang lazat. Jika dipanggang, sebaiknya selepas tiga minit segera terbaikkan. Jika dimasak dengan kuah, masukkan salmon selepas kuah menggelegak.
Frozenkan Jika Belum Sedia Digunakan.
Apabila anda membeli salmon dan tidak bercadang untuk menggunakannya terus, sebaiknya simpan di dalam freezer, kemudian letakkan di dalam peti sejuk biasa bila ingin memasaknya. Ia bertujuan untuk mengelakkan kesegaran ikan salmon.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...