Setiap orang mempunyai jalan cerita tersendiri dalam membina perniagaan. Suka duka sepanjang membina perniagaan menjadikan diri seseorang itu lebih kental dan semakin opitimis tambah di kala waktu pandemik ini.

Buat Nuramiza Amirrudin yang popular dengan gelaran Kakak Rotiviral punyai jalan ceritanya dalam membina perniagaan yang diusahakan ini.

Kakak Rotiviral Makin Dikenali Sejak Jual Roti RM1 Di Depan Rumah

Bermula dari tidak tahu apa-apa tentang dunia baking. Sejak terpandang oven comel dari Amway terus jatuh cinta dengan dunia baking. Saya menceburi bidang ini hanya suka-suka pada mulanya memandangkan saya gemar memberi makan pada anak-anak kecil.

Lama kelamaan seronok pula berniaga.Berniaga sambil bekerja.Ambil tempahan dari rakan-rakan pejabat dan jiran tetangga.Lama kelamaan tempahan semakin banyak dan saya terasa penat.Kemudian ambil keputusan nekad untuk berhenti kerja.

Disini lah bermulanya saat pahit manis berniaga.Cuba untuk jual di tepi jalan,bawah jambatan dan di depan rumah.Perniagaan saya mendapat sambutan yang luar biasa sehinggakan tiada ruang untuk membuat roti di rumah. Lalu mendapat kedai untuk disewa.Pelbagai dugaan yg kami harungi.

 

Buat hingga berjaya

Ads

Kini sudah 11 tahun Amiza menjalankan perniagaan. Bagi Amiza dia melibatkan dengan perniagaan tersebut untuk mencabar diri supaya lebih berkeyakinan dan berniat untuk memberi manfaat pada orang lain.

Amiza akui tidak mempunyai asas dalam membuat roti. Namun ilmu tersebut dipelajarinya kemudian.

Roti yang saya buat menjadi viral sejak menjualnya di depan rumah dengan harga RM1 sebiji. Kini Lebih 20 jenis roti dihasilkan. Selain roti, kek dan biskut pun ada dibuat.

Kakak Rotiviral Makin Dikenali Sejak Jual Roti RM1 Di Depan Rumah

Kakak Rotiviral Makin Dikenali Sejak Jual Roti RM1 Di Depan Rumah

Antara roti yang paling mendapat tempat di hati pelanggan ialah Roti sosej,Roti golok dan Roti Korea.

Kakak Rotiviral Makin Dikenali Sejak Jual Roti RM1 Di Depan Rumah

Rutin niaga bermula dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang(pengeluaran). Kedai dibuka hingga 8 malam.

Waktu pandemik ini banyak memberi hikmah buat Amiza, daripada tidak pandai berniaga online, jadi pandai .

Belajar mengenali jualan online semasa PKP yang pertama lagi.Mengajar saya erti tidak putus asa.Tidak mudah untuk saya sebenarnya.Menangis tanpa henti sebab saya risau tak dapat bayar gaji pekerja.Saya cuba dan cuba mencari tempahan hingga larut malam sehingga 4 pagi seorang diri di laman sosial.Dah dapat order,baru saya arahkan team production untuk bekerja.Sehinggakan saya berfikir sejenak tak kan nak bagi pekerja bekerja selang seli.

Kakak Rotiviral Makin Dikenali Sejak Jual Roti RM1 Di Depan Rumah

Selepas sebulan baru saya dapat rentak untuk beri pekerja bekerja hari-hari.Begitulah susahnya cari order online belajar sendiri, tiada org lain guide.Mujur lah kami berniaga di pasar-pasar malam sebelum PKP.Bila dah PKP ni pasar malam pun tak buka,jadi pelanggan-pelanggan kami dah mula merindui roti-roti kami.

Kakak Rotiviral Makin Dikenali Sejak Jual Roti RM1 Di Depan Rumah

Bermula dari situlah ada yang ingin menjadi agen dan dropship.Ramai yang nak cari duit lebih akibat terkesan dengan pandemik ni.Ada yang diberhentikan kerja, ada yang gajinya disekat dan lain-lain lagi.

Ads

Pandemik membuka mata saya untuk memberi ruang pada orang lain juga untuk mencari rezeki.

Kakak Rotiviral Makin Dikenali Sejak Jual Roti RM1 Di Depan Rumah

Tempahan dibuat dari agen dan dropship. Selepas dapat tempahan Amiza akan terus masuk ke dalam sistem dan aturkan untuk penghantaran selepas roti-roti siap.Agen turut hantar roti untuk area mereka.

Amiza sempat mengenang saat dulu pernah menjual roti di tapak-tapak pasar malam setiap hari.Dari situ dia dapat belajar bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan pelanggan .Pahit getir berniaga di pasar malam telah dirasai.Kadangkala tidak habis akibat hujan,pernah diserbu dengan pelanggan, pernah merasai payung nak tercabut ketika hujan lebat.Pernah juga orang bertanya kenapa saya jual roti dekat pasar malam,ada ke orang nak beli? Soalan sebegitu membuatkan dirinya terus bangkit dan kerja keras lagi.

Nasihat saya cuba jual produk orang lain dulu .Cari yang tidak keluar modal.Belajar marketing dengan mereka.Lama kelamaan kita boleh buat sendiri.Tiada siapa yang boleh mengubah nasib kita kalau bukan diri sendiri.Jangan takut ke hadapan.Jika kita takut dan malu kita tidak akan berjaya sampai bila-bila.

Kakak Rotiviral Makin Dikenali Sejak Jual Roti RM1 Di Depan Rumah

Kakak Rotiviral Makin Dikenali Sejak Jual Roti RM1 Di Depan Rumah

Ads

Resipi Kebab Daging 5 Minit. Sedap Macam Beli Dekat Pasar Malam

Pernah Jadi Hasil Jualan, Wanita Ini Kongsi Resipi Creampuff Kastard Gebu

Buat Sendiri Roti Di Rumah, Lembut & Gebu Macam Roti Bakeri

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI