Kebiasaannya, selain menyediakan hidangan berasaskan nasi, makanan yang lebih ringan seperti jenis mi dan pasta turut disediakan ketika mengadakan rumah terbuka. Ia untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada para tetamu sekiranya tidak mahu menjamah nasi. Citarasawan berkongsi resipi dengan 10 jenis hidangan berasaskan mi dan pasta yang sedap dan boleh dijadikan idea rumah terbuka.

 

1. ASAM LAKSA

 Kak Wan Kongsikan 10 Resipi Sajian Rumah Terbuka Berasaskan Mi Dan Pasta. Gerenti Sedap! 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg laksa basah atau laksa kering | direbus dahulu
  • 1 kg ikan kembung atau sardin
  • 2 liter air
  • 4 keping asam gelugor
  • 2 sudu besar asam jawa tambah 1 cawan air
  • 2 batang serai | di ketuk
  • 5 tangkai daun kesum
  • 2 bunga kantan | belah 2
  • Garam secukup rasa

 

PES – KISAR HALUS:

  • 6 tangkai cili kering | rendam dan kisar halus
  • 1 in lengkuas
  • 1 batang serai | ambil bahagian putih
  • 1/2 inci kunyit
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 inci belacan

 

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:

  • 6 tangkai daun pudina
  • 1/2 biji nanas | dihiris
  • 2 biji cili merah |dihiris
  • 1 biji timun | dihiris
  • 1 labu bawang besar | hiris halus
  • 1 bunga kantan | hiris halus
  • 4-5 biji limau kasturi | belah 2
  • 2@3 sudu besar petis udang

 

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air dan rebus ikan sehingga masak.Asingkan ikan dan siat-siatkan isinya.
  2. Tulang ikan di kisar bersama air rebusan tadi hingga hancur, kemudian tapis ke dalam periuk.
  3. Masukkan pes kisar halus, daun kesum, jus asam jawa, asam keping, serai dan bunga kantan. Masak hingga mendidih selama 30 minit.  Tambah air jika kuah pekat.
  4. Masukkan isi ikan dan biar mereneh selama 15 minit lagi.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya.
  6. Hidang bersama bahan-bahan sampingannya dan petis udang.
  7. Telur rebus jika suka

 

2. LAKSA LEMAK SIAM / THAI LAKSA

Kak Wan Kongsikan 10 Resipi Sajian Rumah Terbuka Berasaskan Mi Dan Pasta. Gerenti Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg laksa halus atau 1 paket laksa kering | rebus dan toskan
  • 5 ekor ikan sardin / kembung /selar | rebus, asingkan isi dan kisar halus
  • 5 cawan santan cair
  • 3 cawan santan pekat
  • 5 helai daun limau purut | di carik-carik
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

 

BAHAN KISAR:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering | buang biji, rendam dulu
  • 5 tangkai cili padi | buang biji
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai | ambil bahagian putihnya
  • 3 biji buah keras


BAHAN ULAM – HIRIS:

  • Kacang panjang
  • Timun
  • Kobis / Daun Salad
  • Daun Selasih
  • Limau Kasturi
  • Bunga Kantan
  • Telur Rebus jika suka

 

CARA MEMASAK:

  1. Rebus ikan dengan sedikit air dan asam gelugor.  Asingkan isinya.  Simpan air rebusan dan asam gelugor.
  2. Kemudian kisar isi ikan dengan air rebusan dan 1/2 dari santan cair hingga halus.  Ketepikan
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
  4. Masukkan baki santan cair dan isi ikan kisar dan masak hingga mendidih.
  5. Masukkan daun limau purut, asam gelugor biar mendidih seketika.
  6. Kemudian tambahkan santan pekat, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Rasa masin, manis, lemak dan pedas.
  8. Reneh selama 30 minit, tutup api dan kacau sehingga wap hilang.
  9. Masukkan laksa ke dalam mangkuk dan hidang bersama kuah dan ulam.

 

3. SEAFOOD SPAGETTHI

Kak Wan Kongsikan 10 Resipi Sajian Rumah Terbuka Berasaskan Mi Dan Pasta. Gerenti Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 paket spagetthi
  • 1 cawan udang
  • sedikit garam dan serbuk lada hitam
  • Minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 4 hiris halia | hiris halus
  • 2 tangkai cili hijau | buang biji potong dadu
  • 1 1/2 cawan kepah
  • 1 1/2 cawan tomato ceri | belah 2
  • 4 batang crabstik | potong pendek
  • 1 cawan stock ayam atau | 1 cawan air dan 1 sudu makan stok pekat ayam
  • 1 biji limau nipis
  • Daun ketumbar


CARA MEMASAK:

  1. Gaul udang bersama sedikit garam, serbuk lada hitam dan sedikit minyak zaitun.
  2. Perap sebentar kemudian goreng dengan sedikit minyak hingga udang kemerahan.
  3. Angkat dan ketepikan dulu,
  4. Rebus spagetthi dengan sedikit minyak hingga lembut.
  5. Angkat dan toskan, gaul dengan sedikit minyak zaitun.  Ketepikan.
  6. Panaskan sedikit minyak zaitun, tumis bawang putih, halia dan cili hijau sebentar.
  7. Tambahkan tomato, stock ayam, garam, serbuk lada putih, lada hitam dan kepah.
  8. Tutup kuali dengan penutup dan masak sebentar.
  9. Masukkan crabstick, jus limau nipis dan parutan kulit limau.  Gaul rata.
  10. Akhir sekali masukkan spagetthi dan gaul rata.
  11. Hidang di dalam pinggan dengan taburan daun ketumbar.

 

 

4. GRILL KWAY TEOW DAGING

Kak Wan Kongsikan 10 Resipi Sajian Rumah Terbuka Berasaskan Mi Dan Pasta. Gerenti Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus kway teow | cuci dan toskan
  • 1 cawan taugeh
  • 3 tangkai daun kuchai | potong 1 inci
  • 1 biji telur
  • 100gm daging lembu
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil kicap cair
  • 1 sudu besar minyak masak

 

BAHAN PERASA:

  • 3 ulas bawang putih | di cincang
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 1/2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap seasoning

 

CARA MEMASAK:

  1. Daging di hiris nipis, gaul bersama tepung jagung hingga rata.
  2. Masukkan lada putih, kicap cair dan minyak, gaul hingga sebati.  Perap sebentar.
  3. Panaskan kuali, masukkan  minyak dan tumis bawang putih hingga perang.
  4. Masukkan daging perap dan masak hingga daging berubah warna.
  5. Masukkan kway teow, masak dengan api besar hingga kway teow menjadi mengerutu dan terbakar.
  6. Kemudian masukkan semua bahan-bahan perasa dan gaul rata.
  7. Kosongkan tengah kuali, pecahkan telur dan tutup dengan kway teow.
  8. Biarkan sebentar sehingga telur masak.
  9. Kemudian gaulkan telur bersama kway teow hingga rata.
  10. Letak taugeh dan daun kuchai, kacau sebentar dan angkat.
  11. Hidang bersama jeruk cili hijau.

 

 

5. MEE KARI PENANG

Kak Wan Kongsikan 10 Resipi Sajian Rumah Terbuka Berasaskan Mi Dan Pasta. Gerenti Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paket mee kuning
  • 1 cawan taugeh
  • 2 keping paha ayam | potong sedang
  • 10 ekor udang
  • 3 tangkai kacang panjang | potong pendek
  • 8 biji tauhu pok
  • 1 liter air
  • 1 cawan santan pekat

 

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air di dalam periuk, celur kacang panjang sebentar.
  2. Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.  Toskan
  3. Kemudian celur tauhu pok sebentar untuk membuang minyaknya.
  4. Angkat dan siram air sejuk.  Tekan atau ramas hingga airnya kering.
  5. Potong 2 dan ketepikan.
  6. Didihkan 1 liter air, masukkan ayam dan masak sebentar.
  7. Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.  Toskan.
  8. Dalam air rebusan yang sama, masukkan udang, celur sebentar.
  9. Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.  Toskan.
  10. Simpan air rebusan tadi untuk membuat kuah kari.

 

BAHAN PES KARI:

  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu besar garam
  • 2 sudu besar gula batu kecil
  • 1/3 cawan serbuk kari daging
  • 2 sudu besar serbuk pati ayam
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis


PENYEDIAAN PES KARI:

  1. Kisar halia, lengkuas, serai, bawang dan buah keras hingga halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kari dan tumis dengan api perlahan hingga pecah minyak.
  4. Setelah siap, angkat dan  ketepikan 2 sudu besar untuk tumisan ayam.
  5. Bakinya akan di masukkan ke dalam kuah.

 

BAHAN AYAM TUMIS:

  • 2 sudu besar pes kari yang di ketepikan
  • Potongan ayam yang di celur
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • sedikit minyak untuk menumis

 

PENYEDIAAN AYAM TUMIS:

  1. Panaskan minyak, masukkan pes kari, masak dengan api kecil.
  2. Masukkan ayam dan kacang panjang.  Gaul rata.
  3. Tambah serbuk pati ayam dan kacau rata.
  4. Angkat dan ketepikan.

 

BAHAN SAMBAL CILI :

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 sudu besar udang kering, rendam dan tos
  • 1 sudu kecil belacan
  • 1/2 cawan cili kering kisar
  • 2 batang serai, ketuk
  • 1 sudu kecil gula batu

 

PENYEDIAAN SAMBAL CILI:

  1. Kisar bawang, udang kering dan belacan hingga halus.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis serai hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi.
  4. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
  5. Akhir sekali, tambahkan sedikit gula batu dan masak hingga gula hancur.

 

PENYEDIAAN KUAH KARI:

  1. Masukkan pes kari ke dalam air rebusan tadi.
  2. Bila mendidih, masukkan gula batu, garam dan serbuk pati ayam secukupnya.
  3. Akhir sekali masukkan santan.
  4. Setelah mendidih, masukkan tauhu pok.
  5. Untuk hidangan, masukkan mee dan taugeh yang di celur ke dalam mangkuk.
  6. Tambahkan kuah dan hidang bersama ayam tumis, udang dan sambal cili.

 

6. MEE KUAH ROJAK

Kak Wan Kongsikan 10 Resipi Sajian Rumah Terbuka Berasaskan Mi Dan Pasta. Gerenti Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji keledek oren
  • 3 keping kecil gula Thai atau gula melaka
  • 2 sudu kecil garam
  • 8 tangkai cili kering | rendam dan kisar
  • 1 mangkuk air asam jawa


CARA MEMASAK:

  1. Keledek di rebus hingga empuk, buang kulit dan kisar dengan 1 1/2 cawan air hingga halus.
  2. Cili kisar, air asam jawa dan gula melaka di masak hingga mendidih.
  3. Bila gula larut, masukkan keledek kisar, jika pekat tambahkan sedikit air, masukkan garam dan reneh hingga kuah hampir pekat.  Kuah tidak terlalu cair atau pekat dan rasanya pedas manis.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg mee kuning | cuci dan celur sebentar, toskan
  • 2 keping tauhu | goreng, potong dadu
  • 4 biji telur rebus | di belah 4
  • 2 biji ubi kentang rebus | potong dadu
  • Taugeh | celur sebentar
  • Timun | hiris halus
  • Daun salad | hiris halus
  • Cucur Udang | potong kecil**


CUCUR UDANG KERAS**

  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan isi udang cincang
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 ikat daun kucai atau daun bawang | potong
  • 3/4 cawan air

 

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan kesemua bahan, masukkan air sedikit-sedikit dan gaul rata dan adunan tidak terlalu lembik.
  2. Goreng hingga keperangan.  Potong kecil dan hidang bersama mee dan bahan-bahan lain.

 

 7. BIHUN SUP PERUT

Kak Wan Kongsikan 10 Resipi Sajian Rumah Terbuka Berasaskan Mi Dan Pasta. Gerenti Sedap!

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg ketulan daging | potong 2 ketulan besar
  • 2 liter air
  • 2 uncang sup bunjut
  • 5 batang serai | di ketuk
  • 1 inci lengkuas | di ketuk
  • 1/2 in halia | di ketuk
  • 6 cili padi | di ketuk
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 4 biji limau nipis | ambil jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa


PELENGKAP HIDANGAN

  • Bihun, rendam dengan air panas hingga lembut, toskan
  • Perut lembu | rebus hingga lembut, hiris nipis
  • Daging | hiris nipis
  • Fish ball | jika suka
  • Daun ketumbar, hiris
  • Daun sup | hiris
  • Lobak masin | cuci potong kecil
  • Kacang tanah goreng | tumbuk kasar
  • Serbuk lada putih
  • Limau nipis
  • Cili hijau jeruk
  • Serbuk cili
  • Taugeh dan sawi | di celur sebentar

 

CARA MEMASAK:

  1. Rebus ketulan daging hingga mendidih. Buang airnya dan bilas ketulan daging hingga bersih.
  2. Masukkan semula ke dalam periuk bersama 2 liter air, sup bunjut, lengkuas, halia dan serai.
  3. Masak hingga mendidih dan daging empuk.
  4. Keluarkan ketulan daging, biarkan sejuk dan hiris nipis-nipis.  Ketepikan.
  5. Perasakan sup dengan kicap cair, sos ikan, jus limau, perasa, gula dan garam.  Masukkan cili dan biar mendidih seketika.
  6. Untuk menghidang, masukkan beehoon, tuang sup dan tambahkan bahan-bahan pelengkap yang lain.

 

 

8. PENNE PASTA MARINARA

Kak Wan Kongsikan 10 Resipi Sajian Rumah Terbuka Berasaskan Mi Dan Pasta. Gerenti Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 300g penne pasta
  • Sedikit garam
  • 100 g udang | buang kulit, tinggalkan bahagian ekor
  • 100 g sotong | potong bulat
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • 1/2 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar bawang putih | dicincang
  • Parutan keju Parmesan
  • Daun parsley
  • Tomato Cherry
  • Lemon


CARA MEMASAK:

  1. Rebus pasta dan sedikit garam hingga mendidih mengikut arahan pada paket.  Toskan.
  2. Gaul udang, sotong dengan secubit garam, lada hitam dan serbuk bawang putih.
  3. Dalam kuali, panaskan minyak zaitun, masukkan udang dan sotong, goreng sebentar saja.  Angkat dan ketepikan.
  4. Bersihkan kuali, kemudian cairkan mentega dengan api sedang.
  5. Tumis bawang putih cincang hingga naik bau.
  6. Akhir sekali masukkan pasta, parutan keju, seafood, dan  tomato.  Gaul rata hingga keju cair.
  7. Hidang bersama taburan daun parsley, rengisan lada hitam dan tambahan parutan keju dan perahan jus lemon.

 

 

 

 

9. KWAY TEOW TH’NG

Kak Wan Kongsikan 10 Resipi Sajian Rumah Terbuka Berasaskan Mi Dan Pasta. Gerenti Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket Kway Teow / Beehoon atau Mee
  • Serbuk lada sulah
  • Daun bawang
  • Minyak bawang putih


CARA MEMASAK:

  1. Rendam kway teow dalam air panas dan kacau sebentar untuk membuang minyaknya. Tos dan ketepikan.

 

BAHAN SUP:

  • 1 keping dada ayam | tak perlu potong
  • Tulang, kaki atau leher ayam
  • 1/2 biji sengkuang | potong 4
  • 3 ketul kecil gula batu
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • 1 sudu besar bawang putih goreng
  • 1 sudu besar stok pati ayam Maggie
  • Fish ball secukupnya


CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air, masukkan dada ayam bersama tulangnya.
  2. Rebus sebentar hingga lemaknya terapung di permukaan air.
  3. Keluarkan ayam dan tulang, toskan dan cuci hingga bersih.
  4. Buang air rebusan tadi.
  5. Dalam periuk lain masukkan 1 1/2 liter air dan didihkan.
  6. Masukkan dada ayam, tulang, sengkuang dan bawang putih goreng.
  7. Setelah mendidih, angkat keluar dada ayam dan ketepikan.
  8. Masukkan serbuk pati ayam, gula batu, garam dan stock pati ayam.
  9. Reneh sup dengan api kecil selama 20 minit.  Lagi lama lagi sedap supnya.
  10. Akhir sekali masukkan fish ball dan didihkan sebentar.
  11. Untuk menghidang, masukkan kway teow, hirisan dada ayam dan fishball.
  12. Tuangkan sup, letak sedikit serbuk lada sulah, minyak bawang putih dan taburan daun bawang.
  13. Tambah kicap cili.
  14. Kway Teow Th’ng mempunyai rasa manis yang ringan.

 

KICAP CILI:

  • 6 tangkai cili padi | hiris
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 biji perahan jus limau kasturi

 

MINYAK BAWANG PUTIH @ MINYAK WANGI:

  • 2-3 labu bawang putih | di cincang dan di goreng dengan minyak hingga keperangan.
  • Sejukkan dan simpan di dalam botol.

 

10. MEE JAWA

Kak Wan Kongsikan 10 Resipi Sajian Rumah Terbuka Berasaskan Mi Dan Pasta. Gerenti Sedap! BAHAN-BAHAN:

  • 1kg Mee kuning | celur dan tos
  • 300gm taugeh | celur dan tos
  • 200gm daging | di hiris dan rebus dan airnya di simpan untuk stok
  • 5 ekor udang | buang kulit
  • 4 biji telur | di rebus
  • 2 keping tauhu | di goreng dan di hiris
  • Daun sup | hiris
  • Cili merah dan hijau | hiris
  • Bawang goreng

 

BAHAN KUAH:

  • 1/2 kg keledek oren | di rebus dan kisar halus
  • 5 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 batang serai | ambil putih sahaja *
  • 2 hiris halia *
  • 2 hiris lengkuas *
  • 100gm udang kering *
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • Air rebusan daging secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya


CARA MEMASAK:

  1. Kisar bahan bertanda * hingga halus. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
  3. Masukkan air rebusan, daging dan keledek kisar.
  4. Masukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.  Biar mendidih sebentar.
  5. Angkat dan hidang mee bersama kuah, taugeh, telur, tauhu, daun sup, cili dan bawang goreng.

 

 RESIPI DAN FOTO: TERIMA KASIH KAK WAN @ Resipicitarasawan.blogspot.com

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI