Mulut terasa nak mengunyah. Dapat kunyah kacang sedap juga ni sambil layan cerita korea. Kalau kacang yang beli rasa umpph kurang, apa kata buatnya sendiri dengan rasa pedas dan masin yang seimbang. Buatnya pun mudah.
Bahan-bahan:
Kacang kuda- direndam semalaman sebelum tidur ( Bangun pagi rebus letak secubit garam)
Butter atau minyak
Bawang putih dan bawang rose kecil-BOLEH BELI DI SINI
(Kalau suka biji sawi boleh letak sikit , kak tak letak)
1.Tumis bawang putih dan bawang rose hingga kekuningan.
Ads
2.Masukkan cili kering. Tumis hingga naik bau. Cili hendaklah dimasak elok.
3.Masukkan garam, gula dan perasa(jika suka)Kak letak kunyit serbuk sikit. tak letak pun tak pa.
4.Nak letak ikan bilis goreng pun boleh. Terpulang pada selera masing-masing.
5.Letak kacang kuda yang direbus. Kacau dan angkat.
Jemu dengan daging ayam atau ikan, di hari cuti ni jom kita cuba menu tempe yang ringkas tapi sedap. Harga murah dan cepat masak. Tak kisahlah nak masak tempe je atau campur dengan bahan lain, ia tetap sedap. Masaklah ikut kreativiti dan selera anda dan keluarga. Kalau susah nak fikir menu apa, ini RASA kongsikan empat menu tempe yang sangat senang dan sedap.
TEMPE GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
TEMPE GORENG BERSAMA DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
TEMPE NUGGET MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
TEMPE TUMIS SOS TIRAM BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Keenakan Kuih Cucur Badak terletak pada intinya. Jika enak inti dan cukup perisanya, maka sedaplah kuih tersebut. Goreng dan makan pula panas-panas. Memang cukup memberi nikmat buat penggemarnya. Anda nak cuba masak Kuih Cucur Badak yang sangat sedap? Saudari Normani Mdsaad ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI KUIH CUCUR BADAK YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN INTI: 1/2 kg udang kapas kecil 2 biji kelapa parut – pastikan tidak terlalu tua 20-25 tangkai cili kering – beli online disini 5 batang serai 5-6 biji bawang merah – beli online disini 1 biji bawang besar – beli online disini Sedikit kunyit hidup 1 sudu teh jintan manis – beli online disini Garam, gula & serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Kisar halus semua bahan kecuali udang, bahan perasa dan juga kelapa parut. 2. Masak bahan kisar sekejap di atas api kemudian masukkan kelapa parut yang telah di kisar kering sekejap. (jangan kisar lama, kerana jika tekstur terlalu halus rasa kurang sedap) 3. Kacau dalam 5-10 minit kemudian masukkan udang. Kacau lagi hingga agak kering.
4. Tambahkan garam, gula dan perasa (kalau suka) mengikut selera masing-masing.
5. Kacau lagi inti hingga agak kering dan angkat. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam doh.
BAHAN DOH / KULIT CUCUR: 1kg keledek manis – empunya resipi guna keledek pink 2-3 cawan tepung gandum – jumlah ikut kesesuaian Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Kupas kulit keledek, potong kecil supaya cepat empuk bila rebus. Masukkan air sama paras dengan keledek. Jangan banyak sangat nanti lembik. Letakkan secubit garam. 2. Rebus keledek hingga air hampir kering. Angkat dan biar sejuk baru lenyekkan. 3. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit. Bila sudah siap, bulatkan doh sama saiz. 4. Leperkan doh, masukkan inti dengan secukupnya dan bulatkan kembali.
5. Tabur sedikit tepung atas dulang @talam kemudian letak kuih yang siap dimasukkan inti. Ia bertujuan supaya doh kuih tidak melekat dan mudah untuk digoreng.
6. Panaskan minyak masak dan goreng menggunakan api sederhana hingga garing keemasan.
Kerepek pisang sira ini sering kita temui dijual di gerai atau kedai pembuatan kerepek. Rasanya manis dan sedap. Rasa gulanya yang mencair di atas pisang lalu digoreng, memang unik.
Sesetengah orang tidak tahu cara pembuatannya. Lazimnya sebelum ini, ramai yang menjual kerepek pisang dan berkongsi cara membuat kerepek pisang. Kali ini, kita berkongsi pula cara menghasilkan kerepek pisang sira yang masih ramai tidak tahu.
Ikuti perkongsian daripada Ismail Ismail untuk menghasilkan Kerepek Pisang Sira yang sedap ini.
Kebab street food menjadi antara makanan jalanan paling popular di lebih 100 negara. Ketahui sebab popularitinya, jenis kebab terkenal serta tip menghasilkan daging kebab homemade yang lembut, juicy dan berempah.