Korang mesti pernah dengar pasal jus lega yang famous tu kan. Jus lega ni boleh juga dibuat sendiri, fresh, jimat dan bersih. Ia adalah campuran ramuan sihat terdiri daripada halia, bawang putih, lemon, cuka epal dan madu.
Terima kasih kepada Nurhafizah Mohmadzaini atas perkongsian resipi jus menyihatkan ini. 100 peratus natural tau.
Ini antara manfaat yang sering diperkatakan penggunanya. –Jus lega menurunkan kadar kolestrol dalam darah. -Menyingkirkn toksin dalam badan. -Menurunkan darah tinggi. -Menyembuhkan gout. -Membuang angin dalam badan. -Melawaskan penghadaman -Melancarkan perjalanan darah. -Mampu menurunkan berat badan. -Menurunkan bacaan gula untuk diabetes. -Kaya dengan vitamin c.
CARA MEMASAK : 1. Buang kulit semua halia,bawang putih & lemon.
2. Kisar halia, bawang putih & lemon dgn secawan air.Dah siap kisar masak semua bahan, campur sekali cuka epal & 2 cawan air. Masak sehingga paras air separuh. Dalam 40minit.
3. Sejukkan baru masukkan madu. Boleh cuba rasa nak manis atau sedang².untuk madu tiada sukatan sebab saya main tuang je. Biasa setengah cawan lebih. 4. Dah betul-betul sejuk boleh tapis amik jus sahaja dan isi dalam botol. Simpan dalam peti ais. Nak simpan luar pun boleh. 5. Norhafizah dah test menurutnya setahun masih lagi ok.rasa tak berubah & tak basi.
Norhafizah biasanya buat banyak. Untuk stok 3 hingga 4bulan. Nak banyak boleh gandakan sukatan yang dibagi.
Cara minum : 1 sudu makanpagi & malam(goncang sebelum minum)
Ads
Tapi kalau tak rajin, beli aje jus lega dah siap..hehehe
Kredit :Nurhafizah Mohmadzaini
ANDA MAHU MENCARI PENGISAR DAN MESIN MEMPROSES MAKANAN TERKINI, BELI ONLINE DI SINI.
Anda pengemar ikan air tawar seperti patin, lampam dan talipia, tapi selera makan terbantut bila ikan yang dijamah kuat bau tanahnya. Bau tanah yang kuat pada ikan seperti patin, talipia dan beberapa jenis ikan lain ini datangnya dari bakteria dan plankton di dalam kolam ternakan ikan. Tapi jangan risau ada tip mudah nak hilangkan bau tanah pada ikan ini.
Sebaiknya bersihkan ikan di bawah air mengalir
Cuci insang ikan dan sisik dengan bersih.
Rendam ikan dengan air yang dicampur dengan perahan air limau nipis atau kasturi.
Biarkan lebih kurang 30 minit
Bilas semula di bawah air mengalir
Cara Lain:
Ikan yang sudah dibuang sisik dan insang dicuci kemudian cuci sekali lagi dengan air garam.
Kemudian bilas di bawah air paip mengalir hingga bersih.
Cara Memasak:
Cara terbaik masak ikan ini dengan cara menggoreng atau membakar, dengan sedemikian bau tanah pada ikan akan hilang dengan sendirinya.
Gaulkan dengan perencah yang kuat aroma dan rasa seperti campuran bawang, kunyit, halia dan serai selain garam dan asam jawa. Hanya dengan cara ini bauk tanah akan hilang.
Semoga tip ini boleh membantu menangi masalah anda.
Ramai yang menganggap, duduk di kawasan kampung atau rumah landed sangat beruntung kerana boleh bercucuk tanam. Bolehlah tanam cili, kunyit dan sayuran lain dan tak perlu beli di pasar. Namun hal ini disangkal oleh ahli facebook group Rasa Share Resipi yang menganggap di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Mereka berkongsi gambar pokok yang ditanam oleh mereka di bahagian balkoni. Ada yang menanam di dalam pasu. Tak kurang juga yang menanam secara hidroponik. Asalkan tahu menjaga kebersihan kawasan setempat dan keselamatan, tiada masalah untuk mereka bercucuk tanam.
Elok hidup subur dalam pasu – Bunga Angkasa
Menggunakan teknik menanam dalam pasu, pengguna facebook dengan nama Bunga Angkasa menanam pokok cili, bendi, bayam brasil, bayam korea, kesum, pokok kari dan kunyit.
Pasu disusun elok di bahagian tepi balkoni dan dijaga rapi.
Subur sungguh pokok bayam ni.
Manfaatkan ruang sekangkang kera – Becca Jholl
Menanam secara hidroponik, pengguna facebook dengan nama Becca Jholl menyatakan dia ingin memanfaatkan ruang balkoni yang bersaiz kecil. Daripada terbiar kosong, dia menanam pokok menggunakan teknik hidroponik.
Subur pokoknya.
Beginilah cara tanaman hidroponik.
Gemuk sayur atas tu kan?
Jadi, apa lagi alasan kita untuk tidak memanfaatkan masa lapang dengan menanam pokok? Hal ini membawa banyak manfaat untuk isi rumah. Cubalah.
Bubuk atau kutu beras memang musuh suri rumah. Ada seekor je dalam bekas beras, dalam masa yang singkat serangga kecil ini akan membiak dengan pantas. Menyakitkan hati betul. Beras yang diserang bubuk akan menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Nak buang pula terasa rugi lebih-lebih lagi jika beras masih banyak. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, ada petua yang anda boleh cuba. Moga ia bermanfaat dan membantu anda di dapur.
6 CARA MUDAH & BERKESAN UNTUK HALAU KUTU BERAS
1. JEMUR PANAS
Paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah letakkan beras di atas dulang kemudian jemur di tengah panas. Kutu beras akan keluar dari beras untuk cari tempat lembap.
2. GUNA CILI KERING
Kedua, masukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu beras tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu beras.
3. LETAK BAWANG PUTIH
Kutu beras tidak sukakan bau-bauan jadi boleh halau kutu beras dengan bawang putih. Bawang putih mempunyai bau yang sangat kuat. Jadi ia mampu menghalau kutu beras.
4. HALAU GUNA DAUN PUDINA
Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan masukkan ke dalam uncang. Boleh juga digaulkan bersama-sama dengan beras. Cara ini agak berkesan menghalau kutu beras.
5. DAUN LIMAU PURUT
Letakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu beras dari terus menghuni bekas simpanan beras.
6. SIMPAN BERSAMA KULIT KAYU MANIS
Anda juga boleh letak kulit kayu manis di dalam bekas beras. Bau harumnya mampu menghalau kutu dari bekas beras.
Cubalah petua ni, kalau-kalau ada yang berkesan dan masalah bubuk beras tak ada lagi.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...