Ads

Cara Petik Cili Yang Betul, Penting Supaya Cili Tahan Lama

Cara petik cili yang betul ini perlu dipraktikkan jika menanam pokok cili di sekitar rumah.

Sebab kebiasaannya cili dituai dengan kaedah yang salah hingga menjejaskan hasil pokok yang seterusnya.

Ramai yang menggunakan cara mudah, ambil gunting dan potong separuh tangkai. Memang senang tapi sebenarnya ini cara salah.

Petik cili dari pokok ada tekniknya. Ia penting dipraktikkan supaya pokok cili mudah berbunga dan berbuah kembali dan juga untuk pastikan buah cili tahan lama.

Caranya dikongsi oleh Salleh Mohammad yang juga pengusaha kebun pelbagai jenis sayuran.

Cara petik cili dari pokok, ini teknik yang betul

1. Jangan potong separuh tangkai guna gunting untuk ambil cili. Cara petik cili yang betul adalah dengan memetik sekali tangkainya supaya tapak tangkai tadi akan berbunga semula.

Proses petik cili

 

Ads

2. Sekiranya dipotong di tengah tangkai, tapak tadi akan ambil masa untuk berbunga kerana perlu menunggu tangkai cili yang tertinggal luruh.

Ini cara petik cili yang betul

 

Petik sekali tangkainya seperti gambar di bawah.

Kaedah petik cili yang betul penting supaya cili tahan lama

Ads

 

3. Teknik mudah untuk petik cili adalah dengan menggunakan jari. Caranya pegang pangkal tangkai cili kemudian lipat ke bawah. Memang mudah tanggal.

Cara petik cili mudah

 

Ads

4. Selain itu jangan petik cili ketika waktu hujan atau di awal pagi. Ini kerana cili yang basah akan mudah busuk dan tak tahan lama. Petik ketika buah cili dan tangkainya dalam keadaan kering.

Anda mungkin berminat dengan

hasil petik cili

 

Dah tahu caranya, praktikkan ya.

Sumber: Salleh Mohammad.

Baca Lagi: Air Basuhan Beras & Ikan Jangan Buang. Inilah Rahsia Pokok Cili Lebat, Sedulang Hasilnya

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Begini Cara Buat Bancuhan Roti Jala Cantik, Pekat Likat, Gerenti Jadi

Bancuhan roti jala cantik, pekat dan likat rupanya perlu dibiarkan 15 minit. Ikut sukatan dan tip mudah ini supaya Roti Jala gerenti jadi.