
Sirap delima itu boleh dibuat lebih awal dan disimpan di dalam peti sejuk. Keluarkan apabila hendak digunakan. Menjimatkan masa.
BAHAN-BAHAN:
- 180ml jus delima tanpa gula
- 200gm gula pasir
- 1 liter air soda
- 50ml jus limau
- 1 biji buah delima
- Ketulan ais secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat sirap delima, mula-mula panaskan jus delima di dalam periuk kecil. Guna api yang sederhana besar. Masak sekitar lima minit. Alihkan dari dapur.
- Kemudian masukkan gula ke dalam kuali berisi jus tadi dan kacau hingga ia cair, kira-kira lima minit lagi. Biarkan sirap sejuk lebih kurang 30 minit.
- Kemudian masukkan ia ke dalam peti sejuk selama sejam untuk sejukkan.
- Tuang sirap sejuk itu ke dalam enam biji gelas, masukkan beberapa ketulan air. Kemudian tambah air soda dan jus limau.
- Tambah biji delima ke dalam minuman untuk lebih cantik. Hias dengan daun pudina.
- Sedia dihidangkan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ini Rahsia RasaTeh Sedap Sempurna

Anda penggemar teh? Tapi sayang rasa teh yang disediakan tidak sempurna seperti yang anda inginkan walau pun bermacam tip dan petua telah dicuba. Jangan salahkan teh ye, mungkin tip ini boleh memberikan anda hasil teh seperti diinginkan.
Untuk hasilkan air teh yang sedap, selain air mesti panas, anda juga perlu rendam teh sekurang-kurangnya empat minit untuk teh hitam dan kurang empat minit untuk teh hijau. Ini kerana selama ini kebanyakan dari anda hanya merendam teh tidak lebih dari dua minit.
Sebenarnya teh perlu waktu yang lama untuk mengeluarkan aroma dan juga rasanya. Empat minit adalah waktu paling sesuai untuk merendam teh dalam air panas mendidih.
Selain cara merendam teh, pemilihan cawan juga mempengaruhi rasa teh. Oleh itu, elakkan menggunakan cawan yang dibuat dari tanah liat. Sebaliknya pilih cawan porcelain untuk mengelakka perubahan pada arasa dan mengurangkan kemungkinan cawan pecah.
Diharapkan tip ini memberikan manfaat kepada anda pengemar teh. Selamat mencuba…
Rewang Bubur Lambuk Bersama Aunty Aini Dan Che Ta Dalam Rasa Projek Gerenti Jadi

Sudah menjadi kemestian tiap kali Ramadan tiba, menu bubur lambuk pasti ada. Tambah meriah bila pembikinan bubur lambuk dilakukan secara gotong royong. Bubur lambuk kemudiannya diberikan secara percuma kepada orang ramai untuk dibawa pulang dan dinikmati bersama keluarga. Keistimewaan bubur lambuk adalah ramuan herba dan rempah ratus yang digunakan.
Bahan sampingan lain yang amat penting dalam pembuatan bubur lambuk antaranya daging, bawang besar yang dihiris, bawang putih, santan, minyak sapi, minyak kelapa dan garam secukup rasa.
Untuk menambah aroma pula, daun sup dan daun bawang turut dicampur, selain ditabur dengan bawang goreng,
Untuk program Projek Rasa Gerenti Jadi Aunty Aini , Che Ta bersama tetamu tetamu undangan Fatimah Abu Bakar dan Sharifah Aleya turut sama berganding bahu memasak secara rewang bubur lambuk istimewa. Turut dikongsi menu sampingan lain yang pasti membuka selera ketika berbuka nanti.
BUBUR LAMBUK
BAHAN-BAHAN KISAR (TUMIS)
1.5 kg bawang putih | dikisar
2.5kg bawang besar |dikisar
2.5kg bawang merah |dkisar
BAHAN-BAHAN LAIN
10kg beras
2kg halia |dihiris
5kg daging
20 helai daun pandan
2kg minyak masak
1 tin kecil ghee
6kg santan
kayu manis, halba,bunga cengkih, bunga lawang, jintan putih,pelaga
2 pek rempah sup
1 pek rempah kurma
200gm serbuk lada hitam
20 batang serai
3 pek jintan manis | dikisar
12 ketul stok daging
6 bungkus sup bunjut
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN
bawang goreng
1kg daun bawang
1kg daun sup
Lobak merah (pilihan)
3kg kentang
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1PANASKAN MINYAK MASAK DAN MINYAK SAPI. TUMISKAN BAWANG BESAR, BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH DAN HALIA DIKISAR SEHINGGA NAIK BAU KEMUDIAN, MASUKKAN 4 SEKAWAN BERSAMA SUP BUNCUT, SERAI DAN KACAU SEHINGGA NAIK BAU.
2.CAMPURKAN REMPAH SUP, REMPAH KURMA DAN CAMPURKAN DENGAN SEDIKIT AIR MENHASILKAN PES. KACAUKAN SEHINGGA SEBATI KEMUDIAN MASUKKAN JINTAN MANIS YANG DIKISAR.
3.MASUKKAN HALIA GAUL SEKETIKA KEMUDIAN MASUKKAN DAGING DAN GAUL SEHINGGA SEBATI.
4.MASUKKAN AIR DAN BIAR SEHINGGA MENDIDIH. KEMUDIAN MASUKKAN BERAS, LOBAK MERAH, KENTANG, KACANG GAJUS.
5.MASUKKAN SANTAN DAN GAUL SEHINGGA SIAP. AKHIR SEKALI TABURKAN DAUN BAWANG, DAUN SUP DAN BAWANG GORENG. SIAP!
PUTERI MANDI
BAHAN-BAHAN UNTUK DOH:
5 paket tepung pulut
1 sudu besar kapur | bancuh dengan setengah cawan air
air secukupnya untuk dijadikan doh
pewarna -pink, hijau, kuning, merah dan putih
BAHAN-BAHAN UNTUK INTI KELAPA:
5 biji kelapa parut (putih)
1kg gula pasir
Air secukupnya
Garam secukup rasa
2 helai -daun pandan disimpul
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1.CAMPURKAN TEPUNG PULUT DENGAN AIR KAPUR.
2.MASUKKAN AIR SEDIKIT DEMI SEDIKIT DAN GAULKAN TEPUNG SEHINGGA MENJADI DOH.
3.BAHAGIKAN DOH KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN, LETAKKAN WARNA YANG DISUKAI BAGI SETIAP DOH.
4.APABILA WARNA DAH SEBATI DENGAN DOH, BENTUKKAN DOH SEBESAR GULI DAN TEKAN TENGAHNYA SUPAYA MENJADI LEPER SEDIKIT.
5.PANASKAN AIR DALAM PERIUK SEHINGGA MENDIDIH. MASUKKAN DOH YANG TELAH SIAP DIBENTUK TADI. APABILA IA TERAPUNG, ANGKAT DAN RENDAMKAN DALAM AIR SEJUK
6.BAGI PENYEDIAAN INTI, PANASKAN AIR DAN MASUKKAN GULA DANTUNGGU SEHINGGA IA LARUT, BARU MASUKKAN KELAPA PUTIH, GARAM DAN SIMPULAN DAUN PANDAN.
7.KACAU SEHINGGA MENDIDIH DAN LIKAT DAN MASUKKAN DOH YANG TELAH DITOSKAN AIR RENDAMAN DAN KACAU SEHINGGA RATA. SIAP UNTUK DIHIDANG!
SIRAP BANDUNG CINCAU
BAHAN-BAHAN
2 botol sirap kordial
10 tin susu cair
5 pek cincau
2 tin susu pekat | dicampur dengan setengah jag air panas
1/2 botol pati sirap
1 sudu teh garam
1 botol kecil esen vanila
air secukupnya
CARA-CARA PENYEDIAAN:
- MASUKKAN SIRAP KORDIAL DAN PATI SIRAP. KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR DAN CAMPURAN AIR SUSU PEKAT BERSAMA AIR PANAS.
- MASUKKAN ESEN VANILLA DAN GARAM KEMUDIAN KACAU SEHINGGA SEBATI.
- AKHIR SEKALI MASUKKAN AIR DAN CINCAU. KACAU SEKETIKA DAN BOLEH TAMBAHKAN AIS.
Rasa Projek Gerenti Jadi
Pastikan anda semua tidak ketinggalan tonton rancangan Rasa: Projek Gerenti Jadi, setiap hari Isnin jam 12 tengah hari hanya di slot Dewi di saluran Astro Prima (105) dan Astro Prima HD (121).
Program masak yang sentiasa kecoh dan meriah, yang dihoskan bersama Rozita Che Wan bersama Aunty Aini serta para tetamu jemputan mereka dalam memeriah episod-episod seterusnya dengan menu baru lebih menarik lagi.
Banana Yogurt Smoothie & Greek Style Salad, Menu Yang Sihat & Enak

Tahun baru bakal tiba tak lama lagi. Jom kita ubah pemakanan ke arah yang lebih sihat. Sebagai permulaan, boleh cuba buat Banana Yogurt Smoothie dan Greek Style Salad. Hidangan yang ini memang sedap dan baik untuk kesihatan. Lebih sedap kerana ia menggunakan Fernleaf Greek-Style Yogurt yang diperbuat dengan kebaikan susu 100% dari New Zealand. Anda wajib cuba.
BANANA YOGURT SMOOTHIE
Bahan-bahan:
- 2 biji pisang (medium) – sejukkan dalam peti sejuk
- 250ml Fernleaf Greek Style Yogurt
- 125ml susu UHT Full Cream Fernleaf
- 2 sudu makan madu
- ½ sudu teh serbuk kulit kayu manis
Cara-cara:
- Di dalam mesin pengisar, satukan pisang, Fernleaf Greek Style Yogurt, susu dan madu lalu kisar hingga halus.
- Tambahkan serbuk kulit kayu manis dan kacau sebati.
- Tuang bahan-bahan kisar ke dalam gelas dan hidangkan segera.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
GREEK STYLE SALAD
Bahan-bahan A (salad):
- 100gram Fernleaf Greek Style Yogurt
- ½ biji timun – buang empulur & potong dadu
- ¼ biji cili benggala hijau – buang biji & potong dadu
- ¼ cawan buah naga – potong dadu
- ¼ cawan ceri tomato – belah dua
- ¼ cawan mangga – potong dadu
- 1 biji nangka – buang biji
- ½ biji bawang besar – hiris bulat
- Daun pudina – cincang kasar
- Buah zaitun (hiris) – jika suka
- ¼ cawan Keju Mainland Edam
Bahan-bahan B (dressing):
- 100gram Fernleaf Greek Style Yogurt
- ¼ cawan extra virgin olive oil
- 2 ulas bawang putih – cincang halus
- ½ sudu teh djorn mustard
- ½ susu teh oregano
- Garam & lada hitam kisar secukupnya
Cara-cara:
- Sediakan mangkuk besar. Satukan semua bahan A lalu gaul rata. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk lain, satukan semua bahan B lalu kacau sebati. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada hitam kisar secukupnya.
- Tuang bancuhan dressing ke dalam mangkuk berisi campuran salads.
- Cadangan hidangan; dihidangkan bersama crouton atau roti bakar yang dihiris kecil/nipis.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Dada Ayam Tak Laku? Jom Buat PopCorn Ayam Paling Mudah, Sekejap Habis Sepinggan
Resipi Apam Lenggang, Berbaloi Lama Proses Nak Buat Sebab Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: