Sajian Burma ni memang unik. Ia mempunyai pengaruh makanan dari Cina, India dan Thai. Secara geografi kedudukannya disempadani tiga negara tersebut, memang patut la ada kesan pengaruh dari 3 negara ni.
Tofu atau tauhu memang di antara kegemaran masyarakat Burma, tetapi uniknya di sana terdapat tofu yang dibuat dari kacang kuda (chickpea). Tetapi jika takde tofu macam tu kat negara kita, boleh aje guna tofu telur dan campurkan dengan bahan ramuan kacang kuda.
Jom tengok resipi yang min kongsi ni :
Ads
BURMESE CHICKPEA TOFU SALAD
BAHAN-BAHAN:
2 tiub tofu telur
30 gm kacang kuda (kering)
12 gm suhun | direndam
1 biji limau nipis
2 helai daun limau purut | dihiris halus
5 gm halia | dimayang halus
3 gm kunyit hidup | dikisar
2 biji tomato | dipotong dadu bersaiz kecil
5 gm cili padi merah | dihiris
10 gm bawang merah kecil | dimayang halus
1 sudu kecil empingan cili kering (chilies flakes)
5 gm daun ketumbar
2 biji telur ayam
1 sudu makan bijan putih | disangai
1 sudu makan air asam jawa
2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar kering kacang kuda hingga halus dan ketepikan.
Potong tofu telur mengikut ketebalan yang dikehendaki.
Pecahkan telur didalam mangkuk, kacau dan masukkan tofu ke dalam telur kemudian angkat dan masukkan pula ke dalam kacang kuda yang telah dikisar.
Panaskan minyak masak, kemudian goreng tofu telur yang telah di salut dengan kisaran kacang kuda tadi sehingga menjadi keperangan. Angkat, toskan dan ketepikan seketika.
Setelah tofu sejuk, masukkan ke dalam mangkuk yang sederhana besar, kemudian masukkan semua bahan bahan yang lain kecuali suhun. Perasakan dengan menggunakan perahan limau nipis, garam, gula, air asam jawa, dan ukur tahap rasa masam, pedas, manis dan masinnya.
Toskan suhun yang direndam tadi, dan gaulkan dengan garam, sedikit empingan cili kering, daun ketumbar dan gulung atau letakkan sahaja di atas pinggan.
Kemudian susun tofu tersebut di atas suhun mengikut kreativiti dan kehendak anda.
Selepas itu, dengan menggunakan sudu kecil, letakkan bahan bahan yang digaul tadi di atas tofu.
Hiaskan dengan hirisan limau nipis atau daun ketumbar ataupun dengan apa apa daun salad yang menjadi kegemaran anda. Sajian sedia dihidang
Hidang sejuk, dengan nasi putih ataupun boleh menikmatinya begitu sahaja sebagai makanan pembuka selera.
Saiz hidangan: 2 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis masakan: Burma
Cara memasak :Goreng
Ads
Keistimewaan: Satu hidangan pembuka selera yang menyelerakan dan sihat.
Info Chef : Hidang sejuk, dengan nasi putih ataupun boleh menikmatinya begitu sahaja sebagai makanan pembuka selera.
Resipi : Kolej Antarabangsa Silverspoon di Puchong, Selangor
SHAN STYLE TOFU CURRY
Ads
BAHAN-BAHAN :
Sebuku @ Sepotong tofu | potong kiub
5 ulas bawang putih
1 sudu makan pes halia
4 tangkai daun bawang
2 biji tomato saiz sederhana
1/2 sudu teh serbuk kunyit *ini opsyenal
Minyak masak secukupnya *jika di Burma guna minyak kacang tanah
Garam secukup rasa
4 sudu makan air
CARA MEMASAK :
Potong tahu bentuk kiub dan tapiskan lebihan air dan gorengkan ke dalam kuali berisi minyak panas. Goreng hingga bahagian luarnya garing.
Potong dadu tomato dan hiris pendek daun bawang.
Cincang bawang putih dan campurkan dengan pes halia.
Panaskan minyak di dalam kuali berasingan, dan masukkan serbuk kunyit, bawang putih bercampur halia.
Kacau selama seminit.
Masukkan tomato, tofu, garam dan air, dan kacau goreng selama 3-4 minit
Siap untuk dihidang
Kredit resipi dan foto : nutritionabroad.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Jom belajar buat meatball homemade. Ramai yang puji ‘meatball’ Ikea memang sedap terutamanya sos dan bebola dagingnya yang bersaiz besar. Sebenarnya tak susah sangat pun hendak buat hidangan ini. Boleh cuba resepi perkongsian PuanTahrunnisah Jali. Katanya resepi ini asalnya dari Kak Sue Norrman yang kini menetap di Sweden. Resepi ini adalah resepi asli Swedish dari mak mertua beliau yang diubah ikut citarasa.
CARA HASILKAN MEATBALL HOMEMADE & SOS SWEDISH
BAHAN-BAHAN:
500gm daging kisar
1/2 biji bawang besar – cincang halus (*)
1 sudu makan mentega (*)
3/4 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh kryddpeppar@ mixed spices
1/3 sudu teh serbuk kayu manis- saya tambah
1/3 sudu teh gula
1-1/2 sudu teh garam
2 sudu makan serbuk roti – kisar halus
30ml susu segar
1 biji telur ‘c’- saya tak guna tapi kalau nak, boleh masukkan.
CARA MEMASAK:
Tumis bahan yang bertanda (*) keperangan dan ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan selebihnya dan sebatikan. Masuk bawang yang ditumis tadi. Uli lagi hingga sebati dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang digemari.
3. Dengan menggunakan non-stik pan, masukkan sedikit mentega dan masukkan bebola daging tadi.
4. Masak menggunakan api sederhana dan tutup kuali supaya bebola daging masak. Balik-balikkan sekejap hingga garing.
Nota: Lebihan mentega di dalam kuali jangan dibuang. Ia boleh digunakan untuk menyediakan sos.
BAHAN SOS:
Lebihan mentega yang digunakan untuk menggoreng bebola daging.
2 cawan stok ayam / air rebusan ayam
2 cawan whipping krim
1 sudu makan kicap cair
1 ketul kiub ayam
Sedikit serbuk lada hitam
1/2- 1 sudu makan tepung kentang bancuh dengan air sikit untuk memekatkan sos.
Garam dan gula jika perlu- tambahan kalau kurang rasa.
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali whipping creamdan bancuhan tepung kentang.
Didihkan danapabila rasa dah cukup, masukkan whipping cream. Didihkan lagi dalam seminit dan kecilkan api masuk bancuhan tepung sedikit demi sedikit namun jangan terlalu pekat.
Hidangkan sos bersama bebola daging, lingon jem dan kentang. Boleh juga diganti dengan ‘mix fruits’
Sesekali makan lauk simple begini, bukannya sekali tambah, Boleh jadi tak cukup nasi dibuatnya. Manakan tidak dapat nasi panas-panas digabung dengan ikan goreng bersalut tepung yang rangup. Cicah pula dengan sos thai, pergh memang lengkap rasa. Tak payah lauk lain pun tak apa.
Cookies antara kudapan raya moden yang mudah disediakan. Sesuai dengan selera semasa, oreo antara bahan campuran popular dan disukai ramai terutama di kalangan kanak-kanak. Kalau mak-mak nak cuba buat, sekarang masanya, kalau buat awal-awal bimbang balang kuih kosong menjelang raya. Untuk resipi, RASA kongsikan di sini.
MILKEY OREO COOKIES BAHAN-BAHAN: BAHAN A:
130 gm mentega
70 gm gula
1/4 sudu teh esen vanilla
secubit garam BAHAN B:
170 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
20 gm tepung beras
1/8 sudu teh baking powder
20 gm cornflakes | di kisar
20 gm serbuk badam
20 gm badan nibs
20 gm oreo | di kisar HIASAN:
Coklat putih | dicairkan
Coklat Oreo | dikisar
CARA MEMBUAT:
Satukan bahan A dalam mixer dan pukul sebati
Kemudian satukan bahan B dan masukkan dalam adunan A.
Uli adunan hingga menjadi doh
Canai doh dan terap dengan acuan bulat atau apa-apa bentuk acuan yang di sukai. Susun dalam loyang.
Bakar pada suhu 150 C selama 20 minit atau sehingga biskut masak.Sejukkan.
Paipkan coklat putih di atas biskut atau boleh juga celupkan permukaan biskut dengan coklat putih yang telah dicairkan.
Taburkan atau hiaskan dengan taburan oreo kisar.
Biarkan coklat mengeras sebelum di simpan dalam bekas kedap udara