Jemput-jemput adalah hidangan yang sesuai dibuat untuk sarapan atau minum petang. Kepelbagaian jemput-jemput menjadikan hidangan ini digemari ramai.

Boleh dibuat dengan kos agak tinggi misalnya diletakkan udang. Namun, bagi yang kurang gemar makanan laut, boleh letakkan kentang atau sayuran lain.

Wanita yang menggunakan facebook Maryam Elyas, memberikan resipi sesuai untuk musim catuan makanan ini. Pokok pangkalnya kenyang dan sedap dimakan.

IKLAN

CikYam up gambo makanan time hujan tadi. Bukan makanan mahal pun. Murah je.  Ni actually makanan sesuai dibuat time musim catu makanan. Tak banyak bahan pun. Tak perlu letak udang, carrot atau apa. CikYam buat macam ni je. Dah cukup untuk mengenyangkan.
.

JEMPUT-JEMPUT BAWANG & KENTANG

 

Jemput-Jemput Kentang, Sedap Dimakan Panas-Panas

IKLAN

BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum
1 biji kentang
1 biji bawang besar
Setengah sudu kecil garam
2 cawan air
Minyak masak untuk menggoreng

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Masuk tepung gandum dalam mangkuk.
2. Kentang dipotong dadu. Masukkan dalam periuk.
3. Bawang dipotong dadu. Masukkan dalam periuk.
4. Bancuh air dengan garam. Tuang sikit-sikit dalam periuk.
5. Kacau bagi sebati.
6. Panaskan minyak masak. Goreng sesudu, sesudu. Buat sampài habis bancuhan.

Senang kan? Murah, sedap dan dapat banyak. Penuh 2 pinggan tadi. Selamat mencuba!

Kredit: Facebook Maryam Elyas

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI