Jejari ubi keledek versi cucur udang sangat sedap jika dihidangkan ketika minum petang. Rangup bila dimakan buatkan kamu susah nak berhenti mengunyah. Jangan simpan lama-lama resipi segera cuba ya!
RESIPI JEJARI UBI KELEDEK GORENG UDANG
BAHAN-BAHAN:
Ads
5 biji ubi keledek di sagat rendam dalam air garam.
3 cawan tepung gandum*
2 cawan tepung jagung*
1 biji telur*
Garam, serbuk black paper serbuk* kunyit kalau nak pedas letak cili flake*
Air kiub.
Udang tuk letak diatas
CARA MEMASAK:
Ads
Gaul sebati semua yang bertanda *. masukan ais kiub kalau yang kiub kecil masukan dalam 2 gelas kacau sebati ais hancur adunan ni kena cair ya.
Last masukkan keledek sagat tadi gaul hingga sekata.
Minyak menggoreng biar tenggelam adunan tersebut, minyak biar betul2 panas.
Masukan adunan gunakan sudu atau senduk dan celup udang dalam adunan & letak di atas adunan keledek goreng dan balik2kan nampak garing angkat toskan.
Dah selesai boleh dimakan dengan cili sos. Kruk krak… Sedap sangat. Selamat mencuba
Batuk dan rasa badan tak selesa disebabkan angin boleh mengganggu rutin harian.Cuaca sekarang ni sekejap panas dan sekejap hujan, ada kalanya membuatkan seseorang itu mudah terkena batuk. Cuaca panas yang berhabuk dan berdebu mudah menyebabkan batuk bagi mereka yang sensitif.
Makan sup ayam dengan halia yang agak banyak boleh bantu legakan batuk dan sekali gus buang angin dari dalam badan. RASA berikan resipi sup ayam halia untuk korang semua. Cubalah.
BAHAN-BAHAN
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah kecil
Rempah 3 serangkai
Minyak masak untuk menumis
3 inci halia (hiris nipis)
1 liter air
1/2 ekor ayam dipotong kecil (basuh bersih)
2 biji kentang (1 biji dipotong 4)
Garam secukupnya
Daun sup
Bawang goreng
CARA MEMBUAT
1. Bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk atau dicencang halus. Kemudian panaskan minyak masak. Tumiskan bersama rempah 3 serangkai.
2. Masukkan halia. Tumis lagi sampai naik bau harum.
3. Masukkan air dan ayam. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kentang dan garam. Biarkan mendidih lagi.
5. Setelah masak, matikan api. Letakkan daun sup dan bawang goreng.
Selamat mencuba.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cantik sungguh kuih lapis tenun yang dikongsikan oleh Nor Fatihah ni, seperti menenun songket cara pembuatannya pun memerlukan sedikit kesabaran dan kepakaran dalam membentuk barulah hasilnya pun menarik! Kalau kamu jenis yang sabar duduk masak di dapur disarankan buat kuih lapis ni! Selamat mencuba.
Kemudian campur tepung ubi 1 sd bsr di setiap adunan warna di atas. Kacau rata. Masukkan ke dalam botol muncung satu. Boleh jugak guna sudu utk tuang adunan motif ni.
5- Baki adunan tadi dibahagi 2. Satu untuk adunan dasar/frame (pink) & satu lg adunan pembatas/pembahagi (putih). Tuang kedua2 adunan dlm jug tangkai bermuncung.
6- Masukkan loyang ke dlm pengukus yg tlh pns. Tuang adunan dasar/frame pink 180ml. Ratakan dgn sudu. Kukus 5 mnt dgn api sedang. Tuang pula adunan pembatas/pembahagi putih 180ml. Kukus lg 5 mnt. Tuang adunan pink 180ml & kukus 5 mnt. Siap utk frame bg kuih lapis ni.
7- Buat pula pembatas iaitu adunan putih td 130ml. Kukus 5 mnt
8- Motif lapis tenun (tingkat 1) Gariskan/tuang adunan unggu 4cm dr tepi loyang secara memanjang. Garis pula adunan kuning 4cm drp unggu td. Kemudian gariskan adunan merah 4cm drp kuning. Akhir skali garis adunan hjau 4cm drp merah iaitu di tepi loyang skali. Kukus 5 mnt. Kemudian tuang adunan pembatas/pembahagi putih 130ml & kukus 5 mnt. Buat lg motif tenun utk lapisan ke 2. **Garis/tuang adunan motif unggu kembali bertindih sedikit dr lapisan pertama td ke arah kanan. Begitu juga dgn wrna kuning, mrh & hjau semuanya digaris bertindih di atas lapisan pertama td ke arah kanan. Kukus 5 mnt lg. Tuang adunan pembatas/pembahagi putih 130ml & kukus 5 mnt** Motif tenun utk lapisan ke 3, 4 & 5 diulang spt dlm ** ** td & stp motif tenun diselang dgn adunan pembatas putih 130ml stp lapisan & kukus 5 mnt.
Kongsi resipi: Nor Fatihah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi rahsia bonda sambal bilis untuk jualan nasi lemak ini dikongsi oleh Nursyafiqah Nadiah Abdullah. Untuk hasil yang lebih sedap dan sebati sambal dimasak lama antara 3-4 jam.
SAMBAL BILIS NASI LEMAK BONDA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO: Sebelum masukkan ikan bilis boleh tumbuk kasar. Atau asing kisar dalam senggenggam ikan bilis untuk tambah rasa.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Nursyafiqah Nadiah Abdullah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.