Jasmine Food Corporation Sdn Bhd memperkenalkan Jasmine XXL Bihun Segera dan Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals.
Dua produk baharu ini sebagai langkah pertama daripada Jasmine Food untuk mengeluarkan selain daripada beras dan bihun tradisional.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine, Lim Swee Keat, beras Jasmine menjadi makanan ruji dalam isi rumah selama 60 tahun dan mereka menawarkan produk baharu yang sesuai dengan gaya hidup pengguna.
“Jasmine XXL Bihun Segera didatangkan dengan dua perisa; Sup Ayam dan Kari Putih Pulau Pinang.
Ads
“Seperti namanya, produk ini didatangkan dalam hidangan yang lebih besar berbanding jenama lain. Satu pek sudah cukup untuk memuaskan rasa lapar anda,” katanya.
Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals didatangkan dalam satu pek dengan 400gm beras PusaCream Basmathi, pes briyani (untuk nasi) dan pilihan pes ayam masak merah atau kari ayam.
Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals ini, sesuai untuk 4-5 orang makan dan boleh siap dalam 30 minit.
Ads
Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals ini juga adalah lanjutan daripada nasi PusaCream Parboiled Basmathi yang terkenal dari Jasmine.
Kedua-dua produk baru Jasmine ini sudah berada di pasaran dan boleh didapati di kebanyakan pasar raya di Semenanjung Malaysia dan dalam talian melalui e-kedai rasmi Jasmine di Shopee dan Lazada.
Ads
Jasmine XXL Bihun Segera dijual pada harga RM8 hingga RM13, manakala Jasmine PusaCream EZ Briyani Meals dijual pada harga RM28 hingga RM31.
Pada masa sama, Jasmine juga melancarkan kempen Tahun Baru Cina yang dipanggil peraduan Priceless Memories Snap & Menang yang bermula dari 21 Disember 2022 hingga 15 Februari 2023, di mana pengguna boleh memenangi hadiah-hadiah menarik berjumlah melebihi RM38,888.
Pengguna hanya perlu membeli produk Jasmine minima RM30, muat naik resit dan gambar bersama keluarga di www.priceless.com.my untuk menyertainya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Aroma kari yang harum, muzik santai yang bergema, dan gelak ketawa pengunjung menjadi latar suasana ketika ribuan orang berpusu-pusu ke khemah utama RASA Layan Curry Fiesta. Tetapi sorakan paling gemuruh bukan kerana makanan percuma semata-mata, sebaliknya untuk menyaksikan bagaimana selembar roti jala mampu ditukar menjadi karya seni yang membanggakan negara.
Inilah momen istimewa yang ditunggu-tunggu: Pertandingan Roti Jala Jelita Jalur Gemilang Gala. Acara kemuncak ini diraikan penuh warna sempena bulan kebangsaan dan Hari Malaysia, anjuran Majalah RASA dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara, serta sokongan penaja utama OKI, Seri Pelangi dan Ajinomoto.
Sejak pagi lagi, khemah Roti Jala sudah menjadi tumpuan. Sebanyak 2,000 gulung roti jala diagihkan percuma kepada orang ramai. Ramai yang teruja mencuba sendiri teknik “menjala” di empat stesen dapur khas. Ada yang berjaya buat cantik, ada juga yang ketawa bila adunan tak jadi.
Namun menjelang petang, semua mata tertumpu ke pentas utama. Hos membuka tirai acara dengan penuh semangat Malaysia Madani, disusuli ucapan penuh makna oleh Puan Emma Masri, Managing Editor RASA. Barisan juri yang berpengalaman kemudian mengambil tempat, bersedia menilai kreativiti peserta yang membawa roti jala ke tahap seni.
Seorang demi seorang peserta naik ke pentas, mempersembahkan hasil ciptaan mereka. Dari corak bendera Malaysia, bunga-bungaan patriotik, hinggalah replika 3D makanan tradisi, semuanya diinspirasikan daripada Jalur Gemilang. Penonton bersorak setiap kali karya ditayangkan di skrin LED, seolah-olah berada di sebuah pameran seni, bukan sekadar pertandingan masakan.
Suasana makin meriah apabila MC mengadakan Kuiz Merdeka & Makanan. Kanak-kanak, remaja dan ibu bapa sama-sama berebut menjawab soalan pantas tentang Malaysia.
Tibalah saat yang paling dinanti. Sorakan penonton bergema apabila nama-nama pemenang diumumkan.
🥇 Juara – Nadila binti Mohd Suhaimi Karyanya diberi nama “Warna Warni Gemilang Kebudayaan”. Nadila mengambil masa 6 jam dengan 2.5 kg tepung untuk menyiapkan hasil roti jala berinspirasikan kepelbagaian budaya di bawah Jalur Gemilang.
“Saya ambil inspirasi daripada tema kebangsaan – Jalur Gemilang dan budaya kita yang pelbagai. Paling susah bila nak hasilkan bunga-bunga. Warna kena padan betul-betul supaya dekorasi nampak harmoni,” jelas Nadila, yang akhirnya berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM800.
🥈 Tempat Kedua – Roszalaimi bin Mat Salleh Karya “Wau Bulan Gemilang” pula mengambil masa 3 jam dan menggunakan 3 kg tepung. Wau bulan dipilih sebagai simbol negeri kelahirannya, Kelantan, dengan hiasan bendera-bendera negeri lain melambangkan perpaduan.
“Bahagian paling susah ialah menghasilkan bentuk bendera dengan tepat, terutama logo kecil-kecil tu. Warna pun kena seragam, kalau tidak tak jadi,” kata Roszalaimi yang memenangi hadiah wang tunai RM500.
🥉 Tempat Ketiga – Suzilawati binti Sahari Dengan karya “Aneka Warisan Malaysia”, Suzilawati memulakan kerja seawal 5 pagi. Menggunakan 5 kg tepung, beliau menghasilkan bukan sahaja roti jala patriotik, tetapi juga replika 3D makanan tradisi dan kraftangan Malaysia.
“Cabaran terbesar ialah nak buat replika 3D daripada adunan tepung. Tekstur kena betul-betul dijaga – kalau terlalu kering, ia boleh merekah,” katanya. Hasil ketekunannya itu berjaya melayakkan beliau ke tempat ketiga dengan hadiah RM300
Pertandingan ini bukan sekadar mencari juara. Ia adalah pentas untuk mengangkat roti jala sebagai simbol seni, budaya dan kebersamaan rakyat Malaysia. Dari generasi muda hingga warga berusia, semua sama-sama merasai semangat kebangsaan yang disulam dalam sehelai roti jala.
Ketika lampu pentas mulai padam, penonton pulang dengan senyuman. Bukan hanya kerana kenyang menjamu roti jala, tetapi kerana rasa bangga melihat kreativiti rakyat Malaysia. Roti jala bukan lagi sekadar makanan, tetapi telah menjadi kanvas seni Jalur Gemilang yang menghubungkan kita semua.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya kalau dapat makan Kari Ikan Jenahak kan? Makan pula panas-panas dengan nasi atau Roti Canai, memang surrr… Tak toleh belakang dibuatnya.
Istimewa buat para pengunjung RASA Layan Curry Fiesta, Rasa dengan kerjasama Mercure Hotels Kuala Lumpur, Glenmarie bakal memberikan 250 pek Kari Ikan Jenahak secara PERCUMA kepada anda!
Rasa dan Mercure Hotels Kuala Lumpur, Glenmarie bersama-sama ingin berkongsi rezeki kepada para pengunjung RASA Layan Curry Fiesta. Terima kasih kepada Mercure Hotels Kuala Lumpur, Glenmarie di atas tajaan Kari Ikan Jenahak ini.
Jika anda berkelapangan, jom pakat serbu Kari Ikan Jenahak ini pada 8 September 2024 di Parking B, Setia City Convention Centre, Shah Alam pada jam 5.00 petang. Siapa cepat dia dapat! Jangan rebut-rebut okay..
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Isu bekalan telur yang berkurangan menjadi bualan di media sosial sejak kebelakangan ini. Jika ada dijual pun, harganya dikatakan lebih mahal daripada biasa.
Bagaimana dengan tempat anda? Adakah bekalan masih sama atau berkurangan? Adakah harganya meningkat daripada biasa?
Namun ada berita baik! Harga telur baharu yang lebih rendah akan diumumkan esok oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.
Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah beliau berbincang dengan menteri berkenaan.
Jelas Perdana Menteri, langkah ini diharap dapat mengurangkan kebergantungan terhadap kartel. Beliau berhadap jumlah pengedaran telur dalam pasaran cukup dan harganya akan dikurangkan.
So, agak-agak berapa harga telur yang bakal diumumkan esok? Sama-sama kita nantikan.