Umum sedia maklum, lantaran pandemic Covid-19 yang melanda dunia memberi impak kepada banyak syarikat. Lantaran itu ramai pekerja terpaksa diberhentikan kerja. Malah tidak kurang juga banyak perniagaan seperti makanan terjejas bila kerajaan mengumumkan kembali PKPB.

RASA berkongsi situasi getir dan cabaran yang diharungi oleh Encik Yusmady Md Yatin, yang dahulunya berjawatan Senior Vice President/General Manager di TAR Riverwalk Sdn Bhd kini membina perniagaan makanan sendiri iaitu Satay Aroma. Biarpun keadaan sukar di waktu pandemik Covic 19 ini, dia tidak menoleh ke belakang lagi malah terus melangkah gagah untuk memastikan produk yang dihasilkan diterima baik oleh masyarakat.

“Saya tahu bahawa kita semua tidak boleh hanya menunggu sehingga keadaan pulih seperti sediakala. Risikonya terlalu tinggi. Saya meneliti setiap risiko dan kemungkinan, dan kemudian saya bertindak untuk melakukan perubahan, adaptasi pada keadaan. Dalam fikiran saya, peluang tidak akan datang tersedia, ianya perlu dicipta.

Saya nampak peluang di dalam industri pemakanan, namun banyak cabaran dan kekangannya. Pada saya, salah satu cara untuk mengatasinya adalah dengan berkolaborasi dan mendapatkan rakan kongsi yang sesuai. Dari situ, tercetusnya idea bersama untuk mengusahakan perniagaan sate, dalam bentuk RTC (sedia untuk dimasak) sejuk beku dan juga RTE (sedia untuk dimakan).

Saya dan beberapa rakan bersetuju untuk melakukan usahasama strategik dan dari situ tertubuhnya perniagaan Satay Aroma dan dalam masa yang singkat cawangan pertama mula operasi pada 1 Oktober 2020 di Sunway Geo, Bandar Sunway.

Modal permulaan sebanyak RM100,000 dan kami merancang untuk mengembangkan perniagaan kami bermula di Lembah Klang dan juga ke pasaran seluruh negara. Satay Aroma juga telah mula memperkenalkan rangkaian wakil jualan dan stokis. Di samping itu saya merancang untuk memperkenalkan program “licensing” dan francais, di mana Satay Aroma dapat berkongsi peluang perniagaan dengan mereka yang berminat untuk berniaga. Aspirasi saya adalah untuk Satay Aroma menjadi jenama sate yang terkenal suatu hari nanti, dapat dinikmati di mana saja pada bila-bila masa,”ceritanya.

Mengapa perniagaan sate?

Setelah membuat kajian, sate adalah antara makanan yang paling popular dan diminati ramai di Asia Tenggara. Permintaan untuk sate adalah tinggi dan pengeluar sate di Malaysia masih belum dapat memenuhi permintaan yang ada, lebih-lebih lagi bagi sate dengan kualiti premium dan mempunyai pengesahan Halal dari JAKIM.

Kebanyakan sate-sate yang ada diusahakan secara kecil-kecilan dan tidak menitikberatkan penjenamaan, pemasaran serta proses “supply chain” yang sebenarnya penting bagi menjayakan sesuatu perniagaan yang diusahakan. “Saya nampak ada kekurangan di sini, dan bagi saya ia sebenarnya peluang perniagaan dengan potensi yang tinggi,”jelasnya.

IKLAN

Berbekalkan pengalaman lebih dari 25 tahun bekerja di dalam industri F&B dan hospitaliti, bermula dari bawah sehingga ke peringkat pengurusan tertinggi ia menjadi garis panduan untuk Yusmady menceburi bidang perniagaan makanan kini. “Saya juga beruntung kerana mempunyai ramai rakan-rakan yang telah lama di dalam bidang perniagaan yang dapat saya rujuk, mereka sangat membantu dan sentiasa memberi sokongan kepada saya,”akuinya.

Di waktu PKPB ini, operasi perniagaan bermula jam 11.00 pagi. Bagaimanapun rutin penyediaan bermula jam 9.00 pagi. Pekerja tidak perlu mula kerja terlalu awal. Malah mereka dapat merancang masa untuk keluarga dengan lebih baik.

Tempahan dibuat secara atas talian, melalui beberapa aplikasi tempahan dan penghantaran makanan sedia ada. Satay Aroma juga menggunakan media sosial bagi mendapatkan capaian yang lebih tinggi ke pasaran sasaran.

IKLAN

“Kami mempunyai strategi dan “posting” di media sosial bukan sahaja konsisten malah dari segi ketetapan, mesej dan kandungan dibuat secara terancang. Kami dalam proses untuk menambah “follower” yang organik untuk memastikan media sosial Satay Aroma mempunyai impak yang tinggi. Anda boleh follow kami di facebook dan Instagram dengan carian “Satay Aroma”.ceritanya.

Biarpun pencapaian perniagaan Satay Aroma boleh dikatakan agak pantas, sebenarnya tiada jalan pintas. Segala kerja-kerja asas perlu dilakukan secara betul dan teliti. Rakan kongsi adalah mereka yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing dan Yusmady bersyukur kerana dedikasi serta semangat mereka yang tinggi membolehkan Satay Aroma bergerak dengan pantas. Dalam perniagaan, kesesuaian antara rakan kongsi adalah paling utama.

Perniagaan ada “jiwa” di dalamnya, pelanggan, pekerja, pembekal, rakan niaga, pesaing dan ramai lagi; mereka semua adalah stakeholders, malah keluarga sendiri adalah mereka yang mempunyai kepentingan terhadap kejayaan dan keberlansungan perniagaan walaupun tidak terlibat secara langsung.

IKLAN

Nasihat Yusmady jangan berhenti berusaha kerana setiap usaha ada jaya. Dalam setiap masalah, pasti ada peluang. Cari dan dapatkan bantuan, jika ada kekangan untuk bergerak secara individu, cari rakan kongsi yang sesuai dan sama-sama ingin berjaya. Yang penting jangan berlengah dan berharap peluang datang dengan sendiri. Peluang perlu dicipta!

Perkongsian : Encik Yusmady

INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.

Peniaga Kongsi Resipi Sate Ayam Viral Yang Sedap & Mudah

Cara Mudah Masak Sate Ayam, Kuah Kacang & Sate Padang Sedap.

Homemade Nasi Impit Sedap, Lembut Dan Lambat Basi. Jimat 200%!