Karipap Daging, Karipap Sardin, Karipap Pusing dan beberapa lagi variasi inti adalah antara kegemaran rakyat Malaysia. Kuih ini sesuai dinikmati pada bila masa dan jadi kegemaran ramai tanpa mengira usia. Nak tahu petua menghasilkan kulit karipap yang rangup dan sedap? Caranya ialah dengan menggunakan air kapur jernih. Ha…Nanti bolehlah cuba ya. Jom lihat bahan-bahan lain yang diperlukan.
RESIPI KARIPAP DAGING RANGUP & BERINTI SEDAP
Ads
BAHAN KULIT KARIPAP:
1kg tepung gandum
3/4 cawan minyak masak
2 sudu makan marjerin
2 sudu makan air kapur jernih
1 sudu teh garam
400ml air sejuk dari peti ais
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak bersama marjerin hingga marjerin cair.
Di dalam bekas besar, tuang tepung lalu dicurahkan minyak panas tadi.
Gaul rata menggunakan senduk hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan air kapur jernih ke dalam bekas yang berisi air sejuk.
Tambah sedikit garam dan kacau hingga garam larut.
Tuang air sejuk tadi ke dalam tepung. Gaul sebati dan uli sehingga doh tidak lekat di tangan.
Masukkan doh ke dalam plastik dan biarkan selama 30 minit.
Ambil doh dan bulatkan kecil. Masukkan kembali ke dalam plastik dan perap selama 1-2 jam. Sementara itu bolehlah buat intinya.
BAHAN INTI KARIPAP DAGING:
2kg kentang – didadu
300gm daging dicincang
2 biji bawang merah besar – didadu
2 ulas bawang putih – diracik
2 sudu makan rempah kari daging
30gm MAGGI® Sambal Tumis
2 sudu teh MAGGI® CukupRasa
Sedikit daun sup
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan rempah kari dan MAGGI® Sambal Tumis. Tumis lagi.
Kemudian masukkan daging yang telah dicincang. Renihkan seketika.
Perasakan dengan MAGGI® CukupRasa.
Kemudian masukkan ubi kentang. Kacau rata.
Renihkan kentang sehingga empuk. Tak perlu tambah air kerana kentang akan mengeluarkan air. Bila sudah masak, padamkan api dan biarkan sejuk sedikit.
Masukkan daun sup dan gaul rata. Alihkan inti ke dalam bekas.
Ambil sebiji doh dan canaikan. Letak inti dan tutup doh. Kelim hujung doh dengan cantik dan kemas.
Panaskan minyak. Goreng karipap dengan menggunakan api sederhana perlahan. Angkat dan toskan.
Karipap untuk minum petang sedia untuk dinikmati.
PETUA: Guna air kapur dalam pembuatan Karipap. Ini adalah tip nak merangupkan kulit karipap dan membuatkan rasanya jadi lebih sedap.
Kredit foto: Unit Foto Nu Ideaktiv
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Teringin dessert yang lemak manis, korang boleh cuba dua jenis pemanis mulut berasasakan tepung pulut ini. Bubur Butir Nangka dan Puteri Mandi, kedua manisan ini sangat mudah disediakan dan tak banyak guna bahan. Tak sampai 30 minit korang boleh siapkan dengan mudah. Jangan tunggu lagi kalau ada tepung pulut dan kelapa dalam peti sejuk, boleh cuba petang ni…
BUBUR BUTIR NANGKA BAHAN-BAHAN:
BAHAN KUAH:
CARA MEMASAK:
KUIH PUTRI MANDI BAHAN-BAHAN:
BAHAN KELAPA:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila sudah masuk hujung tahun, pastinya ramai yang mahu menghabiskan cuti tahunan masing-masing dan meluangkan masa bersama keluarga. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga dan antara aktiviti wajib tentunya pergi bercuti. Anda pasti teruja dan inilah masanya untuk ‘lari’ seketika daripada kesibukan di pejabat.
Apabila pergi bercuti, tentunya keselesaan menjadi faktor utama, lebih-lebih lagi jika anda bercuti bersama anak-anak. Banyak yang perlu disediakan. Boleh ‘potong’ mood kalau tiba-tiba ada barang yang tertinggal. Untuk elakkan perkara ini berlaku, kami kongsikan 6 barang yang wajib dibawa ketika pergi bercuti.
Ini antara barang yang wajib anda bawa untuk memudahkan urusan terutamanya jika bercuti di luar negara. Pasti sukar untuk mendapatkan makanan yang halal di sana dan jika ada, harganya pasti mahal. Jadi, anda boleh bawa pes makanan dan makanan segera sebagai jalan penyelesaiannya.
Antara makanan yang popular ketika pergi bercuti adalah mi segera, minuman 3 in 1, makanan sedia makan (ready to eat) dan pes makanan. Ada juga yang menyediakan makanan kering seperti Sambal Ikan Bilis Kering dan Serunding. Sedikit sebanyak makanan ini dapat menjimatkan wang anda. Tak gitu?
Penggunaan tandas sememangnya tidak dapat dielakkan ketika bercuti. Sekiranya anda bercuti di dalam Malaysia, anda boleh memilih untuk menggunakan tandas duduk atau tandas cangkung. Tetapi jika di luar negara, kebanyakan tandas awam adalah tandas duduk.
Anda mungkin bernasib baik jika tandas tersebut bersih. Ada juga tandas yang dipenuhi dengan kesan tapak kasut. Walaupun sudah dibasuh dan dijirus, bekas tapak kasut masih ada dan kebersihannya tidak terjamin.
Solusinya, hanya beli alas mangkuk tandas. Anda boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi Shopee atau Lazada dengan harga yang lebih murah. Dalam satu bungkus mempunyai lebih kurang 50 helai. Jadi, memang perlu beli sebagai bekalan semasa anda bercuti.
Kalau dah pergi bercuti tu, pasti kita nak cuba rasa makanan tempatan atau street food yang popular di tempat tersebut. Bila dah bungkus bawa balik ke hotel, baru perasan tiada sudu dan garfu yang diberikan. Hotel pula tiada sediakan kutleri di dalam bilik. Anda mungkin perlu minta daripada lobi hotel.
Jadi, lebih baik anda bawa kutleri sendiri. Mudah dan tak perlu nak berkongsi dengan orang lain. Nak lagi senang, bawa sudu dan garfu pakai buang. Tak perlu nak basuh. Selain itu, anda juga boleh membawa gunting lipat. Ia berguna apabila anda tidak mahu makan banyak dan hanya mahu merasa sedikit makanan yang dibeli. Bolehlah gunakan gunting tersebut untuk memotong makanan.
Kalau dah namanya perempuan, mesti mahu sentiasa nampak cantik dan kemas walaupun sedang bercuti. Bawalah portable travel steamer iron bersama-sama kerana sesetengah hotel hanya menyediakan satu tempat untuk menggosok pakaian dan perlu berkongsi dengan orang lain. Jika anda bawa iron sendiri, barulah anda lebih selesa dan tidak perlu lagi berkongsi.
Kini portable travel steamer iron boleh didapati pada harga yang berpatutan. Beli saja di Shopee atau Lazada, pasti anda boleh beli pada harga yang jauh lebih murah. Antara jenama yang boleh anda beli adalah Xiaomi. Harganya sekitar RM81 saja. Mampu milik bukan?
Multi Soket juga merupakan antara barang yang perlu dibawa untuk memudahkan anda mengecas pelbagai gajet yang dibawa. Tidaklah anda berebut dengan ahli keluarga yang lain atau terpaksa menunggu giliran untuk mengecas gajet anda nanti. Jangan nanti anda kehabisan bateri telefon bimbit pula ketika mahu merakam momen-momen indah bersama keluarga.
Benda yang paling penting tapi sering dilupakan adalah Kit Kecemasan. Memang sangat perlu disediakan kerana ia sangat berguna sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Sesetengah tempat penginapan tidak menyediakan kit kecemasan terutamanya jika anda menginap di Airbnb.
Benda paling utama adalah ubat-ubatan seperti ubat gastrik, minyak cap kapak, Povidone Iodine, plaster dan Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak (Nin Jiom Pei Pa Koa). Jangan lupa letakkan juga pelitup muka dan hand sanitiser kerana ia merupakan antara keperluan penting sejak Covid-19 melanda dunia.
Bila sedang bercuti, cuaca yang tidak menentu, habuk serta asap akan membuatkan anda rasa tidak selesa. Dengan adanya segala ubat-ubatan ini terutamanya Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak (Nin Jiom Pei Pa Koa), rasa yang tidak selesa akan dapat dilegakan.
Ia mengandungi madu dan lebih daripada 10 herba semulajadi yang dapat membantu melegakan tekak anda. Memang wajib dibawa ke mana-mana kerana ia sesuai untuk seisi keluarga, untuk dewasa dan kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas.
Selain itu, boleh juga bawa Kandi Herba Cap Ibu dan Anak untuk menyegarkan nafas dan juga melegakan tekak sepanjang anda bercuti. Ia kecil dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
Kami harap tip-tip ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan percutian anda. Happy holiday!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Korang suka makan Bihun Goreng Singapore? Mudah sangat nak membuatnya kalau korang yang pertama kali membuatnya pun pasti menjadi. Buat untuk buka nanti gerenti lah ramai suka. Rahsia nak bagi sedap, adalah udang kering. Sila cuba okey. Sebab senang sangattt! Makan dengan sambal kicap tau. Adoi menambah-nambah jadinya.
RESIPI BIHUN GORENG SINGAPORE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
PETUA: Bihun Goreng Singapore ini enak dimakan bersama Sambal Kicap. Nikmati semasa masih panas untuk rasa yang lebih optimum.
Kredit foto: Unit Foto Nu Ideaktiv
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!