Wax atau lilin yang ada pada lapisan luar kulit buah-buahan berfungsi sebagai pelindung dari kulat yang boleh menyebabkan buat cepat membusuk. Selain itu, ia juga bertujuan untuk buat buah tampak lebih segar. Jadi sebelum anda makan buah tersebut, pastikan anda mencuci terlebih dahulu wax yang ada pada buah sehingga bersih. Nak cuci cara mudah, boleh ikut tip yang dikongsi oleh saudari Azleen Azlinda ini. Hanya guna tepung.
Korang yang bekerja ada deadline mesti dekat dengan tarikh tu mesti ada yang terpaksa bekerja lebih masa dan tidak cukup tidur bagi memastikan tidak terbabas deadline. Kebiasaannya di hari-hari begini ramai yang mencari kopi dengan alasan penambah tenaga dan mengelakkan mengantuk. Apa kata mulai sekarang tinggalkan kopi dan ambil lima makanan ini bagi memastikan korang semua kekal bertenaga:-
TELUR:
Bila kurang tidur dan rasa mengantuk, sel-sel otot akan menjadi penat. Bagi mengatasi masalah ambil asid lemak seperti EPA dan DHA dan sumber makanan seperti putih telur. Untuk mendatangkan selera, korang boleh hidangkannya bersama sayuran hijau yang kaya dengan zat besi seperti bayam dan kailan yang kaya zat besi, secara tidak langsung menjauhkan korang dari anemia yang disebabkan kepenatan
IKAN:
Ikan seperti tuna salmon dan sardin antara ikan kaya dengan kandungan protein yang tinggi akan menjadikan korang lebih bertenaga. Sementara lemak tak tepunya membantu otak lebih fokus semasa melakukan pekerjaan.
BUAH MANGGA
Tahu tak, bila penat dan mengantuk boleh mendorong korang mengindamkan makanan manis dan karbo. Ini adalah salah satu petanda bahawa badan kurang bahan bakar. Dibandingkan kudapan seperti coklat, aiskrim dan makanan berkalori tinggi. Sebaiknya makan mangga sebagai ganti yang baik kerana ia mempunyai kandungan semulajadi.
KEKACANG:
Lemak tak tepu dalam kekacang seperti mede, dikatakan mampu menghalang hormon penyebab stres. Selain itu, kekacang tinggi lemak ini boleh membuatkan korang rasa kenyang tanpa menyebabkan peningkatan gula dalam darah.
OAT MEAL:
Bijirin seperti gandum dalam oatmeal mengandungi karbohidrat kompleks membantu anda rasa kenyang lebih lama dan peningkatan paras glukosa dalam darah lebih lambat berbanding nasi.
Senang je kan, makanan ini selain membantu korang lebih produktif, ia juga tidak akan menjadikan korang gemuk, walaupun mengambil dan memakannya di waktu malam hari.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila masuk musim durian, masing-masing sibuk mencari dan membeli durian. Ada yang sanggup balik ke kampung untuk mendapatkan durian dan ada yang beli terus di tepi jalan, dan pastinya kita membawa durian masuk ke dalam kereta untuk dibawa pulang. Raja segala buah ini memang sedap tetapi bau yang ditinggalkan boleh memeningkan kepala. Cuba bayangkan kalau kita simpan durian di dalam bonet kereta, mungkin berhari-hari baunya nak hilang. Jom kita lihat petua bagaimana nak hilangkan bau durian yang ‘menusuk’ dalam kereta.
1. MENGGUNAKAN TANGKAI DURIAN
Petua ni merupakan perkongsian oleh Puan Ikha Febrian di laman Facebook yang diperolehi daripada penjual durian sendiri dimana ia juga telah mendapat perhatian orang ramai atau viral sejak kebelakangan ini. Caranya, patahkan tangkai durian, kemudian belah hujungnya,dan letakkan pada jejaring aircond seperti dalam gambar.
2. KOPI
Aroma kopi juga mampu menyerap serta menyingkirkan bau durian dari kereta anda. Caranya ialah dengan mengambil sedikit serbuk kopi dan balutkan dalam sapu tangan atau kain kasa. Kemudian tinggalkan semalaman dalam kereta. Malah, serbuk kopi di dalam uncang juga boleh digunakan untuk lebih mudah.
3.CUKA
Letakkan semangkuk cuka (sebarang jenama) di dalam bonet kereta dan tutup untuk beberapa jam. Sifat asid yang ada pada cuka boleh menghilangkan bau durian yang kuat di dalam kereta anda.
4.ROTI
Petua yang seterusnya ialah dengan menggunakan roti. Caranya dengan meletakkan beberapa keping roti di dalam kereta dan biarkan semalaman sehingga ia mengeras. In Sha Allah, bau durian yang kuat di dalam kereta anda akan hilang.
5. ARANG
Selain itu, bau durian serta bau kepam kereta juga boleh diserap oleh arang. Caranya dengan meletakkan beberapa ketul arang di dalam kereta dan membiarkannya selama mungkin beberapa hari. Pasti bau-bau yang tidak menyenangkan di dalam kereta hilang. Cubalah!
6. DAUN PANDAN
Aroma daun pandan mampu menghilangkan bau durian di dalam kereta. Anda cuma perlu meletakkan beberapa helai daun pandan di dalam bonet kereta dan pasti bau itu akan hilang sedikit demi sedikit. Mudah kan?
7. SERBUK PENAIK/BAKING SODA
Akhir sekali, anda boleh menggunakan serbuk penaik (baking soda) untuk menghilangkan bau durian yang kuat di dalam kereta dengan hanya meletakkan semangkuk serbuk penaik (baking soda) dan bau tersebut akan hilang.
Semuanya mudah kan? Lepas ini tak perlu lah risau bau durian dalam kereta. Sebenarnya petua-petua ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan di rumah dan di mana-mana sahaja. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Limau kasturi ni memang sedap dan banyak guna. Sesuai jika digunakan untuk jus, sambal belacan dan sebagainya. Namun andai dibeli, dalam 1 paket ada banyak biji. Mustahil boleh habis guna dalam masa sehari. Baki buah yang tinggal jika dibiar, lama kelamaan limau kasturi akan jadi kecut dan busuk. Hmm…rugi-rugi. Tapi ada cara bijak untuk simpan limau kasturi perkongsian saudari Siti Fatimah Abas yang anda boleh cuba. Silakan share. Moga bermanfaat.
TIP BERJIMAT DI DAPUR: CARA SIMPAN BUAH LIMAU KASTURI
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA:
1. Bersihkan buah limau dan potong dua.
2. Perah dan tapis bagi mengasingkan bijinya.
3. Setelah habis diperah, sudukan jus limau tadi ke dalam bekas ais.
4. Simpan dalam peti sejuk beku semalaman hingga betul-betul beku.
5. Kemudian bolehlah dikeluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.
6. Jika nak guna, ambil 1-2 kiub limau kasturi dan masukkan ke dalam masakan, minuman ataupun sambal belacan.