*Kemudian toskan atau sejat air sekejap. *Masukkan dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk. *Boleh tahan sampai 2 bulan daun ni. Kekal hijau dan segar.
Telur sememangnya antara bahan asas yang wajib ada di setiap dapur rakyat Malaysia. Dari sarapan pagi seperti telur separuh masak, sehinggalah kepada kek dan kuih tradisional, telur memainkan peranan penting dalam pelbagai hidangan. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa bentuk dan warna kulit telur sebenarnya memberi petunjuk tentang kualiti serta fungsi telur tersebut.
Jadi, sebelum anda masukkan telur ke dalam troli di pasar raya atau pasar tani, jom kita fahami rahsia di sebalik bentuk dan warna kulit telur agar anda dapat memilih yang terbaik untuk keperluan harian.
Tidak semua telur berbentuk sama. Ada yang lonjong, ada juga yang bulat. Walaupun perbezaannya kelihatan kecil, bentuk telur sebenarnya memberi petunjuk tentang nisbah antara putih dan kuning telur serta jenis penggunaan yang paling sesuai.
Telur lonjong biasanya mengandungi lebih banyak putih telur (albumin) berbanding kuningnya. Kandungan proteinnya juga lebih tinggi. Sebab itu, telur jenis ini sangat sesuai untuk mereka yang mementingkan pengambilan protein seperti ahli sukan, individu yang sedang berdiet, atau mereka yang gemar membuat omelet dan telur rebus. Selain itu, putih telur yang banyak menjadikan telur ini lebih ringan dan gebu bila dipukul. Sesuai digunakan dalam resipi seperti pavlova atau meringue.
Telur bulat pula mengandungi lebih banyak kuning telur yang kaya dengan lemak sihat dan memberikan rasa lemak berkrim. Telur jenis ini amat sesuai untuk baking atau membuat pastri kerana kuning telur membantu memberikan tekstur lembut, warna keemasan dan rasa yang lebih sedap. Jika anda suka buat kek, roti, atau tart telur, pilihlah telur berbentuk bulat!
Ramai yang keliru antara telur kulit cerah dan gelap. Warna kulit telur dipengaruhi oleh genetik ayam, tetapi ia juga mencerminkan ketebalan kulit dan ketahanannya.
Telur berwarna coklat gelap biasanya datang daripada ayam baka yang menghasilkan kulit telur lebih tebal. Ini bermakna telur jenis ini lebih tahan lama dan kurang risiko pecah. Jika anda mahu simpan stok telur untuk tempoh panjang atau bawa ketika perjalanan jauh, pilihlah telur berkulit gelap. Ketebalan kulitnya juga membantu mengekalkan kesegaran isi di dalam lebih lama.
Telur berkulit cerah pula mempunyai kulit yang lebih nipis dan mudah pecah. Walaupun nilai nutrisinya sama, ia memerlukan penyimpanan lebih berhati-hati. Simpan telur ini dalam bekas tertutup di bahagian sejuk (bukan di pintu peti sejuk) untuk mengelak perubahan suhu mendadak yang boleh mempercepatkan kerosakan.
Perhatikan juga tekstur kulit telur. Jika telur kelihatan berbintik atau bercap tompok, itu tanda ia datang daripada ayam yang lebih tua. Ayam yang sudah tua menghasilkan telur dengan kulit yang sedikit kasar dan tidak sekata. Walaupun masih selamat dimakan, jangka hayatnya lebih pendek dan kulitnya mudah retak. Bagi peniaga makanan atau bakeri, maklumat ini penting supaya telur yang digunakan sentiasa segar dan berkualiti tinggi.
Selain memahami bentuk dan warna kulit telur, cara penyimpanan juga memainkan peranan penting. Berikut beberapa tip mudah:
Tidak pasti sama ada telur masih segar atau tidak? Cuba ujian air berikut:
Memilih telur bukan sekadar soal harga atau jenama. Ia tentang memahami rahsia di sebalik bentuk dan warna kulit telur serta bagaimana setiap perincian memberi kesan kepada hasil masakan dan nilai pemakanan. Telur lonjong untuk protein, telur bulat untuk baking. Telur berkulit gelap lebih tahan lama, manakala telur cerah perlu penjagaan rapi. Telur berbintik pula menandakan ayam yang lebih tua, bukan telur rosak.
Dengan ilmu tentang bentuk dan warna kulit telur ini, pengguna boleh membuat pilihan lebih bijak di dapur. Bukan sahaja untuk rasa masakan yang lebih sedap, tetapi juga untuk kesihatan, penjimatan, dan keselamatan makanan seisi keluarga.
Periuk memang mudah berjelaga terutamanya kalau periuk kegemaran yang hari-hari kita guna untuk masak. Kesan jelaga tu bukan mudah nak tanggal. Sental separuh nyawa pun belum tentu lagi bersih sempurna.
Menerusi satu hantaran di facebook, saudari Fatin Syazana telah bertanyakan kepada umum petua-petua yang boleh beli cuba untuk membersihkan periuk yang berjelaga.
Terdapat banyak yang dikongsi. Ada yang pakai produk itu dan ini. Tapi satu petua ni dicuba oleh saudari Fatin Syazana dan memang berkesan. Lihatlah hasilnya. Bersih dan berbeza dari sebelumnya. Hanya guna beberapa bahan mudah, hasil cucian memang menakjubkan. Malah tak perlu sental dengan kuat pun. Jom try!
CARA CUCI PERIUK BERJELAGA YANG BERKESAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan air panas dengan cuka dan soda bikarbonat.
2. Rendam periuk berjelaga tadi seketika.
3. Kemudian sental menggunakan berus hitam kedai eco.
4. Hasilnya, periuk kembali bersih dan kesan jelaga mudah dihilangkan.
Periuk rumah anda pun jadi macam ni? Cubalah cara ni. Pasti kuali dan periuk nampak baru. Paling penting, tak letih menyental.
Lepas ni kalau korang makan apa sahaja jenis limau, jangan buang kulitnya kerana buah yang kaya dengan vitamin C ini, kulitnya juga boleh dimanfaatkan untuk dipelbagaikan kegunaannya di dapur anda. Untuk membuktikannya, anda kena cuba.
Menyegarkan Ruang Dapur
Limau terkenal dengan aroma yang menyegarkan, oleh itu jangan sia-siakan kulitnya , kupas dengan elok kemudian letak di beberapa sudut dapur. Dengan cara ini ia aromanya akan menyegarkan ruang dapur.
Menghalau Serangga
Selain menghasilkan aroma segar, kulit limau juga boleh menghalau serangga seperti lipas dan semut. Ia kerana serangga ini tidak menyukai aroma sitrus, jadi anda boleh letakkan kulit limau di tempat-tempat spot serangga. Berita baiknya anda tidak perlu keluarkan duit untuk halau serangga.
Menuteralkan Bau Tidak Menyenangkan
Ada bau tidak menyenangkan di ruang dapur kerana sampah basah terlupa buang atau bau hanyir selepas anda cuci ikan atau ayam. Maka penyelesaian mudah adalah dengan meletakkan kulit limau di beberapa sudut dapur, secara tidak langsung bau kulit limau akan menuteralkan bau hanyir atau tidak sedap di dapur anda.
Membersihkan Ketuhar
Bahagian dalam ketuhar kerap kotor terutama selepas anda memanggang ikan, ayam atau sebagainya. Cara paling mudah membersihkannya adalah dengan menggosokkan kulit limau yang masih segar di bahagian dalam ketuhar kotor, kemudian bersihkan dengan kain lap basah. Masakan kesan memanggang segera hilang.
Diharapkan dengan lima mafaat mengujakan dari kulit limau . Maka selepas ini jangan dibuang kulit liamu selepas memakannya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!