Selalu bila anda ingin buat mi rebus, kari dan sup mi akan dicelur dahulu sebelum sedia digunakan. Tapi masalahnya, mi yang dicelur itu melekat selepas ditoskan. Ini menyebabkan tekstur mi tidak sempurna seperti diinginkan. Jangan risau, untuk menangani masalah ini anda boleh cuba tip berikut:-
Gaulkan Dengan Minyak
Ads
Selepas mi ditoskan, masukkan satu atau dua sudu minyak sayur dan sebaiknya minyak zaitum. Kemudian gaul rata, cara ini menghindari mi dari melakat .
Gaulkan Dengan Perencah
Ads
Atau anda boleh cuba kaedah ini, panaskan satu sudu minyak masak, tumis dua ulas bawang putih yang dititik . Kemudian tambahkan satu sudu makan sos tiram dan sedikit air. Seterusnya masukkan mi, gaul rata sambil pisahkan mi yang melekat.
Ads
Tambah Mingak Dalam Air Rebusan
Ini cara paling mudah, anda hanya perlu masukkan satu atau dua sudu makan minyak sayur atau zaitun dalam air rebusan. Apabila air mendidih, masukkan mi. Kacau rata dan mi tidak akan melekat selepas ia ditoskan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anda ingin bakar ikan guna kuali? Tak ada masalah, boleh je. Jangan takut ikan akan hangus atau lekat dan tak sedap macam bakar guna pemanggang. Ikut je petua yang RASA kongsikan ini. Ia mudah dan paling penting lebih sihat kerana memasak cara ini lebih rendah kalori jika dibandingkan dengan ikan yang digoreng.
Guna Kuali Non Stick
Sekarang ramai yang mempunyai kuali non stick atau kuali tak melekat, jadi manfaatkan kuali ini untuk memanggang ikan. Bila tidak melekat, ikan lebih mudah diterbalikkan dan kulit lembutnya juga tidak melekat pada permukaan kuali. Sebagai cadang sebaiknya, guna kuali lebih lebar dari ikan.
Sapukan Kuali Dengan Sediki Minyak
Sapukan sedikit minyak , mentega atau margarin pada permukaan kuali, ia akan memberikan hasil ikan panggang akan lebih cantik, berkilat dan tanpa ada kesan kulit terkopek. Anda juga boleh sapukan sedikit mentega pada ikan , selain sebagai penambah rasa, ia membantu melindungi kulit ikan dari terlalu kering atau hangus.
Tos Ikan Sebelum Dipanggang
Apapun bahan perencah yang anda gaulkan dengan ikan yang ingin dibakar, anda perlu toskan ikan sebelum sedia diletakkan dalam kuali, ini kerana ikan yang basah akan menyebabkan kalu lembab dan anda akan mengambil lebih masa uantuk memanggang.
Guna Api Kecil
Pastikan anda guna api kecil kerana api besar tidak membantu ikan masak cepat atau sempurna, sebaliknya ikan akan cepat hangus sedangkan isi dalam masih mentah. Sebagai saranan, panaskan kuali dengan api sederhana, bila kuali sudah panas, kecilkan api dan mulakan proses memanggang ikan.
Terbalikan Ikan Bila Bahagian Bawah Sudah Masak
Isi ikan adalah lembut ia mudah hancur jika kerap dibalik-balikkan. Oleh itu balikkan bila bahagian bawah sudah masak. Cara mudah untuk memastikan ia masak atau tidak, Angkat ikat menggunakan senduk. Jika belum masak letakkan semula dan bila masak terus terbalikkannya. Sebagai saranan , semasa proses memanggang jangan tinggalkannya atau bersambil kerja lain yang jauh dari dapur, bimbang ikan akan hangus.
Senangkan, anda boleh gunakan ikan kegemaran anda, namun yang terbaik adalah menggunakan fillet ikan seperti salmon, tuna, siakap dan dori. Selamat mencuba!.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menu daging goreng kunyit amat mudah untuk disediakan dan menjadi kegemaran ramai. Namun, salah satu masalah yang kita hadapi bila memasak hidangan ini adalah dagingnya keras dan liat, terutamanya bila sudah sejuk. Untuk atasi masalah ini, jom kita baca perkongsian dan tip oleh Nana Ismail.
1. Daging tu nak senang potong dan tak juling mata nak tengok urat-urat dia adalah dengan balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak (dalam dia of coz la masih mentah). Nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong.
2. Lepas dah hiris nipis, korang goreng daging tu tanpa minyak biar air daging tu keluar dan kering. Lepas tu angkat la.
3. Haaaa dah settle 2 step tu baru la korang lumur daging letak kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging nana tu haaaa. Nampak kering macam daging yang direbus kan?
4. Lepas tu korang letak minyak then goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging tu singkat ja. Korang akan perasan, daging tu nampak tak kecut dan berjus gitu.
5. Lepas tu macam biasa laaa tumis bawang, cabai, letak sayur then bagi terjun balik daging tu. SETTLE!
Kalau korang penggemar telur separuh masak atau kuningnya lembut, ini tip yang sangat mudah boleh korang cuba. Mudah sangat, sesuai untuk korang yang belajar nak merebus telur.
Caranya, korang hanya perlu sediakan periuk, Masukkan air di dalamnya dengan ketinggian air 3cm periuk.
Tutup periuk dan renehkan air. Bila air mendidih, masukkan telur dan tutup semula periuk. Kemudian masak selama enam minit untuk telur setengah masak dan 11 minit jika ingin telur masak sempurna.
Angkat telur dan rendam dalam air sejuk, kemudian kupas telur dan ia sedia dimakan. Senangkan cara memasaknya? Penggemar telur separuh masak boleh cuba ni.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!