Bagi yang sudah biasa memasak, mesti kenal dan boleh bezakan halia dengan lengkuas. Tapi yang yang baru belajar masak atau si bujang mungkin was-was sebab secara fizikal kedua-duanya hampir sama. Kedua-duanya adalah bahan tumisan penyedap makanan yang mempunyai aroma. Walaupun hampir sama, kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza dalam masakan. Nak tahu apa dia, anda baca tip yang rasa kongsikan ini.
Warna Dan Tekstur Kulit
Halia berwarna kuning kecoklatan atau coklat lembut. Sementara lengkuas coklat yang lebih gelap dan mempunyai rerambut akan pada ruas lengkuas. Garis-garis pada lengkuas juga lebih jelas berbanding halia. Tekstur kulitnya juga lebih kasar, licin dan berkilat berbanding halia.
Ads
Warna Dan Tekstur Isi
Tekstur isi halia lebih lembut dan berserabut, sedangkan lengkuas lebih keras, sementara warna halia lebih kepada kuning muda. Lengkuas pula berwarna coklat terang dan sedikit kemerahan. Ia juga agak keras.
Bau Dan Rasa
Halia dan lengkuas mempunyai aroma yang segar sifatnya, namun bila diamati betul-betul, ia sangat berbeza. Halia mempunyai bau yang lebih kuat dan . Sementara lengkuas memiliki sedikit aroma citrus yang tersendiri dan menyegarkan. Kedua-dua rempah ratus ini mempynyai rasa yang pedas panas, tetapi lengkuas lebih kuat berbanding halia.
Penggunaan Dalam Masakan
Ads
Kedua-dua bahan ini digunakan kerana fungsinya yang memberikan aroma dalam masakan. Namun lengkuas jika digunakan dalam masakan dengan carra hirisan atau ketuk, ia tidak boleh dimakan sekali kerana keras. Sedangkan halia, walaupun tidak dihancurkan ia boleh dimakan bersama bahan masakan yang lain sebab kembut dan rasa hangat yang lembut.
Jenis Masakan
Ads
Disebabkan aromanya yang hangat lembut, halia lebih meluas penggunaannya dalam masakan dan juga minuman serta kuih muih berbanding dengan lengkuas yang panas, pedas lebih kuat. Kerana itu, lengkuas banyak digunakan dalam kebanyakan masakan Asia yang lebih pedas dan panas sifatnya seperti rendang, tomyam dan singgang..
Jelaskan berbezaannya? Jadi jangan tersalah beli dan penggunaannya ye.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Tengah asyik memasak, tiba-tiba api menyambar kuali yang sedang panas. Biasanya kita akan panik dan terus cari air untuk padamkan api.
Tapi sebenarnya tindakan ini tak akan memadamkan api malah mungkin menyebabkan api semakin marak. Jika berdepan dengan situasi ini di dapur berikut adalah cara betul untuk memadamkan api.
1. Guna tuala basah
Jika api menyambar minyak yang panas dalam periuk atau kuali cari tuala lalu basahkan.
Letak tuala basah atas periuk atau kuali yang terbakar. Jauhkan bahagian badan dan kepala hanya hulurkan tangan untuk meletakkan tuala.
Selepas letak tuala atas periuk yang terbakar, padamkan tombol api. Biarkan tuala kekal di atas kuali selama lima minit. Jangan angkat kerana kemungkinan api masih belum padam sepenuhnya.
Selepas tutup tombol api, alihkan periuk ke singki atau ke luar rumah. Tutup juga kepala tong gas.
Boleh rujuk video di bawah
2. Guna penutup periuk
Satu lagi cara sekiranya api menyambar periuk, boleh juga menggunakan penutup periuk untuk memadamkannya.
Tapi pastikan jangan menutupkan dari atas sebaliknya sorong tudung periuk dari tepi untuk menutupnya.
Tindakan letakkan penutup dari atas hanya akan menyebabkan api dalam periuk makin besar. Malah air yang disimbah itu juga akan memercikkan minyak yang panas.
Kalau selama ini kulit telur selalunya kita buang saja, lepas ni simpan sikit untuk semai biji benih untuk bercucuk tanam.
Senang dan jimat, tak perlu beli bekas semaian. Nak ubah ke pasu pun mudah. Cuma pecahkan dan tanam. Penggunaan kulit telur ini juga ada kelebihan untuk tanaman.
Jika nak cuba kaedah ini boleh ikuti langkah yang dikongsi oleh Siti Yahya yang memang mempraktikkan cara semaian begini.
Cara semai biji benih guna kulit telur
1. Mula-mula bersihkan dulu kulit telur yang nak digunakan untuk buang lendir. Boleh jemur atau ;ebih mudah, masukkan dalam microwave dan panaskan selama 2 minit.
2. Seterusnya boleh masukkan tanah campuran dalam kulit telur. Tapi pastikan tanah ini dibasahkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan.
3. Letak satu biji benih saja dalam kulit telur.
4. Tempatkan kulit telur berisi biji benih ini di ruang yang teduh, tidak terkena matahari terus. Boleh juga letak atau tumpang di mana-mana pasu berisi tanaman supaya terlindung.
5. Siram sekali sehari saja. Memandangkan kulit telur ini kecil saiznya, boleh celupkan tangan dalam bekas air kemudian titiskan dalam bekas semaian telur tadi.
6. Bila biji benih bercambah dan keluar 4 helai daun bolehlah alihkan ke pasu. Caranya, angkat dan genggam kulit telur supaya pecah sedikit dan terus tanam dalam pasu bersama kulit telur tadi.
Penggunaan kulit telur ini sebenarnya ada kelebihan, baik untuk tanaman kerana kulit telur itu sendiri ada unsur kalsium untuk suburkan tanaman.
Papan pemotong terutamanya yang plastik memang mudah kotor dan menjadi kehitaman lebih-lebih lagi jika ia banyak digunakan dalam aktiviti memasak seharian. Kadang-kala jika dicuci dengan sabun pun kesannya masih tidak tanggal.
Berikut adalah cara mudah dan berkesan untuk membersihkan papan pemotong plastik anda. Memang nampak macam baru! Jom cuba. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
BAHAN-BAHAN:
Limau nipis
Baking soda
Cuka
CARA-CARA:
Ambil limau dan belah dua.
Kemudian ambil Baking Soda dan tabur pada permukaan papan pemotong.
Gosok papan pemotong menggunakan potongan limau tadi. Biar selama 10 minit.
Ambil potongan limau dan gosok lagi pada permukaan papan pemotong.
Seterusnya tuang cuka. Gosok lagi sehingga semua kotoran hilang. Boleh guna berus besi untuk menyental.
Bilas hingga bersih. Hasilnya papan pemotong anda kelihatan lebih bersih dan seakan baru.
Tonton video cara-cara nak bersihkan papan pemotong disini:
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...