Pernah tak alami situasi nak beli kucai terbeli daun bawang. Haha…mesti adakan? Ini adalah perkara biasa kerana kedua-dua jenis daun ini hampir sama dari segi rupa bentuk dan warna. Sebenarnya, daun kucai langsung tak sama dengan daun bawang. Kalau nak tau perbezaannya, korang boleh baca info berikut:-
Daun Bawang adalah Bawang & Kucai adalah Daun:
Walaupun kedua jenis daun ini dalam keluarga yang sama iaitu ‘bawang’ namun daun bawang lebih sesuai dipanggil bawang kerana ia dicabut seperti bawang dan dijual dengan akar sekali sama seperti bawang. Sementara kucai adalah sejenis daun, sebab ia dipotong lebih kurang 5 cm dari pangkal pokok sebelum dijual.
Bentuk Fizikal & Warna:
Secara fizikalnya kedua-dua daun hampir sama bentuk dan panjang. Namun daun bawang mempunyai ukuran lebih besar, bulat, panjang, dan lembut teksturnya berbanding daun kucai yang lebih nipis pandat hampir sama dengan rumput. Kalau dipegang daun bawang lebih lembut dan rapuh kerana bentuknya seperti penyedu minuman berlubang di tengah. Walaupun sekilas pandang kedua-dua daun berwarna hijau, tetapi daun bawang berwatna hijau lembut dan menjadi putih di bahagian pangkalnya sedangkan kucai tetap berwarna hijau hingga ke pangkal.
Rasa & Bau:
Daun bawang mempunyai rasa sama seperti bawang tetapi lebih lembut dan mempunyai aroma khusus, rasa ini akan lebih dirasai bila campurkan dalam makanan dan dimakan. Sementara daun kucai aromanya hampir sama dengan bau bawang putih. Jika tidak dimasak rasanya sedikit menyengat.
Fungsi Dalam Masakan:
Berbading daun kucai, daun bawang digunakan sebagai pelengkap rasa dalam makanan, seperti dimasukkan dalam sup dan makanan bergoreng sebagai hiasan dan penambah rasa. Sementara daun kucai kerap dijumpai dalam makanan, seperti campuran dalam cucur, mi atau kuetiaw dan sayur-sayuran lain. Namun jika digunakan sebagai pelengkap makanan, kedua-duanya boleh digunakan dan boleh digantikan antara satu sama lain.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Serbuk minuman seperti kopi, susu, coklat masih banyak lagi dalam balang tapi malangnya dah keras gara-gara disimpan lama. Memang satu kerja pula untuk menghancurkannya supaya dapat digunakan.
Bagi elak perkara ini berlaku terutama buat jarang membancuh minuman di rumah boleh praktikkan tip mudah ini.
Caranya cuma beli penyerap oksigen untuk makanan atau oxygen absober ini di kedai bakeri atau pun secara online.
Sewaktu tuang serbuk minuman ke dalam balang sama ada Milo, Nescafe atau apa juga serbuk termasuklah kopi, teh dan sebagainya letak sekali satu paket penyerap oksigen ini.
Cara ini serbuk minuman yang disimpan takkan keras kerana udara/oksigen yang jadi punca ia berlaku sudapun diserap.
Mudah sangat tip ini kan. Kalau nak beli penyerap oksigen secara online, klik SINI.
Cara biasa sebelum menggoreng ikan, anda akan lumur dengan serbuk kunyit dan garam kemudian goreng. Nak lagi sedap, gunakan rempah istimewa yang dikongsikan oleh Cik Puan Mai Mgnesium. Rempah yang terhasil ini boleh digaul dalam 4 jenis masakan anda. Resipi rempah ini diturunkan daripada ibu beliau. Jom cuba!
Jenis Masakan Yang Boleh Digunakan Dengan Rempah Ini
Ikan goreng
Ubi kayu
Tempe goreng
Ayam goreng
5 Bahan Rempah Utama:
Bawang putih – banyak
Kunyit hidup – 2 inci
Jintan putih
Ketumbar
Garam himalayan atau sea salt
Cara mebuatnya:
Kisar/tumbuk sampai lumat. Bawang putih banyak pun tak apa. Bagus untuk sistem tubuh.
Tambahan
Boleh tambah tepung beras / jagung untuk salutan tapi sebaiknya tak perlu letak.
Masa mengisar jangan masukkan air banyak sangat
Cara Untuk Menggoreng Ayam
Masukkan lengkuas yang dikisar untuk serabut-serabut (tolong potong lengkuas dulu sebelum masuk dalam blender atau blender akan cepat rosak).
Boleh tambah daun kari untuk bangkitkan aroma.
Cara Untuk Menggoreng Ubi Kayu
Kredit: SurayaMsyed
Rebus dulu ubi kayu, tapi jangan sampai hancur. Kemudian barulah gaul dengan bumbu atau rempah.
Perap dalam 30 minit ke 1 jam dan goreng.
Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ubi kayu perap.
Boleh Ke Blend Banyak Dan Simpan?
Tak boleh, sebaiknya biarkan fresh
Boleh makan dengan sambal kicap johor
Sangan / Goreng Tanpa Minyak
Cara ini juga boleh dilakukan dengan menggoreng tanpa minyak sekejap rempah jantan putih dan ketumbar dalam kuali. Ia akan membangkitkan aroma rempah dengan lebih baik.
Mak Pesan
Jangan risau tangan kuning masa menggaul sebab kunyit tu kan bagus untuk kulit kita. Lagipun, mak kata gaul dengan tangan, enzim ibu tu masuk. Nanti anak-anak akan dengar cakap dan suami pun sayang lebih.
Ayam pencen memang enak dimasak dengan pelbagai hidangan seperti rendang, kari, gulai dan bermacam-macam lagi. Namun, isi ayam ini bukan mudah dimasak seperti isi ayam biasa. Ia mempunyai tekstur yang lebih keras serta liat.
Bagi memudahkan isi ayam ini empuk sewaktu dimasak, ada petua yang boleh dicuba. Antara yang boleh dicuba adalah:
BAHAN-BAHAN:
Ayam tua – dibersihkan
Betik muda
CARA-CARA:
Hiris betik muda bersama-sama kulitnya.
Masukkan ke dalam bekas berisi ayam dan rendam selama 10-15 minit.
Kemudian bolehlah dibersihkan dan dimasak seperti biasa.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!