Panas begini sedapnya hirup kopi ais yang padu rasanya. Nak buat sendiri, boleh cuba cara yang dikongsi oleh Ben Safwan ni. Serbuk kopi premium Ben guna, warna hitam tak terlalu terang. Sukatan ini untuk 1.6 liter. Korang memang kena buat , kaw kaw sedapnya.
Nak cantik kena seimbang,bukan hanya jaga kulit, pemakanan pun kena jaga tau. Baru kebabom. Boleh cuba jus yang dikongsikan oleh Sharinaz Redwan yang sering diamalkannya. Jus ini sebaiknya diminum pagi semasa perut kosong. Bagus untuk detox badan dan cantikkan usus. Lepas minum korang akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh dan fit. Hanya menggunakan bahan asas, timun, epal hijau, lemon dan madu. Mudah sangat membuatnya.
JUS EPAL,TIMUN & LEMON
Bahan-bahan:
1 biji epal hijau
1/2 biji timun
2 hiris lemon, ambil jus je
1-2 sudu besar madu
Air suam untuk kisar
Cara membuat:
1.Semua bahan di atas ni dikisar. Nak tapis boleh. Lagi bagus tidak kerana mengandungi serat yang tinggi.
Air Katira minuman yang cukup popular dan sentiasa diburu di bazar-bazar Ramadan. Ada berbagai versi Air Katira namun Air Katira yang paling sedap dan mantap tentulah Air Katira versi Johor. Sebenarnya tidak susah mana pun hendak membuat Air Katira. Apa kata berbuka hari ini kita cuba buat Air Katira mengikut resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar katira 1 sudu besar biji selasih – BELI ONLINE 3 biji kurma 3 biji kembang semangkuk 4 biji badam 4 helai daun pandan 4 sudu besar gula –BELI ONLINE 1 liter susu segar
*untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500 ml
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.
2. Semua bahan ini akan mengembang. Jika Sudah kembang, kira sudah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.
3. Sementara itu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan carik halus, sekadar untuk hiasan.
4. Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
5. Bahan-bahan rendam tadi sudah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.
6. Boleh satukan semua bahan yang kita sudah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos. Jangan tuang terus dalam susu. Ini bagi mengelakkan susu menjadi cair. Jangan lupa masukkan badam. Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tidak perlu tambah gula.
7. Air katira Johor sudah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.
Sirap; banyak kenangan dan nostalgia disebalik minuman ini. Waktu kecil dulu, inilah minuman paling sedap yang kita boleh minum sama ada di rumah atau di majlis kenduri. Jika di bulan puasa, memang inilah air berbuka yang paling ditunggu-tunggu. Teringin nak rasa air sirap macam yang selalu minum zaman kanak-kanak dulu? Resipi perkongsian saudari Azizah Zainudin mungkin boleh imbau kembali nostalgia lalu. Jom cuba!
Satu lagi resepi yang saya pelajari ketika berada di kampung Pulau Pinang. Kali ini belajar dengan mak su. Air sirap ini adalah air wajib ada dalam peti ais. Kalau sampai di kampung, air inilah yang akan dicari terlebih dahulu. Air sirap ini tidak pernah berubah rasa sejak pertama kali saya minum pada tahun 2006 hingga kini. Air sirap je pun! Tapi ni sirap bukan sebarang sirap tau, rasanya bukan main sedap lagi. Boleh terbawa-bawa sampai mimpi. Hihihi. Semoga manfaat resepi ini akan mengalirkan pahala berterusan buat mak su.
CARA MASAK BANCUHAN SIRAP SEDAP
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Satukan air, gula dan daun pandan ke dalam periuk.Kemudian masukkan jintan manis.
2. Seterusnya masukkan buah pelaga.
3. Tambahkan sirap. Masak hingga pekat. Kepekatan bergantung pada citarasa masing-masing. Lagi lama dimasak,lebih bagus.
4. Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap. Ditambah pula dengan wangian daun pandan. 5. Selepas bancuhan sirap siap dimasak, biarkan sejuk sebelum ditapis dan disimpan dalam bekas bersesuaian. 6. Untuk menikmatinya, hanya ambil jumlah tertentu dan bancuh dengan air. Selamat mencuba!