Ini Cara Senang Bangkitkan Aroma Rempah Ratus & Ramuan Masakan.

Share

Ini 4 Cara Bangkitkan Aroma Rempah & Ramuan Masakan.

Setuju tak kalau dikatakan  masakan Melayu kaya dengan bahan ramuan dan rempah ratus, Hal inilah yang menjadikan rasa dan aroma masakan tradisi ini agak unik dan setiap masakan yang dimasak mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri, tidak sama antara satu sama lain.  Namun bukan mudah untuk membangkitkan aroma dan rasa istimewa ini, bagi mendapatkan manfaat tersebut, berikut ada empat caranya

 

Ketuk & Titik

Bahan ramuan yang  keras seperti lengkuas, halia dan serai mesti dititik atau diketuk sebelum digunakan, cara ini membuat aroma dan rasanya  lebih mudah keluar dan dirasai. Anda boleh menggunakan anak lesung batu atau belakang pisau untuk mengetuknya. Atau boleh juga kisar, sementara untuk daun kunyit boleh saja dicarik-carik dan disimpulkan.

Goreng Sangai

Aroma dan rasa rempah akan lebih terasa jika ia digoreng sangai  dahulu. Antara rempah ratus yang boleh disangai, ia termasuklah ketumbar biji, jintan manis, jintan putih, buah pelaga dan juga bunga cengkih. Kemudian baru dikisar kasar atau halus.  Goreng sangai adalah proses menggoreng tanpa minyak di atas api kecil dan sentiasa dikacau. Rempah ratus yang digoreng sangai juga boleh tahan lebih lama.

Carik-Carik  & Simpul

Daun kunyit, pandan dan limau purut adalah daun-daun yang digunakan dalam masakan kerana aromanya. Untuk memastikan aromanya keluar dan sebati dalam masakan, koyak atau carikkan dedaun tersebut sebelum masukkan dalam masakan dan menjadikan araoma dan rasa masakan tersebut lebih sedap. Untuk daun pandan dan daun kunyit boleh dicarik kemudian simpul dan masukkan dalam masakan.

Hiris Atau Ikat

Dedaun seperti daun bawang, ketumbar dan saleri perlu dihiris sebelum dimasukkan dalam masakan.  Sedangkan tujuan menghiris itu adalah untuk mengeluarkan baud an rasa.  Tetapi jika anda tidak mahu tergigit daun ini semasa makan, anda masih boleh mendapatkan aromanya dengan cara simpulkan sahaja daun ini selepas dicuci bersih kemudian masukkan dalam masakan.

Jangan lupa praktikan info ini  supaya masakan anda  lebih sedap dan kaya dengan aroma.

 

IKLAN