Bila aroma masakan mulaĀ menggoda selera, di tekak bagaikan terasa keenakan sehingga tidak sabar untuk makan.Ā Di sebalik semua ini, Ā rempah ratus dan bahan tumisan mempunai aroma Ā yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Bagi mengeluarkan aroma ini, ada cara tertentu yang anda lakukan bagi memastikan masakanĀ lebih sedap menyelerakan.
Ā
Titik – Serai, HaliaĀ Dan Lengkuas
BahanĀ penumis segarĀ seperti serai, halia dan lengkuas lebih sesuai dititik sebelum sedia dimasukkan dalam masakan, terutama masakan yang berkuah seperti tomyam, gulai lemak dan kari. Dengan cara ini aromanya lebih bangkit. Atau masukkan semasa menumis jika masakan itu perlu ditumis terlebih dahulu.
Ā
Sangai (goreng tanpa minyak)
Ads
Rempah ratusĀ berberbiji seperti ketumbar, jintan, buah pelaga dan jintan lebih sedap dan wangi bila disangai terlebih dahulu sebelum dikisar dan digunakan dalam masakan. Ā Dengan berbuat demikian aroma rempah ratus akan menjadikan masakan lebih sedap.Ā Rempah ratus yang telah disangai juga tahan lebih lama disimpan.
Dibakar āBelacan
Belacan sangat kuat baunya.Ā Tetapi untuk mendapatkan rasa dan aroma lebih sedap sebaiknya bakar belacan sebelum digunakan dalam masakan. Mudah caranya, cucuk pada garpu atau lidi kemudian bakarĀ menggunakan api dapur hingga ia berubah warna. Selain belacan, kunyit hidup juga lebih sedap jika dibakar, selain membantu menghilangkan bau maung ia akan memberikan warna kuning kunyit yang lebih menyerlah.
Koyak Atau Carikā Daun kunyit, pandan, limau purut dan salam.
Masakan yang ada campuran daun kunyit, pandan, limau purut atau daun salam, untuk membangkitkan aromanya, daun-daun tersebut perlu dikoyak atau dicarik dahulu sebelum dimasukan dalam masakan. Tujuannya untuk mengeluarkan baunya agar sebati dalam masakan.Ā Masakan tomyam misalnya, ia rasa lebih sedap jika bangkit aroma daun limau purut dan serainya yang segar dan wangi.
Hiris Atau Simpul – Daun Bawang, Ketumbar & Saderi
Ads
Untuk mendapatkan aroma daun bawang, ketumbar dan saderi perlu dihiris. Biasanya semua daun ini dimasukkan di akhir masakan atau semasa masakan dihidangkan. Tetapi jika anda tidak suka akan rasanya, aroma masih boleh dimasukkan dalam masakan dengan cara menyimpul dan masukkan dalam masakan agar rasa dan aromanya lebih sedap dan wangi.
Dilarutkan ā Asam Jawa
Asam Jawa sebaiknya dilarutkan dahulu dengan air suam sebelum sedia dimasukkan dalam masakan. Tujuannya bancuhan air asam akan lebih mesra dengan masakan dan memberi rasa dan aroma yang lebih sedap. Bagaimana pun sekarang sudah ada asam jawa yang dijual dalam bentuk pes, Pun begitu sebaikknya anda bancuh juga terlebih dahulu.
Ads
Diharapkan dengan sedikit makluman ini, anda boleh amalan semasa memasak, agar rasa dan aroma masakan lebih sedap dan mantap.
Selamat mencuba!.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ingin makan masakan udang yang sedap dan terasa manis dan segar isinya tanpa perlu keluar duit banyak makan di restoran ternama atau hotel ye.Ā Sebenarnya, korang boleh je masak sendiri di rumah hanya dengan ikut tip cara membersih dan memasak undang yang RASA kongsikan ini. Sebenarnya ia sangat mudah, cuma perlu tahu cara dan teknik untuk membersih dan memasaknya saja.
CARA MEMBERSIH UDANG:
Cuci udang di bawah air mengalir
Jika ingin memasak dengan kulit sekali, korang perlu gunting sesunggutnya saja. Jika kepala udang hampir tertanggal, pisahkan saja dan bersihkan kepala udang kemudian rebus jadikan stok udang.
Setelah dibersihkan, lumurkan udang dengan air limau nipis dan sedikit garam. Cuci bersih dan toskan.
Jika ingin menggunakan isi udang tanpa kulit, korang boleh rendam dengan campuran cuka makan dan air. Tujuannya untuk melembutkan kulit udang supaya lebih mudah dikopek.
Jangan lupa membersihkanĀ kotoran yang ada dibahagian belakang udang, caranya hiris sedikit dan tarik benang hijau kehitam yang ada dibahagian belakangnya itu.
Jika tidak terus dimasak,Ā simpan udang dalam peti sejuk untuk kekalkanĀ kesegaran dan mengelakkan dari tercemar dengan bakteria. Tapi jangan simpan terlalu lama, sebaiknya elakkan juga dariĀ frozenkannya lebih dari sekali.
CARA MEMASAK UDANG:
Masak dengan api besar.Ā Jika ingin memasak dengan cara menumis atau menggoreng sebaiknya guna api besarĀ dan masak dengan pantas. Tujuannya untuk mengekalkan rasa manis dan kesegaran udang.
Masukkan dalam air mendidih, jika ingin merebus masukkan udang, jangan lupa tambahkan sedikit garam dalam air rebusan Ā dan tutup seketika periuk. Seketika kemudian keluarkan udang dan celupkan ke dalam air sejuk. Tujuannya untuk menghentikan proses memasak udang tersebut.
Memasak dengan cepat supaya isi udang kenyal dan manis. Masaklah udang sekitar 3-4 minit sahaja atau sampai udang berubah warna kemerahan kerana tekstur isi udang sangat lembut.
Ā UDANG GORENG MENTEGA TELUR
Ā BAHAN UNTUK UDANG GORENG:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan
8 biji cili padi | dihiris
1/2 cawan susu seger
1 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SARANG TELUR:
2 biji telur kuning
1 sudu makan mentega
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang bersama garam dan lada sulah secukupnya. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng udang sehingga kemerahan.
Angkat dan toskan.
Kemudian keluarkan minyak kerana ia tidak digunakan lagi.
Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan cili hingga garing dan naik bau.
Masukkan susu cair, kacau seketika. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi.
Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
Untuk membuat sarang telur. Pukul ringan kuning telur.
Panaskan mentega bersama minyak masak sehingga panas, tuangkan kuningan telur sedikit demi sedikit supaya telur masuk kuali halus-halus.
Sambil itu kacau laju-laju hingga telur habis.
Terus kacau sehingga telur kelihatan bersarang dan berwarna kuning keemasan.
Kemudian tuangkan ke atas tapisan untuk toskan minyak.
Akhir sekali taburkan di atas udang dan hidangkan panas-panas.
Semoga dengan tip ini korang boleh menyediakan menu udang setanding dengan restoran ataupun hotel ternama.
Buah nenas adalah superfood yang banyak khasiatnya, dan bagi yang menyukainya mungkin akan membelinya beberapa biji sekali gus dimakan. Terutama sekali jika harganya murah.
Cuma jika beli dalam kuantiti yang banyak, cara menyimpan nenas ini perlulah betul supaya tak cepat rosak. Selalunya kita mungkin kupas sebiji saja dan selebihnya disimpan. Memandangkan kita tak menyimpannya dalam peti sejukĀ jadi boleh praktikkan cara simpan nenas agar tahan lama yang dikongsi oleh Huda Zainal.
Tip simpan nenas tahan lama
Ujar beliau di rumahnya nenas memang buah yang tak putus stok, sekali beli 3 biji terus. Selalu selepas tiga hari buah nenas yang terakhir dipotong sudah lembik dan busuk.
Tapi sejak mempraktikkan tip yang diperoleh dari satu video, buah ini masih elok sehingga 6 hari, tak busuk atau berair. Caranya mudah sangat;
1. Potong dulu bahagian atas/ jambul nenas. Buang daun-daun yang tajam.
2. Sediakan bekas dan letak nenas secara terbalik. Bahagian atas letak ke bawah.
Itu saja, cara ini nenas akan tahan sampai 6 hari.
Melalui facebook Rasa Share Resipi, Husna Azlan telah berkongsi tip yang sangat berguna untuk semua yang ingin masak ikan. Ini kerana dia berkongsi petua untuk hilangkan hanyir pada ikan. Masak ikan kalau masih ada bau hanyir, memang sangat tak best, kan?
Jom kita baca apa petua daripada Husna.
1. Orang dulu, kalau nak hilangkan bau hanyir ikan, mereka akan letak gandum, limau, cuka atau garam kasar. Rasa ikan lepas dimasak pun best berbanding kalau dibasuh biasa tanpa diletak apa-apa pada ikan.
2. Satu lagi cara adalah gunakan daun pokok jambu batu. Ambil beberapa helai daun jambu ikut pada jumlah ikan yang hendak dimasak. Kemudian basuh dan ramas daun jambu itu. Ramas dalam air. Kemudian rendam ikan dalam air ramasan daun jambu itu. Gosok pada ikan. Bilas ikan. Kemudian masak macam biasa.