
Salah satu cara nak buat udang goreng yang sangat sedap. Campur dengan mentega dan juga keju mozarella. Resipi ini dikongsi oleh Bunga di facebook group Rasa Share Resipi. Jom tengok, lepas tu boleh try buat.
UDANG HARIMAU GORENG BUTTER MOZARELLA

BAHAN-BAHAN
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukupnya (BELI DI SINI)
5 ekor udang harimau
Minyak masak secukupnya
5 sudu besar mentega (BELI DI SINI)
1 biji bawang holland (hiris nipis)
5 tangkai cili padi (potong serong)
Keju mozarella secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Lumur serbuk kunyit dan garam pada udang. Gaul. Panaskan minyak masak. Goreng udang selama seminit. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan mentega. Masukkan bawang holand dan cili padi. Tumis sampai naik bau.
3. Masukkan udang tadi. Gaul rata. Matikan api. Angkat dan letak dalam pinggan.
4. Ketika udang masih panas, taburkan keju mozarella. Biarkan keju mencair. Sedia dihidang.
Sumber: facebook Bunga
ANDA MUNGKIN SUKA RESIPI INI JUGA
https://rasa.my/cara-buat-bancuhan-tepung-pisang-goreng-yang-rangup-dan-sedap/
https://rasa.my/nasi-serai-halia-bantu-buang-angin-dalam-badan/
VIDEO YOUTUBE
https://www.youtube.com/watch?v=0XB6t7I7-ZM
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Salted Egg Crab Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

Sedapnya Salted Egg Crab @ Ketam Telur Masin. Ketam segar memang sangat enak dimasak mentega telur masin begini selain digulai atau dimasak cili.
Andai menikmatinya di restoran makanan laut, harga pastinya sangat mahal. Untuk lebih jimat, anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Yang paling penting, guna ketam yang segar. Memang terasa kemanisan isinya.
Tak makan ketam? Jangan risau. Boleh sahaja gantikna dengan udang atau isi ayam. Goreng terlebih dahulu dengan bancuhan tepung gandum. Memang ngam! Oh ya, kena guna telur masin asli tau. Barulah lebih enak. Elakkan guna campuran telur masin segera. Kurang enak rasanya.
Jom cuba resipi Salted Egg Crab perkongsian saudari Izzati Insyirah Rosli. Anda dan keluarga pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK SALTED EGG CRAB MUDAH & SEDAP MACAM RESTORAN
BAHAN-BAHAN:
Ketam
Sedikit tepung jagung – beli online disini
Telur masin direbus – beli online disini
Daun kari
Cili padi ikut kepedasan masing-masing
2 sudu makan mentega – beli online disini
Susu cair | anggaran 1/2 cawan – beli online disini
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula
CARA MEMASAK:
1.Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur (kalau tak nak putih telur pun tak apa). Ketepikan.

2. Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng hingga masak.


3. Dalam kuali berasingan, panaskan mentega dan masukkan daun kari serta cili padi. Tumis sehingga wangi.

4. Kemudian masukkan susu cair dan gula secukup rasa. Tunggu sampai berbuih.

5. Masukkan telur masin dan ketam yang sudah digoreng.

6. Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi.

7. Ok siap! Sedia dimakan dengan nasi panas.

Kredit foto & resipi: Izzati Insyirah Rosli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Aiskrim Jeruk Mangga Macam Dulu-Dulu. Begini Cara Buatnya
Dijamin Bersih & Halal, Buat Sendiri Sawi Jeruk Hanya Guna 5 Bahan
Cara Mudah Buat Ikan Masin / Ikan Budu / Ikan Jeruk Secara Homemade
Tak Sakit Tekak, Buat Sendiri Jeruk Mangga Sedap Tanpa Guna Ibu Jeruk
Buat Sendiri Jeruk Limau Nipis Homemade. Mudah, Sedap, Pelbagai Guna
Cara Buat Cili Jeruk Homemade Yang Sedap, Rangup & Tak Lembik
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Sotong Kari Pekat Dan Likat, Tak Perlu Guna Santan Pun

Sotong Kari Pekat memang menu yang menjadi daya tarikan di restoran-restoran mamak. Tapi awas, hendak ambil lauk Sotong Kari Pekat ini kena hati-hati. Poket mesti tebal sebab biasanya harga untuk makanan laut agak mahal. Jadi jika anda dan keluarga memang suka makan Sotong Kari Pekat, apa kata cuba resipi Sotong Kari Pekat (tanpa santan) seperti yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah
RESEPI SOTONG KARI PEKAT (TANPA SANTAN)

BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong (dibersihkan)
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris) – BELI ONLINE
1 sm halia (dihiris) – BELI ONLINE
3 sudu perahan asam jawa – BELI ONLINE
1 buah tomato (dibelah 6)
Daun ketumbar (2-3 sudu besar)
Minyak masak secukupnya – BELI ONLINE
Serbuk perasa
Garam
7 sudu besar serbuk kari ikan – BELI ONLINE
Sedikit air

NOTA: Tidak perlu menggunakan air kerana apabila memasak sotong nanti airnya akan keluar sendiri.
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari. Masak sehingga sedikit keperangan.

2. Kemudian masukkan paste rempah kari (bancuhan serbuk kari ikan dan sedikit air). Kacau sebati, masak sehingga pecah minyak (mengunakan api yang sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah akan kelihatan cantik). Sentiasa kacau, jangan berhenti.


3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan perahan air asam jawa dan kacau lagi sehingga minyak berwarna oren gelap. (Masih menggunakan api sederhana).


4. Selepas itu, masukkan sotong yang telah dibersihkan tadi. Masakkan seketika.

5. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tomato. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. (boleh tambahkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan).



6. Tunggu sedikit kering dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.

Sumber kredit: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Asam Pedas Ayam Stail Nyonya, Kuah Pekat, Memang Kaw!
Pecal Lele Lemak Daun Cekur, Kuah Pekat Dan Padu, Memang Tangkap Leleh
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cuba 5 Jenis Resipi Paling Popular Ni, Kalau Nak Masak Lala Atau Kepah.

Kalau nak masak kepah atau lala untuk hidangan tengahari, inilah dia resipi kegemaran rakyat Malaysia. 5 jenis resipi yang paling laris dan mudah disediakan. Hidangkan dengan nasi putih memang laju je menghirup isi lala tu licin je masuk ke mulut. Resipi ni sesuai juga untuk hidangan lain seperti udang, ketam dan juga ayam. Boleh pelbagaikan dan sangat versatil.
LALA MASAM MANIS

Bahan A – Tumis
- 1/2 inci halia – di hiris
- 1 ulas bawang putih – di cincang
Bahan B – Sos
- 2 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh gula
Bahan C
- 1 Kg siput Lala – di bersihkan
- 1 cawan air larutkan bersama 1 sudu teh tepung jagung
- minyak untuk menumis
- 1 biji telur – di pukul
- 1/2 labu bawang holland – di hiris
- 1 tangkai cili merah – di hiris
- garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Masukkan minyak kedalam kuali, tumis semua bahan-bahan A sehingga wangi.
2. Tuang bahan sos iaitu sos tomato, sos cili, sos tiram dan gula kedalam bahan tumisan sambil di kacau hingga sebati.
3. Seterusnya masukkan siput Lala kedalam bahan sos sambil di kacau dan masukkan bawang holland, cili merah, gula dan air.
4. Masak hingga mendidih dan lala terbuka dan masukkan garam secukup rasa.
5. Seterusnya tuang telur yang di pukul tadi, biarkan sebentar dan kacau sehingga telur sebati dengan kuah.
6. Hidangkan dengan nasi panas.
Kredit resipi: fizalgk.blogspot.com
KEPAH MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahan:
- 1kg kepah
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1/2 in kunyit hidup
- 5 biji cili api(jum.ikut suka)
- 2 keping asam keping
- 1 helai daun kunyit-di koyak
- 3 batang serai -diketuk
- 1 cawan santan pekat
- 1 1/2 cawan air
- garam dan sedikit gula jika suka
Cara Memasak:
- Bersihkan kepah dan toskan.
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili api.
- Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk, asam keping, serai, santan dan air ke dalam periuk.
- Masak hingga hampir mendidih dan masukkan kepah, daun kunyit, garam dan gula secukup rasa.
- Masak sekejap lagi hingga cengkerang kepah berubah warna kemerahan.
- Padamkan api dan hidangkan panas-panas.
Kredit resipi: suzana-ciksue.
SUP KEPAH

BAHAN-BAHAN:
- 1+ kg kepah, cuci bersih dan toskan
- 2 batang serai, diketuk
- 1 helai daun kunyit, disiat
- 10 biji cili padi, diketuk
- 6 biji bawang merah kecil, hiris
- 2 ulas bawan putih, hiris
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
- Sedikit minyak untuk menumis
- Bawang goreng untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 2 camca besar). Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga harum, masukkan kepah. Gaul rata dan masak 2-3 minit. Tuang air secukupnya ( hingga tenggelam kepah tadi) dan biar mendidih.
- Masukkan cili padi dan daun kunyit. Masak dengan api sederhana hingga kepah masak (bila anda nampak cengkerang kepah terbuka). Perasakan dengan garam secukup rasa dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.
Kredit resipi: tiffin biru
LALA ALA SHELL OUT

BAHAN-BAHAN:
- 1 kg lala
- Bawang putih
- Bawang merah
- Lada kering
- Halia
- Serai (ketuk atau blend) *option
- Garam dan penambah perasa
- Gula
- Sedikit minyak
Cara memasak:
1. Rebus lala sehingga agak masak (kerang lala mula berbuka
2. Blend bawang putih, bawang merah, halia, lada kering.
3. Tumis bahan blend tadi sehingga pecah minyak
4.Masukkan serai dan kacau sehingga naik bau.
5. Masukkan gula garam dan penambah perasa.
6. Masukkan lala yang telah direbus. Kacau sehingga kerang nya terbuka dan kuah kering.
Kredit resipi: aswaleyla
LALA KAM HEONG

Bahan-bahan:
- 1/2 kg lala dibersihkan dan tos airnya
- 8 ulas bawang merah dihiris nipis – boleh juga guna bawang besar
- 6 ulas bawang putih dihiris nipis atau dicincang
- 1 inci halia dihiris memanjang
- 6-7 helai daun kari
- Sedikit daun bawang secukupnya di potong
- Cili merah dipotong
- Sedikit minyak untuk tumis
Bahan disatukan sekali dan gaul rata menjadi paste
- 3 sudu besar rempah kari ikan
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 3 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar sos tomato
- 5-6 sudu besar kicap pekat – atau lebih jika perlu
Cara memasak:
- Panaskan minyak, tumis bawang yang dihiris dan biarkan wangi dulu. Masukkan daun kari. Kemudian masukkan paste campuran kicap, sos tiram dan rempah tadi. Gaul rata.
- Masukkan lala dan kacau. Jangan tambah air ye sebab lala tu dah ada air. Nanti isi lala kecut, air tu akan keluar sendiri.
- Tabur daun bawang dan cili merah potong akhir sekali, siap dan boleh dihidangkan.
Kredit resipi: enyabdullah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

