Menjadi ibu pada masa kini, perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Walaupun sibuk, ibu tetap menyediakan sajian terbaik buat suami dan anak-anak tercinta walaupun ianya tidak semudah yang disangka.
PerencahNasi Goreng Seri-Aji® adalah perencah masakan terbaik yang si ibu perlukan untuk memasak juadah enak dan berkhasiat yang memberikan tenaga optimum sepanjang hari. Tidak perlu bertungkus lumus masak dua tiga lauk. Ini sahaja sudah cukup. Malah kerja di dapur pun jadi lebih cepat dan mudah.
Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung, Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina, Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ayam dan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ikan Bilis. Hanya ini yang anda perlukan. Pilih saja ikut cita rasa.
Istimewa buat para ibu di luar sana, Seri-Aji® berkongsi empat resipi terbaik yang boleh dicuba untuk hidangan buat keluarga. Semuanya enak dan senang dimasak. Lagi sedap dimakan panas-panas. Selamat mencuba!
1. NASI GORENG IKAN MASIN
Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
Ads
4 sudu besar minyak masak
30g ikan masin tenggiri | dibasuh dan dipotong dadu
150g sayur kalian | dipotong
2 biji telur
4 cawan/550g nasi putih
1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung (26g)
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak, goreng ikan masin sehingga garing. Ketepikan.
Kacau goreng kalian sehingga separuh masak.
Masukkan telur dan goreng sehingga menjadi telur hancur.
Masukkan nasi dan taburkan 1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g.
Masukkan ikan masin yang telah digoreng, kacau hingga sekata. Hidangkan ketika panas.
2. NASI GORENG CENDAWAN
Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
4 sudu besar minyak masak
200g isi ayam, dipotong kecil
50g lobak merah, dipotong dadu
50g cendawan butang | dihiris
50g cendawan tiram
2 biji telur
4 cawan/550g nasi putih
1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina (26g)
1 tangkai daun bawang, dipotong dadu
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak, kacau goreng ayam sehingga separuh masak.
Masukkan lobak merah dan kacau sebentar.
Masukkan cendawan butang dan cendawan tiram, goreng seketika.
Masukkan telur, goreng sehingga masak.
Masukkan nasi dan taburkan 1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina® 26g, kacau goreng hingga sekata.
Taburkan daun bawang dan gaul sebentar.
Hidangkan ketika panas.
3. NASI MAKANAN LAUT
Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
¼ cawan minyak masak
1 biji bawang merah | dicincang
3 ulas bawang putih | dicincang
½ biji lada benggala merah
1 biji tomato | dipotong dadu
Secubit serbuk kunyit
2 cawan air
1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ikan Bilis (26g)
1 ½ cawan beras
5 ekor udang
2 ekor sotong | dipotong
20 ekor kepah
10 batang kacang buncis | dipotong dadu
2 tangkai daun ketumbar | dihiris
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih, lada benggala merah dan tomato sehingga naik bau.
Masukkan serbuk kunyit dan kacau sebentar.
Tuangkan air dan perasakan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ikan Bilis.
Masukkan beras dan ratakan.
Susun makanan laut di atas beras dan masak seperti biasa.
Taburkan kacang buncis dan daun ketumbar. Tutup periuk selama 10 minit.
Sedia untuk dihidang.
4. NASI AYAM TOMATO
Cadangan hidangan: 4-5 orang
Ads
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ayam
1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ayam (26g)
2 sudu besar minyak masak
½ biji bawang kuning | dipotong dadu
½ cawan tomato puri
1 ¼ cawan beras
1 ¼ cawan air
1 batang cili merah | dihiris
2 tangkai daun ketumbar | dihiris
CARA MEMASAK:
Perapkan ayam bersama 1 sudu kecil Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ayam.
Panaskan minyak masak, tumis ayam dan bawang kuning.
Masukkan tomato puri, tumis seketika. Masukkan beras, gaul rata.
Perasakan dengan lebihan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ayam.
Tuangkan air, gaul rata dan biarkan nasi masak seperti biasa.
Taburkan cili merah dan daun ketumbar, sedia untuk dihidang.
Anda Handal Di Dapur? Ayuh Sahut Cabaran Dengan Menyertai Peraduan Seri Aji® Jaguh Memasak!
Jom sertai Peraduan 𝐒𝐞𝐫𝐢-𝐀𝐣𝐢® 𝐉𝐚𝐠𝐮𝐡 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐤 dan rebut peluang memenangi Thermomix 6 dan pelbagai hadiah menarik yang lain!
Caranya mudah sahaja. Hanya ikut 3 langkah mudah ini:
Pilih kategori yang anda ingin bertanding dan rakam video kreatif ‘boomerang’ yang mengandungi mana-mana produk Seri-Aji®.
Muat naik video ‘boomerang’ di laman sosial (facebook/Instagram) anda dan tetapkan pada tetapan umum (public).
Tuliskan kapsyen mengenai kenangan indah anda ketika memasak menggunakan produk Seri-Aji® dan letakkan ‘hashtag’ #SeriAjiJaguhMemasak #SeriAji & tag @HiAjinomoto.
Ads
HADIAH INI BAKAL MENJADI MILIK ANDA!
HADIAH UTAMA:Thermomix 6 Kitchen Gadget (layak jika anda menyertai kesemua tiga kategori)
Masak nasi putih ini bukan sekadar basuh dan bilas saja, ada cara dan ilmu khusus perlu dibuat ketika tanak nasi supaya rasa nasi bukan tawar tapi sedap.
Terlibat dalam dunia perniagaan makanan selama lebih 25 tahun Chef Shukri berkongsi ilmu yang dipraktikkan yang juga katanya diguna pakai oleh kebanyakan pengusaha kedai makan dan serta tukang masak lauk kenduri.
Ilmu masak nasi putih
“Saya nak kongsikan ‘ilmu pengasih’ yang digunakan oleh kebanyakan kedai-kedai nasi campur dan juga nasi lauk kenduri kahwin. Boleh juga gunakan ilmu ini supaya suami anda lebih sayang sebab masak lagi sedap.
“Setiap kali masak nasi putih, bacalah Bismilah dan selawat masa basuh beras. Masa nak masak nasi pula masukkan sedikit garam dan minyak dalam nasi yang nak dimasak.Masukkan daun pandan. Kena pandai agak-agak supaya tak terlalu masin dan berminyak. Sukatan air nasi adalah seperti biasa. Apa tujuannya?
“Minyak berfungsi supaya nasi tidak melekat dan sentiasa berderai. Garam pula untuk bagi nasi putih ada ” rasa” bila kita makan begitu saja atau dengan lauk berkuah. Daun pandan supaya nasi wangi satu dapur bila dah mendidih,”terang Chef Shukri
Letak gula batu kalau masak nasi tomato atau nasi minyak
Dalam pada itu katanya jika ingin masak nasi nasi Tomato, Nasi minyak dan lain-lain masukkan tiga-empat ketul gula batu bertujuan mengilatkan nasi supaya lebih cantik. Akui beliau, inilah rahsia besar kedai-kedai makan dan para tukang masak.”
Ingin menyediakan hidangan yang lebih istimewa di hari raya ni, pelbagai jenis nasi berwarna cukup perisa dan sedia dihidangkan bersama lauk. Anda juga tidak perlu risau kerana anak-anak kecil boleh menikmati nasinya begitu sahaja. Memang sedap!
1. NASI KUKUS KISMIS
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
3 cawan air rebusan ayam
1 batang serai | titik
4cm halia |mayang halus
Garam secukup rasa
Kismis secukupnya
Cara memasak:
Rendam beras sejam. Toskan.
Kukus bersama serai dan halia hingga separuh masak.
Tuang air rebusan ayam/daging yang dicampurkan sedikit garam ke atas nasi yang sedang dikukus dan gaul rata.
Kukus lagi hingga nasi benar-benar masak.
Tabur kismis ke dalam nasi yang telah masak dan gaul rata.
Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Selain air rebusan ayam, boleh gunakan air rebusan daging.
2. NASI BEREMPAH KAMBING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing (bahagian rusuk atau daging pejal) | potong sederhana kecil dan rebus empuk
4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan
3 cawan air rebusan daging kambing
1 cawan air (3 sudu makan biji ketumbar dikisar dengan satu cawan air dan tapis)
3 sudu makan minyak sapi/mentega
2 sudu makan tomato puri
2 sudu makan kismis
1 biji bawang besar | dadu kecil
4 ulas bawang putih | cincang kasar
Garam secukupnya
Pewarna kuning secukupnya (pilihan)
Daun pudina secukupnya
BAHAN-BAHAN B: (TUMIS):
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi/mentega di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B berserta bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan tomato puri dan tumis hingga rempah masak.
Masukkan kambing dan didihkan hingga kambing benar-benar empuk.
Masukkan beras ke dalam periuk. Tambah garam secukup rasa. Tuang air rebusan kambing dan air ketumbar lalu didihkan hingga semua bahan masak.
Apabila nasi masak, tambah kismis dan titikkan pewarna kuning (jika suka) dan kacau rata pada nasi. Letak daun pudina ke dalam nasi lalu tutup periuk untuk setengah jam.
Hidangkan bersama hirisan timun, tomato, lemon dan cili hijau.
Info chef: Selain air rebusan ayam, boleh gunakan air rebusan daging.
3. NASI BERINGIN AYAM BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | rendam 10 minit dan toskan
2 cawan air
2 cawan susu cair
3 sudu makan minyak sapi
1 biji bawang besar |mayang halus
3 ulas bawang putih |kisar
2cm halia |kisar
2cm kunyit hidup | kisar
1 batang serai | ketuk
2 helai daun pandan | siat & simpul
Garam secukup rasa
Air ros secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
BAHAN-BAHAN C (AYAM BEREMPAH);
1 ekor ayam |belah empat
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan tomato puri
1 biji bawang besar | kisar
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis serai, bahan-bahan kisar berserta bahan-bahan B hingga wangi.
Masukkan beras, air, susu, daun pandan dan garam secukup rasa.
Didihkan hingga nasi tanak. Renjiskan air ros secukupnya. Gemburkan dengan garpu. Ketepikan.
Sementara itu, untuk memasak ayam rempah; perap kesemua bahan-bahan C selama sejam atau semalaman. Goreng di dalam minyak yang panas hingga ayam masak. Hidangkan bersama nasi tadi.
Info chef: Daging ayam boleh dihiris dan diletakkan di bahagian atas nasi ketika menghidang.
4. NASI DAGING YEMEN
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | potong kiub besar
4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan
2 biji bawang besar | mayang halus
4 cawan air rebusan daging
3 sudu makan mentega/minyak sapi
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh air rendaman safron
1 sudu teh jus lemon
2 helai daun bay leaf
1 sudu teh biji lada hitam
5 ulas bawang putih
Garam dan gula perang secukupnya
Bawang goreng dan kismis secukupnya
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
4 ulas bawang putih | kisar
3cm halia |kisar
CARA MEMASAK:
Rebus daging bersama bay leaf, lada hitam dan bawang putih hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B dan bawang besar yang dimayang halus hingga wangi.
Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis bersama sedikit air lalu teruskan menumis hingga pecah minyak.
Masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusan daging. Masukkan beras, garam dan gula perang secukup rasa. Tanak hingga masak.
Tuang air rendaman safron dan jus lemon ke dalam nasi. Kacau sebati.
Tambah bawang goreng dan kismis jika suka.
Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Tidak perlu masak lauk lain kerana sudah terdapat daging di dalam nasi.
5. NASI HALIA SERAI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras basmathi | rendam sejam dan toskan
3 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
6 batang serai |ambil bahagian dalam yang lembut dan hiris nipis
4cm halia muda | mayang halus
1 labu bawang besar |kisar halus
4 ulas bawang putih |kisar halus
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan serai dan halia lalu tumis lagi hingga wangi.
Masukkan buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
Masukkan beras dan air.
Tambah garam dan didihkan hingga nasi masak.
Angkat dan sedia dinikmati bersama lauk lain.
Info chef: Enak dimakan bersama lauk bersambal dan sebagainya.
6. NASI IKAN MINYAK SAPI
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi |rendam dan toskan
2 keping isi ikan merah |potong dadu
3 cawan susu cair
½ cawan air
2 helai daun pandan | siat dan simpul
2 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan marjerin
Tepung jagung secukupnya
Garam dan lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah | mayang halus
3 ulas bawang putih |mayang halus
3cm halia muda |mayang halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam dan lada sulah pada isi ikan dan gaul rata. Salut ikan dengan tepung jagung secukupnya lalu goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan. Angkat, tos dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi dan mentega di dalam periuk.
Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis hingga naik bau. Masukkan daun pandan dan biarkan beberapa minit.
Masukkan beras, susu cair, air dan garam secukup rasa. Masak nasi hingga masak.
Setelah nasi masak, masukkan isi ikan goreng ke dalam nasi dan gaul rata.
Jika suka, tambah kismis dan bawang goreng semasa menghidang.
Info chef: Boleh juga gunakan isi ikan tenggiri, kerapu atau kurau.
Pulut kuning yang lembut, sedap dan cukup lemaknya memang enak. Namun pernahkah anda mencuba Pulut Kuning air tangan orang Kelantan? Ada sedikit berbeza. Ia bukan sahaja lemak masin, tapi ada sedikit rasa manis yang membuatkan Pulut Kuning Kelantan ini begitu enak sekali. Arung (gaul) pun guna sudip kayu. Namun tak ramai yang mahir dalam memasak hidangan ni. Jadi jom belajar masak Pulut Kuning ikut resipi yang dikongsi oleh saudari Ismi Aishah ni. Memang mudah! Pasti puas hati.
1. Basuh pulut hingga bersih dan rendam semalaman bersama kunyit, pewarna dan asam keping.
2. Toskan beras pulut kemudian kukus selama 30 minit. Kemudian buak penutup periuk dan kacau balikkan supaya pulut masak sekata. Empunya resipi letak daun pandan untuk aroma wangi.
3. Dalam bekas berlainan, kacau garam dan gula bersama santan sampai larut (boleh rasa santan ikut selera masing-masing nak rasa macam mana. Lebih manis atau lebih masin).
4. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang baru diangkat. Kacau/arung pulut guna sudip kayu hingga santan dan pulut bergaul sekata.
5. Masukkan balik pulut tadi ke dalam periuk kukusan dan kukus kembali dalam 15 minit lagi.
6. Masukkan pulut yang telah dimasak ke dalam loyang atau acuan ikut cara masing-masing (untuk bentuk pulut yang cantik). Tidak letak dalam acuan pun tidak mengapa.
7. Pulut Kuning sedia untuk dinikmati. Memang sedap dan tetap lembut walau sudah sejuk.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...