Ini Cara Buat Karipap Kentang Daging & Telur Rebus Yang Enak

Share

Sedapnya Karipap Homemade Kentang Daging & Telur Rebus ni. Kulitnya yang rapuh serta inti yang enak menjadikan ia sebagai hidangan minum petang yang sangat sempurna. Bagi anda yang gemar makan karipap, resipi Karipap Kentang Daging & Telur Rebus perkongsian saudari SuRiani Rahim ni boleh anda cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

KARIPAP KENTANG DAGING & TELUR REBUS

BAHAN KULIT KARIPAP:

BAHAN INTI:

  • 15 biji ubi kentang – kupas kulit & potong dadu
  • 100gm daging – potong nipis & kecil
  • 2 paket kecil rempah kari – beli online disini
  • 10 tangkai cili kering – kisar halus – beli online disini
  • 1 biji bawang besar – hiris – beli online disini
  • 4 ulas bawang putih – hiris – beli online disini
  • 1-2 tangkai daun kari – hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya – jika perlu
  • Minyak untuk menumis
  • Telur rebus – dibelah empat

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari hingga wangi dan garing.
2. Kemudian masukkan daging, cili kisar dan rempah kari. Masak lagi hingga garing. Daging boleh direbus terlebih dahulu tetapi empunya resipi tidak rebus kerana sudah hiris nipis.)


3. Seterusnya masukkan ubi kentang, garam serta gula secukupnya. Kalau inti agak kering, masukkan sedikit air.
4. Masak inti hingga kentang dan daging empuk. Padamkan api dan sejukkan inti.


5. Untuk membuat doh, satukan tepung gandum, marjerin, minyak masak dan garam. Gaul sebati.
6. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh tidak melekat. Jika terlembik, tambah tepung secukupnya.


7. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canai leper.
8. Sudukan inti secukupnya dan masukkan telur rebus. Kelim kemas.


9. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: SuRiani Rahim

 

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

IKLAN