Pernahkah berlaku apabila korang minta tolong suami belikan daun sederi tapi dibelinya daun ketumbar. Atau anda sendiri nak beli daun ketumbar terbeli daun parsli, ini biasa berlaku. Sebabnya ketiga-tiga jenis daun ini hampir sama, tetapi jika diteliti betul-betul perbezaannya ketara. Nak tahu apa perbezaannya, baca tip berikut:
BENTUK DAUN
Daun sederi, bentuk daunnya lebih tajam, lebar dan warna hijaunya lebih tua. Mempunyai batang lebih besar dan bulat sedikit. Daun parsli, hampir sama dengan seleri tajam dan hijau gelap tetapi ia lebih halus dan, kerinting dan batangnya sedikit melengkung. Berbanding daun seleri dan parsli, daun ketumbar lebih mudah dibezakan, bentuk daunnya lebih bulat dan warna hijaunya lebih cerah. Saiznya lebih kecil dan aromanya lebih kuat berbanding daun seleri dan parsli.
RASA
Ads
Soal rasa, daun sederi lebih lembut baunyadan disukai ramai, tekstur batangnya juga rangup. Daun parsli hampir sama dengan daun sup tetapi lebih runcing. Sementara daun ketumbar lebih kuat bau , hal ini menyebabkan ramai orang tidak menyukai baunya.
KEGUNAAN DALAM MASAKAN
Ads
Daun sederi sesuai dengan sifatnya lebih lembut baunya, sebab itu ia lebih banyak digunakan sebagai tambahan dalam masakan seperti sup dan tumisan. Malah ada juga yang menjadikannya sebagai ulam. Sementara daun parsli lebih banyak digunakan sebagai garnish atau topping dalam kebanyakan makanan barat seperti pizza, spageti dan lasagna. Sementara daun ketumbar yang mempunyai aroma unik dan kuat baunya ini banyak digunakan sebagai penyedap makanan seperti kari dan tomyam.
Ads
Ok, mudah je kan untuk membezakan ketiga-tiga jenis daun ini, diharapkan dengan info berikut anda tidak keliru lagi dalam membezakan tiga jenis daun, saderi, parsli dan ketumbar.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Waktu beli sotong di pasar elok pilih yang segar dan besar. Tapi lepas masak sotong jadi kecut dan makin kecil. Ramai yang merungut begini bila masak sotong.
Bagi memastikan sotong kekal dengan saiznya dan tak kecut sesudah dimasak ada petua yang boleh dipraktikkan. Caranya pun mudah saja, dikongsi oleh Zin Ros bagi mengelakkan sotong kecut cuma rebus seketika dengan bahan ini.
Petua elak sotong kecut lepas masak
Kalau nak masak sotong guna petua ini supaya sotong tak mengecil saiznya bila dimasak.
Caranya
1. Mula-mula siang sotong, buang semua tulang sotong. Selepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong kembali.
2. Kemudian rebus sotong dalam air selama 5-8 minit bersama 4 atau 5 keping asam keping.
3. Hasilnya bila masak sotong tak hanyir, saiznya kekal tak mengecut. Takde lah masa beli besar sotongnya tapi bila dah masak kecil je jadinya.
Kalau anda kerap hadapi masalah goreng kentang tapi lepas digoreng kentang tidak ranggup, tak sedap dan berminyak. Jangan risau, kali ini RASA kongsikan tip mudah macam mana nak jadikan kentang goreng rangup dan sedap. Macam kentang goreng kat restoran makanan segera.
Ikut je cara ni gerenti kentang goreng jadi lebih ranggup dan sedap.
Pilih kentang yang elok, takda bahagian yang busuk, kulit licin, tidak berlekuk-lekuk mahupun ada kesan hitam atau tunas kentang pada kulit.
Rendam kentang yang telah dikupas, potong dan rendam dalam air sejuk lebih kurang 30 minit. Tujuannya supaya kentang segar.
Selepas ditoskan air, taburkan sedikit tepung jagung di atas kentang supaya menyerap kelembapan kentang.
Goreng menggunakan minyak banyak dan pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng kentang.
Senangkan? Lepas ni boleh cuba dan bila rasa lapar takda kudapan buat je sendiri. Lebih jimat dan sihat.
Orang dulu-dulu mereka lebih suka jika bahan rempah ratusnya digiling untuk mendapatkan pes yang sedap tetapi jika tidak cukup salah satu rempah ini maka tidak akan terhasil rempah kari yang sedap. Ikuti resipi yang Puan Normah kongsikan ini, datangnya dari emaknya lebih dari 50 tahun yang lalu. Cuba sukatan untuk pelbagai rempah yang disediakan ini.
Masa kecik dulu, mak selalu minta saya hantar bahan ni pada sorang Mak Cik untuk di giling, Alhamdulillah lebih 50 tahun berlalu, saya masih ingat bahan-bahan ini.
BAHAN UNTUK BUAT REMPAH KARI IKAN:
10-12 biji cili kering*
3 sb rempah biji ( ketumbar )*
3 ulas bawang putih *
1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bwg kecil
Kunyit hidup
10-15 biji lada hitam*
2 sb jintan putih*
1 sb jintan manis *
UNTUK KARI DAGING/AYAM/SEBARANG SIPUT:
10-12 biji cili kering*
3 sb rempah biji (ketumbar)*
2sb jintan manis*
10-15 biji lada hitam*
2 ulas bawang putih
1 labu bwang besar( 5-7 ulas bawang kecil)
Sedikit kunyit hidup
Sebesar ibu jari halia
1/2 ibu jari lengkuas
JIKA ADA YG SUKA MASUKKAN SERAI
Untuk sukatan ni 1 batang serai dah mencukupi.
Boleh diketuk saja dan masukkan kemudian.
CARA MEMASAK:
Bahan yang bertanda * dibasuh , tapis dan rendam dgn air panas selama 10 minit , Kemudian blend kesemuanya termasuk bahan lain sehingga betul2 halus.
Sedia untuk dibuat kari .
Masak la cara yg sama seperti kita guna serbuk kari.
Kalau buat rempah sendiri , kita tk kan rasa was2 lagi .
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!