Bawang adalah antara bahan penting dalam menyedapkan sesuatu hidangan. Tanpanya hidangan yang dihasilkan seolah-olah kurang rasa serta tidak enak. Dalam masakan melayu, bawang merah, bawang putih, halia dan cili antara rencah masakan yang biasa digunakan.
Ramai mungkin dah tahu petua lama untuk menyedapkan masakan ni. Namun bagi yang belum tahu, ia mungkin permulaan bagi anda dalam menyediakan sajian yang lebih enak kepada keluarga.
Ads
PETUA MENYEDAPKAN MASAKAN – TIP KISAR BAWANG UNTUK MENUMIS
Sebelum memasak, penyediaan rencah juga mempengaruhi rasa sesuatu hidangan. Jika anda bercadang memasak sajian yang perlu ditumis, cuba cara ni. Anda pasti dapat rasai kelainannya.
Ads
BAHAN-BAHAN:
Bawang – putih, merah, halia dan sebagainya
Minyak masak secukupnya
Mesin pengisar
Ads
CARA-CARA:
Bersihkan bawang dan keringkan. Hiris nipis dan masukkan ke dalam pengisar.
Masukkan minyak dengan secukupnya. Kisar hingga lumat.
Semasa menumis, tuang sahaja bahan kisaran ke dalam kuali tanpa perlu menambah minyak. Ini kerana bawang sudah ada minyak.
Tumis kisaran bawang sehingga naik minyak dan bertukar warna kepada coklat keemasan ( golden brown).
Proses ini penting dan bau dan rasa bawang tadi akan menjadikan masakan anda bertambah enak.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Santan kotak saiz besar biasanya lebh murah dan jimat berbanding santan kotak kecil. Namun jika nak masak dalam jumlah yang sedikit, pastinya ada lebihan. Jika disimpan begitu sahaja dalam peti sejuk, jika tidak dihabiskan dalam masa 3 hari pastinya akan basi. Oleh itu boleh cuba petua menyimpan santan yang dikongsi oleh saudari Nelisa Sofea ni.
PETUA SIMPAN SANTAN KOTAK SUPAYA TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN: Santan kotak Plastik aiskrim
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan santan ke dalam plastik aiskrim ikut sukatan untuk sekali pakai bila masak. Santan jenama ini pekat, jadi bungkus sedikit-sedikit pun sudah cukup jika masak dalam kuantiti sedikit.
2. Bila sudah masukkan santan ke dalam plastrik aiskrim, ikat plastik dan terus masukkan dalam peti sejuk di bahagian bawah. Jangan letak dalam peti sejuk beku (freezer). Letak dekat peti bawah sahaja.
3. Bila nak digunakan untuk masak, ambil dan gunakan dalam masakan seperti biasa. 4. Pastikan anda meletakkan label tarikh luput pada plastik santan untuk rujukan jangka hayatnya.
Nak cuba pelbagai jenis masakan yang mudah, lazat dan menambat selera keluarga? Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA.
Rempeyek salah satu kudapan popular di kalangan orang Malaysia, biarapun terdapat pelbagai jenis rempeyek, apa yang penting rempeyek mestikan rangup dan sedap. Kalau korang pernah cuba buat sendiri tetapi hasil kejadiannya kurang rangup, jangan putus asa, ini ada tip yang mudah dan boleh korang cuba supaya kali ini rempeyek yang korang buat bukan hanya rangup tetapi sedap juga. Silap gaya boleh buat bisnes.
Siapkan Bahan Campuran
Rempah ratus asas yang biasa digunakan untuk rempeyek adalah ketumbar, bawang putih, buah keras dan garam. Apapun semuanya bergantung pada cita rasa korang sendiri.
Adunan
Tepung dan bahan cair seperti santan mesti disesuaikan mengikut sukatan. Jika adunan terlalu cair, rempeyek akan menjadi terlalu nipis dan mudah hancur. Sebaliknya jika terlalu pekat ia akan menjadikan rempeyek keras dan dan tebal. Sebab itu bahan adunan perlu ada ukuran yang betul.
Isian
Isian rempeyek yang biasa digunakan adalah kacang tanah, kacang hijau dan kacang dhal. Jika menggunakan kacang dhal dan hijau, sebaiknya rendam semalaman sebelum digunakan untuk memudahkan ia garing dan rangup. Untuk kacang tanah, korang boleh goreng sangai atau dibakar separuh masak.
Selain itu semasa menggoreng korang perlu perhatikan api yang digunakan, jangan terlalu kecil atau besar, jika terlalu kecil rempeyek berminyak dan kurang rangup. Kalau api terlalu besar rempeyek mudah hangus dan isinya belum masak sepenuhnya.
Campuran Tepung Digunakan
Walaupun bahan utama rempeyek adalah tepung beras dan santan, tetapi untuk mendapatkan kerangupan tambahan sedikit tepung ubu atau sagu juga boleh korang campurkan. Dengan mencampurkan sedikit tepung ini, rempeyek korang akan menjadi rangup dan lebih sedap.
Jumlah Isian
Korang boleh gunakan isian satu jenis atau lebih dari satu jenis isian. Contoh rempeyek ikan bilis dengan kacang tanah.
Cara Memasukkan Isian
Untuk mencampurkan isian, sebaiknya campurkan sedikit demi sedikit, tujuannya untuk mengelakkan isian lemau dan masak tidak sekata dengan adunan tepung.
Cara Tuang Adunan
Semasa menuang adunan, cara paling baik ada dengan tuangkan di tepi kuali. Jangan sesekali main tuang je ye. Cara ini akan menjadikan rempeyek nipis sekata. Sesekali siram rempeyek yang ada di tepi kuali dengan minyak supaya tak lekat di tepi kuali dan masukkan ke dalam minyak dengan elok tanpa bertaburan isiannya.
CARA MENGGORENG
Sangat digalakkan korang menggunakan kuali bulat melengkung, jika ingin menggoreng dalam jumlah yang banyak, lebih guna kuali lebih besar dan menggunakan lebih banyak minyak untuk menggoreng. Jika menggunakan kuali kecil, tidak ada masalah tetapi semasa menuang adunan sebaiknya kuali itu disengetkan sendikit supaya aduan yang dituang lebih lebar dan nipis. Tetapi kalau menggunakan kuali leper non stick, jangan tuang terlalu banyak kemudian goyang-goyangkan supaya adunan merata dengan nipis.
Selepas diangkat, toskan menggunakan penapis, jika tidak minyak tersebut akan menyebabkan rempeyek lemau dan berbau tengik bila disimpan lama. Untuk menyimpan rempeyek agar tahan lama dan kekal rangup, sebaiknya masukkan rempeyek dalam bekas kedap udara apabila sejuk.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cili kering yang dikisar sendiri, antara bahan penting yang perlu ada di dapur.
Tapi apa yang lecehnya, bila nak kena buang biji cili kering. Namun dengan kaedah yang dikongsi Ziela Mazlan ini, sangat mudah dan menjimatkan masa.
CARA BUANG BIJI CILI KERING
LANGKAH 1:
Cili kering dimesin menggunakan chopper. Jangan basuh dulu cili kering tu, nanti basah-basah susah nak asingkan biji cili. Saya guna yang saiz 3L, jadi boleh mesin lebih sekali jalan je.
Ini kejadian selepas rebus (seperti dalam gambar), langsung tiada biji cili. Lepas rebus, bolehlah kisar macam biasa bersama dengan beberapa ulas bawang putih supaya cili kisar tahan lama.